~cinta terakhir~


~cinta terakhir~


Kau cinta pertamaku

Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan taqdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada Rabb pemilik segala yang ada di langit mahupun di bumi..

hmm...

waktu first time dengar lagu nie..
rasa best sebab cam menarik..
sesuai dengan drama melayu pukul 6.30 petang..
tajuknya "ILUSI"..
kira-kira setahun lebih yang lalu..
waktu masih di Kolej Tanah Terbiar..
then bila dah tamat cerita tu..
dah tak dengar dah..
tapi semalam waktu usha-usha video-video osem APG kat youtube..
jumpa satu video nie...
music background nya adalah lagu nie..
"cinta terakhir'' by Aiman..
subhanallah..
video yang saya kira menarik dan sangat menarik...insyaallah..
kalau dulu bila dengar lagu nie..
memang yang terbayang di fikiran adalah cinta duniawi..
namun bila tonton video nie..
baca mesej yang nak disampaikan..
mashaallah...
cinta yang terlintas di fikiran bukan lagi 'cinta palsu'
tapi cinta pada dakwah dan tarbiyah itu sendiri..
hmm....
hakikatnya memang lah ada certain part dalam lagu nie yang tak berapa sesuai..
tapi insyaallah gabungan lagu dan video ini mampu mengubah sudut pandangan saya..
360 degree saya rasa..insyaallah..
menyedarkan saya untuk terus berada di jalan DnT meskipun terpaksa bertatih..
mengingatkan saya untuk terus berjuang meski jalannya penuh duri dan liku..
mendidik saya untuk terus passion walau pahit yang terpaksa ditelan..
besar maknanya lagu ini andai diertikan dari sudut dakwah dan tarbiyah..
cuba hayati dan hayati betul-betul..
insyaallah andai kalian membaca dari sudut DnT itu sendiri..
kalian akan dapat lihat dan rasai aura DnT itu..
sumpah tak tipu!(^^,)
insyaallah biiznillah..
mungkin kita tidak sepantas orang lain..
mungkin kita tak sehebat orang lain..
mungkin kita tak setabah orang lain..
tapi itu tidak bererti Allah tidak sudi untuk memandang kepada usaha kita yang tak seberapa..
kerna DIA telah berjanji..


"sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda.Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah."
(al lail 92:4-7) 

haa...nie lagi satu..


 Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. 
(muhammad 47:7)


insyaallah..
moga dapat membakar semangat kita untuk terus tsabat fi hazathoriq..
biar lambat asal tak berhenti..
jom jadi FIT dalam berdakwah!

insyaallah..


nie video nya~~

-sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan dalam mengingati Allah-

wallahua'lam..

20 Dec 2011, 9:22 mlm, BM

tatkala tinta mencoret kata..

bismillah..


segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan maha pengampun maha penyayang..


astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..


moga istighfar yang tidak seberapa ini mendapat tempat di sisiNYA..


astaghfirullah....


Allah..
Allah..
Allah..
berat terasa ujian ini..
berat lagi ujian yang dipikul insan terdahulu..
lemah sungguh diri ini..


aku menghitung..
dan terus menghitung hari..
masa yang berlalu terasa semakin pantas..
makin membuatkan hati ini gelisah..
makin bertambah gelisah..
risau akan keadaan diri..
risau akan kedudukan hati..
risau akan iman yang berbaki..


astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah...


kekuatan demi kekuatan diraih..
malu aku pada insan..
malu lagi aku pada TUHAN..
nikmatNYA kutagih..
namun..
tugas dariNYA ku sisih..


astaghfirullah..astaghfirullah...astaghfirullah..


tiada niat kuberbuat demikian ya Rabb..
sungguh...
aku malu padaMU..
malah bertambah malu..
memikirkan tiada yang kuperbuat demi agamaMU..
sungguh..
aku MALU ya Rabb!


tapi..
aku masih ingat janji-janjiku pada TUHANku..
aku ingin menyambung rantai perjuangan nabi tercinta..
aku ingin menjadi mata-mata rantai itu..
aku tak ingin lagi ketinggalan dalam pergerakan keretapi dakwah..
banyak lagi janjiku yang belum kukotakan..
dengan izin TUHANku..
aku harap aku akan terus diberi kesempatan untuk menunaikan kewajipanku..
selagi hayat dikandung badan..
selagi kudrat dikurniakan TUHAN..
selagi itu...
aku ingin menggunakan segala yang kupunya demi din tercinta..
tidak ingin ku berandai..
takut menyesali taqdirNYA..
tidak ingin ku berkalau..
takut terlanjur mengkufuri nikmatNYA..


astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

"perkara yang telah berlalu itu adalah yang terbaik yang ingin Allah berikan pada kita"
acapkali omongan itu meniti di bibir..
bila mana musibah menerjah teman-teman..
namun sukar sekali kata-kata itu untuk menjadi bekal menemani perjalanan hidup ini..


tapi itulah jalannya..
itulah ubatnya..
itulah penawarnya..
tatkala menusuk duri keperitan dan kesakitan..

ALLAH..ALLAH..ALLAH..


faiezzzariyat

14 December 2011, 2337, BM

ujian vs nikmat

bismillah...

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

kupohon ampunan dan istighfar hanya pada yang MAHA KUASA..

sungguh..
tak dapat ku nafikan..
kesibukan diri dengan urusan duniawi hampir-hampir membuat diri ini lelah dan terus lelah meniti hari-hari yang berlalu..
seringkali juga diri ini hampir berputus asa..
namun aku sedar..
tidak lain..ini adalah ujian dari Allah buat diri ini..
disibukkan dengan urusan dunia..
semakin membuatkan diri ini merindui dan terus merindui kehadiran teman yang sering mengingatkan..
semakin menambah rasa rindu untuk sama-sama berhalaqah dan 'duduk sebentar menambah iman'..

tapi ku ingin sentiasa bersangka baik dengan TUHANku..
kerna aku tahu...
~DIA menurut persangkaan hambaNYA padaNYA~
dipertemukan dengan insan-insan yang sama-sama berjuang di jalan DnT..
membuatkan diri ini sentiasa terasa dihargai..dan yang paling best..
terasa Allah sentiasa di sisi..
Dia tahu yang terbaik untuk hambaNYA..
kerna itu..DIA mengaturkan pertemuan aku bersama sisters yang ku kira sangat bersemangat dan hebat di jalan ini..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
kesyukuran yang tinggi kupanjatkan pada pemberi nikmat IMAN dan ISLAM buat diri ini..

ku pergi dengan masalah di kepala..
namun..
aku pulang dengan kelegaan di dada..
sungguh..
tiada lain yang mampu berbuat demikian melainkan hanya Allah yanag maha membolak-balikkan hati manusia...
"ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang"
sungguh...
itulah yang benar..
itulah yang benar..
yakin dengan janji ALlah...
akan membuahkan satu perasaan yang tidak mampu digambarkan oleh kata-kata..
tidak juga dengan tulisan..
apatah lagi jika ingin dizahirkan...

benar!
ujian kesusahan itu akan menyedarkan..
ujian kesulitan itu akan mengingatkan..
acapkali difikiranku..
apakah mampu untuk ku lalui andai ujian kesenangan yang diberi..
ku tidak seperti sahabat nabi abdul rahman yang dilimpah kekayaan duniawi namun masih mampu untuk melupakan kesenangan itu demi ISLAM..
ku bukanlah umpama yusuf as yang dikurniakan kecantikan paras rupa namun masih mampu untuk menolak kemungkaran dengan iman yang tebal..
jadi..
aku redha dengan ujian kesusahan dariNYA..
kerna aku yakin..
ujian itu nikmat!


13 December 2011, 2300, BM

KITA?BILA LAGI??

bismillah..

setelah sekian lama tidak mengepost something di belog ini..
alhamdulillah..hari ini tergerak hati untuk mencoret sesuatu..
dan semestinya itulah taqdir yang Allah tentukan untuk saya pada pagi ini..insyaallah..

salam aidiladha buat semua umat Islam yang saya yakin sedang menyambutnya dengan penuh rasa gembira dan kesyukuran yang sangat tinggi bagi Tuhan yang menciptakan hari ini  untuk disambut oleh kita hamba-hambaNya..

moga kehadiran hari berbahagia ini mampu menaikkan lagi semangat kita untuk berjuang dan terus berjuang demi Islam, agama tercinta..insyaallah..

bilamana tiba hari ini..
di mana-mana sahaja saya yakin akan mengaitkan dengan pengorbanan...

P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N.

bukan sesuatu yang mudah saya kira..
namun tidaklah mustahil untuk kita lakukan..
kerna dalam setiap inci kehidupan kita itulah yang perlu kita lakukan..
iaitu..
P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N.

mari merentas masa..
kita singkap kembali sejarah.....



sudah bersedia??

ayuh kita mulakan!

anda ingat kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail??
saya yakin kalian pasti mengingati kisah bersejarah itu..
kalau semalam kita hanya mengingatinya..
jadi hari ini mari kita menghayatinya..
bagaimana kedua-dua nabi utusan Allah itu berkorban..

'saat mendapat perintah dari Allah untuk menyembelih anak kesayangan baginda, dengan tenang nabi Allah Ibrahim menyampaikan berita itu pada anakandanya, Ismail'

betapa redhanya baginda..sanggup mengorbankan anak sendiri demi melaksanakan suruhan Allah..
bagaimana pula kisah nabi Ismail?

'dengan yakinnya baginda merelakan dirinya sendiri untuk disembelih bagi menyempurnakan perintah dari tuhan maha agung maha berkuasa atas hamba-hambaNya'

bilamana nyawa menjadi taruhan...apakah kita sanggup menggadaikannya?????

mari ikuti kisah kedua..

masih ingat kisah dakwah baginda nabi Muhammad s.a.w di Thaif??

terasa sakitkah kita bila menyelusuri sirah baginda dibaling batu oleh penduduk Thaif yang menentang dakwah baginda hinggakan berkocak sepatu baginda nabi kita dengan darah??

terkesankah kita dengan pengorbanan nabi kita menanggung kesakitan, keperitan demi melaksanakan dakwah islam??

melihat kembali pada diri sendiri..
dengan kasut yang dipenuhi air pun sudah cukup memenatkan diri untuk berjalan dengannya..
apatah lagi andai yang memenuhi itu adalah darah!



belum tersentuh dengan pengorbanan mereka?
mari kita putar kisah sahabat..

masih ingatkah kalian pada si rupawan Mus'ab bin Umair?

seorang yang mempunyai latar belakang keluarga yang sangat kaya apatah lagi beliau dimanjakan oleh ibu tercinta..
namun beliau sanggup meninggalkan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki untuk bersusah payah bersama Islam.
meninggalkan katil yang empuk, makanan yang enak, belaian manja, harta benda, wang ringgit dan sebagainya.
bahkan sanggup menukar ganti keluarga dan kemewahan dengan iman.

namun..reflek kembali pada diri kita..
untuk bangun subuh pun kita liat..apatah lagi untuk bangun malam..
dan apatah lagi andai kita terpaksa meninggalkan segala kemudahan yang kita miliki..
sanggupkah kita????

mari baca tentang Muhammad Al-Fateh..


mengorbankan masa bermain dan masa riang gembira sewaktu zaman kanak-kanak beliau semata-mata yakin dengan hadis nabi tercinta yang tidak pernah ditemuinya bahwa akan ada sepasukan yang akan menawan constantinople iaitu pasukan yang tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rajanya adalah sebaik-baik raja.

cuba kita renung..
cuba kita tenung..
di saat sang mujahidin Palestin memberanikan diri tanpa senjata melontarkan batu ke arah tentera Israel demi mempertahankan tanah suci Islam..
di manakah kita saat ini?
adakah turut sama berjuang bersama mereka?
atau sekadar melihat dan bersimpati dengan nasib mereka??
sedarlah..
mereka langsung tidak memerlukan simpati kita..
mereka juga tidak memerlukan kehadiran kita di sisi mereka bersama-sama memerangi tentera Israel laknatullah itu..
namun yang mereka perlukan adalah semangat kita untuk sama-sama berjuang demi agama
yang mereka impikan adalah kesatuan ummah yang akan membawa Islam kembali ke zaman kegemilangannya..
yang mereka hajatkan adalah kesungguhan kita mengembalikan Islam kembali menjadi kuasa no 1 dunia..

BANGUNLAH!

orang dahulu telah B.E.R.K.O.R.B.A.N
insan sekarang sedang B.E.R.K.O.R.B.A.N
KITA??
BILA LAGI??


wallahua'lam.....

9 November 2011, 7:05pagi, BM

ME & YOU

bismillah...


suddenly...
i feel like...
everybody that i know..or friend with..
is my mad'u..
honestly!
doesn't mean that i'm good enough to be a murabbi for everyone beside me especially..
but when i keep thinking..
and i realized that being a daie is actually you served yourself to deen and being a good representative to everyone..
not just to your mad'u of usrah..
even though to the people older than you..
and not your mutarabbi..
and even if he or she is also a daie like you!
b'coz each and everyone of daie may have different level of understanding towards ad deen..
so we have to be together or if i can say..united to make a kamehameha outcome in order to bring back this deen towards its place..
but sometimes i have to admit that although he or she is also a daie..
may be the way the person think is totally different from us..
or he or she may view something at the different angle.. 
and we of course cannot change people's stand..
all we have to do is keep continue putting our effort to be a qudwah hasanah for him or her..
but i'm confused..
if things we are doing is actually to strengthen the bonding with that person..
but...
he or she seem doesn't like it.......
so....
what should we do????
pretend that we don't understand?
or keep doing until one day the person ask us why?
or explain to him or her what is our purpose doing that?
I AM REALLY CONFUSED!
or may be we'r the one who's actually didn't build the bond?????
hmm...
it is very complicated..
but as for daie..
these is what we'll going to face throughout our lives..
as what our prophet said..
"Islam began as something strange, and it shall return to being something strange, so give glad tidings to the strangers."
(hadith of Muslim)

it is proven!

to all muhariks outside there!
let us be the strangers!
pray as one day Islam will lead the world..
and i believe in that!


and to my support system..
i really miss u guys..
still remember when we done laundry..clean the house together..sleep by sharing pillow..cooked together even though i didn't cook act..hihi..bbq..having daurah together..curhat with each other...
i really really really miss that moment..
and i ever wonder if we can be like that again..
because we are staying at different land..
ya..everyone of us is doing our job at different places..
we are conquering the world!
malaysia..
indonesia..
czech..
egypt..
and india..
even distance tear us apart..
but our bonding will become more and more strong..
and we'll always be in this path..
because we promised to be jannah soon..insyaallah..

this song is for you all,sis...




takbir!
allahuakbar!



6 Oktober 2011, 1:00ptg, BM

Nikmah of Feeling..

bismillah...

segala puji-pujian ku lontarkan sepenuhnya buat Tuhan yang maha mengetahui segala isi hati..

alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

persoalanku pagi tadi dijawab dengan lembut olehNya..
hamasahku yang menghilang pagi tadi digilap mesra olehNya..
keputus asaan ku pagi tadi ditegur dengan penuh kasih sayang olehNya..

aku rasa bahagia!!
aku rasa gembira!!
aku rasa seronok!!
aku rasa sukeeee~~~~~

ya ternyata memang benar..
Dia sentiasa mendengar keluhan hati hamba-hambaNYA..
buat yang membaca entry bismillah.........
berkat doa dari kalian walau di manapun kalian berada..
alhamdulillah segalanya lancar dan sempurna..
aku sungguh gembira sepanjang hari ini..
jazakumullah atas doanya..

namun tidaklah kebahagiaan itu datang dengan penuh keajaiban..
seharusnya dalam setiap tindakan kita..
andai kita rasa lemah dan tersasar..
kembalilah ke jalan yang benar..
jalan berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah..

sebelum bergerak ke kelas pagi tadi..
aku mengambil keputusan untuk membuka helaian surat cinta dari kekasih agungku..
secara rambang saja..
namun terpana aku pada satu ayat ini..

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan....."
(al hajj 22:78)

allahuakbar!
satu feeling yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata..
apatah lagi ingin mencoretkannya..jauh sekali..
tidak tergambar betapa gembiranya hati ini..
bilamana dibelai saat sangat membutuhkan..

aku rasa sangat bahagia..
begitu bahagia sekali..
terima kasih ya Allah kerna sudi menyapaku...

peringatan buat semua dan diri ini terutamanya..

"tika mana Allah yang kita cari..
saat itu..
selesailah segala urusan kita.."

insyaallah...
wallahua'lam..

terima kasih ya Allah..

3 Oktober 2011, 6:35ptg, BM

bismillah..........


ya Allah..
aku rasa penat..
tapi aku belum sepenuhnya menggunakan tenagaku..
aku rasa putus asa..
tapi baru sedikit ujian yang menimpa..
aku rasa aku tak mampu..
tapi siapa aku untuk mengatakan sedemikian..
ye...betul ya Allah...
aku rasa hamasahku makin berkurang..
aku tiada tempat untuk mengadu melainkan hanya padaMu..
Kau saja yang sudi mendengar semua luahan hatiku...
hadirkan rasa bersyukurku padaMu ya Allah kerna masih lagi mengizinkan aku untuk merasai nikmat iman dan islam yang bukan semua hambaMu Kau kurniakan nikmat tersebut..
kerna..
dengan nikmat iman dan islam itulah aku menggagahkan diriku untuk meneruskan hari-hari dalam hidupku..
dan kerna nikmat itulah aku masih boleh terus yakin dan percaya bahwa Kau sentiasa ada untukku..
sentiasa mendengar luahan hatiku..
sentiasa membantuku saat senang mahupun susah..
ya sebenarnya aku ada test pagi dan petang ni..
namun ketiadaan semangat menjadikan aku tidak berupaya untuk menyentuh helaian buku ilmiah yang tersadai di atas katilku..
jujurnya..
bukan tidak ingin merebut pahala berjihad di sisiNya..
namun....
hanya Allah dan diriku yang mengetahui pada yang tersirat dalam sanubariku..
mungkin aku belum sepenuhnya yakin tentang usaha dan pahala..
aku sedikit beremosi pagi ini..
entah kenapa aaku pun tidak mengerti..
cuma rasa seperti bila-bila sahaja air yang bergenang di kelopak mata ini boleh terhambur keluar mengalir membasahi pipiku...
mungkin kalian melihatku seperti terlalu lemah..
biarlah apapun tanggapan orang..
aku yakin air mata yang megalir bukanlah penanda seseorang itu lemah atau tak berdaya..
aku yakin itu..
aku sedar sangat banyak kekuranganku..
terutama bila melibatkan pelajaran dan kehadiran semangat dalam diri..
memang seringkali aku cuba menyembunyikan perasaanku dari semua insan..
namun kadang-kadang aku seperti tidak berupaya lagi..
kerna itu aku hadirkan perasaanku dengan menyuratkannya pada setiap entry di blog ini..


ya Allah
kalau aku memang ditaqdirkan untuk berada dalam bidang ini..
aku mohon kuatkan langkahku untuk menempuhinya..
kerna aku cuma insan lemah..yang akan sentiasa bergantungan padaMu setiap saat dan ketika hatta setiap hembusan nafasku aku bergantung padaMu..
apakah Kau ingin terus mengizinkan aku hidup mahupun tidak..
seperti nya aku merasakan aku sedikit berlainan hari ini..
sampaikan doaku dalam solat dhuhaku pagi tadi...
aku melafazkan sesuatu yang bila aku kenang kembali..
aku tidak mengerti apa yang membuatkan aku berperasaan sedemikian rupa...
"ya Allah...
andai aku mati sebelum aku sempat menunaaikan semua tanggungjawabku..
terutama tanggungjawab dalam dakwah dan tarbiyah..
aku mohon ampuni semua dosaku..
dan terimalah ibadahku dan amalku selama ini.."


kuatkan aku ya Rabb..
kuatkan aku ya Rabb..
kuatkan aku ya Rabb..


tuntuniku menggapai redha dan kasih sayang serta rahmat dan keampunanMu...




*feel like not going to class for the whole day..
tapi aku tidak seharusnya berputus asa dengan rahmat Allah..
dan aku akan terus yakin dengan janji-janjiNya..
insyaallah..




3 Oktober 2011, 8:13pagi, BM

Sanah Helwah Adikku...

bismillah...


segala sembah sujud ku hanya pada pemilik nyawa setiap hambaNya..


lihat tajuk pun mesti semua dah tahu apa entry kali ni..(senyum dengan gembiranya)


alhamdulillah..


hari ni genap 16 tahun usia adikku satu-satunya..


walaupun 16..tapi lagak gaya macam budak sekolah rendah..


tapi disebabkan dia adikku satu-satunya..


nak tak nak kena lah sayang dia and layan dia macam adik..


dah nama pun adik..


dia minta aku belikan something untuknya sempena aku pulang bercuti tak lama lagi..


tapi tak tahu nak beli apa..kalau ada yang ada idea tolong tinggalkan komen ye..jazakumullah..


petang tadi aku telefon ke malaysia..


nak wish happy birthday kat dia..


1 thing yang dia minta yang sangat aku terkesan adalah...


dia minta aku ajarkannya add math bila aku balik cuti nanti!!


oh adik..sedarkah kau kakakmu ni medic student..


dah tak main kalkulator dah..


tapi tak kesah lah...


dia minta dariku maknanya dia yakin dengan aku..(walaupun aku rasa cam dah lupa langsung pasal add math tu)


but at least aku kena buat yang terbaik untuknya memandangkan next year beliau akan duduki SPM..


insyaallah..


and 1 thing i like the most bout me and her is our relationship..


ya..she got 2 other elder sisters..


but i think i'm the person who she depends most..i think so..err...


may be because of our gap of age..


dan walaupun dia ni macam keras kepala sikit..(bukan sikit sebenarnya)


tapi hati dia sangat-sangat lembut..


mudah disentuh sebenarnya..


seperti kebanyakan insan lain...


aku juga inginkan ahli keluargaku riang gembira berada bersamaku di atas jalan DnT ini..


agar kami semua dapat berpimpinan tangan menuju syurgaNya nanti insyaallah..


namun mungkin masanya masih belum sampai..


moga hidayah Allah meresap masuk dalam hati-hati mereka yang aku sayang dan cintai...amin...


berbalik kepada cerita tadi...


aku cuba secara tidak langsung menyuntik jaruman tarbiyah dalam jiwanya..


tidak lah tersangat susah...


kerna dia budak sekolah agama..alhamdulillah...sedikit sebanyak diexpose kan dengan tarbiyah..


namun tidak juga terlalu mudah...


memandangkan minatnya yang sedikit sebanyak menjadi penghalang..


namun tidak ingin menyalahkan sesiapa..


mungkin aku sendiri yang sangat kurang usaha dan effort dalam menjalankan shahadatul haq ku..


i've to be more creative!insyaallah..


buat adik...


sanah helwah dik...


moga dirimu sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..


memang most of the time kakakmu ini seperti tidak mengambil peduli tentang perihalmu..


namun ketahuilah..


jauh disudut hatiku..


aku mencintaimu sepenuh hati..


aku ingin berpegangan bersamamu melangkah menyusuri jalan-jalan di mana mengalirnya sungai-sungai di bawahnya..


maafkan kekandamu ini andai pernah mengguris hatimu selama kita bergelar saudara..


marahku..teguranku..


tidak bermaksud melukakan mu..


aku cuma inginkan yang terbaik buatmu..


andai kita tidak sempat bersua muka...


aku mohon agar dikau sentiasa mendoakanku..


moga ukhuwah antara kita tidak sekadar saudara kandung yang terjalin kerna kita berkongsi ummi dan abuya..


yang aku mahukan adalah ikatan antara kita adalah semata-mata berasaskan fillah..


kerna tiada yang kekal melainkan semuanya berpaksikan Allah..


moga Allah merestui persaudaraan kita..insyaallah...




kekandamu,
fatin iezzaty




2 Oktober 2011, 7:55mlm, BM



Catatan Si Pencari Cinta#3

bismillah..


sambungan...


aku langsung menyatakan hasratku untuk menemuinya pada minggu hadapan..


walaupun belum pasti aku ditentukan untuk pergi atau pun tidak..


namun sekali lagi ujian datang..


ditaqdirkan Allah ukhti tersebut bakal menghadapi exam pada 26 haribulan..


subhanallah..
subhanallah..


aku jadi semakin keliru..


andai aku pergi boleh jadi aku menganggu rutin belajarnya..


lalu beliau mencadangkan agar aku pergi pada minggu ini...yakni 30haribulan..dengan kehadiran adik-adik junior bangalore yang baru mungkin peluang itu harus ku manfaatkan untuk DnT..menarik..fikirku..


namun dengan hanya 1 hari cuti...disebabkan hari sabtu ada kelas..


aku merasakan Allah hendak mengujiku dan memberi peringatan padaku untuk mengikhlaskan diriku berpergian ke bangalore walaupun untuk jangka masa yang sangat singkat..


aku mengadu pada sis..


namun dibalasnya dengan mengatakan..
"banyak ujian sebab Allah nak arrange satu hari yang paling terbaik untuk pertemuan itu"

allahuakbar!


lupa aku pada perancangan yang Allah buat diatas perancanganku..


kerna sesungguhnya kita memang merancang..


bahkan Allah juga merancang..


dan rancangan Allah maha hebat pasti lebih baik buat kita..


kerna Dia berikan apa yang kita perlu bukan yang kita mahu..

"....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(al baqarah 2:216)

saat aku sedang cuba mengikhlaskan hatiku dan bersangka baik denganNya..

hari isnin 19 haribulan..xperia ku sekali lagi berbunyi..

menyampaikan khabar dari orang bangalore..

alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

khabar yang penuh makna..

exam yang ditunda memberikan aku peluang untuk menziarahi beliau weekend itu..

dan memang pertolongan Allah itu sangat dekat bagi yang mencarinya..

hari rabu minggu tersebut aku menemui seniorku..

melafazkan hajatku untuk ke bangalore..

puas merayu namun tiada kata putus dapat diberikan dalam masa yang singkat ekoran soal keselamatan kerna aku berhajat untuk bersendirian melangkah ke bangalore kerna tidak ingin menyusahkan teman-temanku yang lain..

aku mengerti perasaan risau dan gundah mereka andai melepaskan aku bersendirian..

namun aku terpaksa menjadi adik yang sedikit degil demi perjalanan DnT ku...

maafkan adikmu ini duhai abang dan kakakku fillah...

namun aku berbesar hati mengetahui mereka memahami hajat dan keinginanku..alhamdulillah..

ditaqdirkan Allah keesokan harinya...sewaktu kelas..aku mendapat message mengatakan ada seorang ukht dari belgaum yang turut ingin turun ke bangalore pada minggu tersebut..

alhamdulillah...
alhamdulillah...

kesyukuran yang teramat sangat..

Allah itu memang sangat baik..

diberikan aku nikmat diatas nikmat..subhanallah..

tidak sabar rasanya saat itu untuk menyatakan hal tersebut pada abang dan kakak seniorku..

aku terus menghubungi sis belgaum tersebut dan menyatakan hasratku untuk berpergian bersama beliau ke bangalore..

dan alhamdulillah hajatku disambut baik oleh beliau..

seharusnya aku ke belgaum terlebih dahulu untuk menemui ukhti tersebut sebelum sama-sama bergerak ke bangalore..

dan feedback dari senior-seniorku juga agak positive..

namun kebenaran harus diminta juga daripada warden hostel..

terasa ada sedikit putus asa di situ..namun pengharapan agar diberikan kebenaran mengatasi rasa lemah aku itu..

dengan kesudian seorang temanku untuk menemaniku..

aku berasa semakin bersemangat..insyaallah..

jazakillah sis~

aku menunggu dengan sabar berita yang kuharapkan baik dari seniorku..

alhamdulillah....alhamdulillah...

lafaz kesyukuran pada pengatur segala urusan langit dan bumi, Allah yang maha berkuasa mengatasi kuasa hamba-hambaNya yang maha lemah lagi tak berdaya tanpa pinjaman kekuatan dariNya..

dengan kebenaran dan keizinan dari semua pihak namun andai tanpa ketentuan dari Allah aku tetap tidak mampu menunaikan hajatku yang satu itu..

dengan segala kekuasaanNya lah aku akhirnya ditaqdirkan untuk bermusafir di bumi maududi ini demi jalan DnT yang aku pilih dengan izinNya..alhamdulillah..

juga dengan bantuan dari akhawat senior atasku yang turut menyatakan kesudian mereka menukar plan perjalanan mereka ke belgaum pada hujung minggu itu menjadi lebih awal lantaran tiket basku dari belgaum ke bangalore adalah pada jumaat malam sabtu..

which means aku terpaksa memonteng kelas dissection pada petang jumaat demi melunaskan hasratku yang telah lama aku pendam........



-bersambung......

30 September 2011, 7:49 pg, BM

Catatan Si Pencari Cinta#2


Bismillah...

Sambungan..

Semangat yang berkobar-kobar itu aku panjangkan pada teman-teman seperjuanganku..

Aku mengajak mereka untuk bersama-sama bermusafir..

Namun lamaranku ditolak dengan baik oleh mereka..

Ya..andai aku ditempat mereka sudah tentu keputusan yang sama akan ku putuskan..

kerna bukan mudah untuk bergerak dalam masa sehari dengan jarak perjalanan yang agak jauh..

penatnya subhanallah...sudah tentu tidak tergambar..

Dan dengan berlapang dada aku tidak memaksa mereka dan menerima keputusan mereka kerna insyaallah untuk travel sendirian bukan lah masalah besar bagiku kerna berada di jalan DnT memerlukan para penggeraknya untuk sentiasa bersedia dan insyaallah aku merasakan boleh untuk menunaikan hajatku yang satu itu..

Ku sampaikan hajatku secara berkias pada seorang teman muharikahku di manipal..yang juga antara insan pertama yang mengetahui tentang perkara tersebut..

Segala pandanganya kupinta..namun aku tidak menceritakan perkara sebenar kepadanya..

Alhamdulillah..sedikit kekuatan ada untuk ku lafazkan kata putusku..

aku nekad!

Namun..

Kehendak Allah mengatasi segalanya..

Ditaqdirkan Allah “cek kembara” ku belum dapat ditunaikan lagi atas beberapa asbab..

Dengan alasan itulah..berserta alasan keselamatan dan sebagainya..

Teman-temanku tercinta sedikit membantah kehendakku untuk bergerak sendirian..

Subhanallah..

Teman fillah ku memang sangat mengambil berat padaku..

Aku bersyukur dikurniakan teman-teman seperti mereka..

Aku mengerti perasaan risau dan peduli mereka..

Namun aku perlu untuk bermusafir..

Kerna sesungguhnya memang benar kekuatan sebenar hanya milik Allah..

Namun sebagai manusia..aku perlu mencari solusi dan jalan untuk meraih kekuatan dan redha Allah dalam setiap tindakanku..

Ditambah dengan ujian bantahan hajatku secara lembut dan penuh kasih sayang oleh akak fillah ku, yang juga roommateku..

Betul-betul sangat terharu dengan perhatian mereka..subhanallah..

Ditaqdirkan Allah duitku ditunaikan pada petang jumaat yang mana seharusnya itulah due masa untukku membeli tiket..

Setelah mempertimbangkan segala pro dan kontranya...


aku cuba menghubungi akak naqibahku yang lain..bertanyakan padanya apa yang harus aku lakukan..

aku cuba beralasankan masa yang sangat singkat untuk aku berpergian ke sana..

namun beliau membalas..
"masa ada kaitan dengan berkat.apa yang atin nak takut,masa kan milik Allah"

subhanallah..
subhanallah..
astaghfirullah..

ye masa itu milik Allah..andai orang lain melihat kita menyibukkan diri untuk sesuatu yang tidak pasti pengakhirannya..yakinlah dengan janji Allah..

''Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(muhammad 47:7)

ternyata aku belum cukup terdidik dengan masa..dan aku menjadi semakin keliru lantaran hatiku aku juga tidak mengerti kenapa terasa sangat berat untuk berpergian pada hari itu..

teringat daku pada ayat Allah yang satu ini..

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."
(at taubah 9:41)

aku berbincang sekali lagi dengan temanku dari manipal...

dan dengan lafaz bismillah..hari sabtu tengahari aku mengambil keputusan untuk tidak ke bangalore pada minggu itu..keputusan yang insyaallah bukan beralasankan duniawi semata tapi atas tuntutan DnT itu sendiri insyaallah..dan aku yakin itu yang terbaik untukku saat itu..

''there’s no turning back.jangan pandang kebelakang setelah keputusan dibuat.dan jangan menyesal dengan tindakan tersebut.''

Begitulah pesanan teman muharikahku padaku..dan aku cuba untuk melawan gerak hati yang kadang kala menyesal dengan tindakan sendiri..

Teman-teman seperjuanganku yang lain mendengar khabar ini dan mereka berasa gembira kerna aku tak jadi pergi..dan jujurnya aku juga tumpang gembira kerna tidak perlu untuk merisaukan mereka dengan keadaanku andai bermusafir sejauh itu sendirian di bumi asing ini..

Ketidakjadian aku berpergian ke bangalore kusampaikan pada sister di sana..dan beliau sentiasa berlapang dada dengan keputusanku..


-Bersambung......


27 September 2011, 6:50 pagi, BM


Catatan Si Pencari Cinta#1


bismillah...

moga yg tersurat dan tersirat di sini mampu menjadi tarbiyah buat diri ini dan semua yg membaca..insyaallah..

tanggal 11/9/2011 bersamaan hari ahad...
saat sdg beronline di fb..
tetiba kakak naqibahku menyapaku..
menanyakan apakah khabarku di bumi maududi ini...
terharu bercampur cuak..hihi
dalam kesibukan beliau menguruskan mad'u di tempat lain..
mad'u yg kerdil lagi comel inilah yg dipilihnya untuk disapa pada petang tersebut..
alhamdulillah...cantik susunan Allah..
tepat pada masanya..

tidak senang untuk mencari kekuatan..
namun mustahil ia kan dapat dituai bila mana tiada usaha yg ditanam..
tiada doa yg digemburkan..
dan tiada pengharapan pada yg maha berkuasa di siramkan..
terasa sangat sayu saat itu..
terasa seperti anak manja yg dibelai oleh ibunya yg sangat-sangat mengerti keperluan anaknya ketika itu..
alhamdulillah..

cubit paha kanan..
memang betullah paha kiri turut merasakan sakitnya..
bila mana seorang sister memerlukan bantuan..
saat itu diilhamkan Allah bg sisters nya yg lain untuk menghulurkan tangan membantu..
alhamdulillah..

curheart yg dilakukan sedikit sebanyak mengubat hati ini..
solusinya..
kakak naqibahku mencadangkan agar kubersua muka bertemu lutut dan bertentang mata dengan akhawat..secara life..best tu!!sape xnak??!!!
dicadangkan agar kuberpergian pada wiken seterusnya iaitu pada 18/9/2011 yg ditaqdirkan Allah sabtu minggu tersebut kelas berjalan seperti biasa..
"berani x nak bunk kelas wiken nie??"
-gurlp-
soalan membunuh..
secara jujurnya insyaallah boleh..cuma tak berapa nak berani memandangkan masih baru..
dan..
ditaqdirkan Allah juga destinasinya...subhanallah...
jauh bangat.......

bagi yang tidak mengerti tujuanku...
umpama sia-sia perjalanan sejauh 600km lebih..ditambah dengan hanya 2 hari jangka masa..
MEMANG SANGAT TAK BERBALOI!!
namun bagi yang mencari sesuatu..
biar jauh manapun benda yang dicari..
pasti akan diusahakan sampai tercapai hajat dihati...
soal masa, duit, tenaga, penat...
tidak lagi menjadi masalah bagiku...
perbincangan kami terhenti saat mentari sore melabuhkan tirainya...

dengan 1 tekad...

aku perlu bergerak!


-bersambung..........


25 September 2011, 12:00tghri, BM.