bismillah..
setelah sekian lama tidak mengepost something di belog ini..
alhamdulillah..hari ini tergerak hati untuk mencoret sesuatu..
dan semestinya itulah taqdir yang Allah tentukan untuk saya pada pagi ini..insyaallah..
salam aidiladha buat semua umat Islam yang saya yakin sedang menyambutnya dengan penuh rasa gembira dan kesyukuran yang sangat tinggi bagi Tuhan yang menciptakan hari ini untuk disambut oleh kita hamba-hambaNya..
moga kehadiran hari berbahagia ini mampu menaikkan lagi semangat kita untuk berjuang dan terus berjuang demi Islam, agama tercinta..insyaallah..
bilamana tiba hari ini..
di mana-mana sahaja saya yakin akan mengaitkan dengan pengorbanan...
P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N.
bukan sesuatu yang mudah saya kira..
namun tidaklah mustahil untuk kita lakukan..
kerna dalam setiap inci kehidupan kita itulah yang perlu kita lakukan..
iaitu..
P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N.
mari merentas masa..
kita singkap kembali sejarah.....
sudah bersedia??
ayuh kita mulakan!
anda ingat kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail??
saya yakin kalian pasti mengingati kisah bersejarah itu..
kalau semalam kita hanya mengingatinya..
jadi hari ini mari kita menghayatinya..
bagaimana kedua-dua nabi utusan Allah itu berkorban..
'saat mendapat perintah dari Allah untuk menyembelih anak kesayangan baginda, dengan tenang nabi Allah Ibrahim menyampaikan berita itu pada anakandanya, Ismail'
betapa redhanya baginda..sanggup mengorbankan anak sendiri demi melaksanakan suruhan Allah..
bagaimana pula kisah nabi Ismail?
'dengan yakinnya baginda merelakan dirinya sendiri untuk disembelih bagi menyempurnakan perintah dari tuhan maha agung maha berkuasa atas hamba-hambaNya'
bilamana nyawa menjadi taruhan...apakah kita sanggup menggadaikannya?????
mari ikuti kisah kedua..
masih ingat kisah dakwah baginda nabi Muhammad s.a.w di Thaif??
terasa sakitkah kita bila menyelusuri sirah baginda dibaling batu oleh penduduk Thaif yang menentang dakwah baginda hinggakan berkocak sepatu baginda nabi kita dengan darah??
terkesankah kita dengan pengorbanan nabi kita menanggung kesakitan, keperitan demi melaksanakan dakwah islam??
melihat kembali pada diri sendiri..
dengan kasut yang dipenuhi air pun sudah cukup memenatkan diri untuk berjalan dengannya..
apatah lagi andai yang memenuhi itu adalah darah!
belum tersentuh dengan pengorbanan mereka?
mari kita putar kisah sahabat..
masih ingatkah kalian pada si rupawan Mus'ab bin Umair?
seorang yang mempunyai latar belakang keluarga yang sangat kaya apatah lagi beliau dimanjakan oleh ibu tercinta..
namun beliau sanggup meninggalkan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki untuk bersusah payah bersama Islam.
meninggalkan katil yang empuk, makanan yang enak, belaian manja, harta benda, wang ringgit dan sebagainya.
bahkan sanggup menukar ganti keluarga dan kemewahan dengan iman.
namun..reflek kembali pada diri kita..
untuk bangun subuh pun kita liat..apatah lagi untuk bangun malam..
dan apatah lagi andai kita terpaksa meninggalkan segala kemudahan yang kita miliki..
sanggupkah kita????
mari baca tentang Muhammad Al-Fateh..
mengorbankan masa bermain dan masa riang gembira sewaktu zaman kanak-kanak beliau semata-mata yakin dengan hadis nabi tercinta yang tidak pernah ditemuinya bahwa akan ada sepasukan yang akan menawan constantinople iaitu pasukan yang tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rajanya adalah sebaik-baik raja.
cuba kita renung..
cuba kita tenung..
di saat sang mujahidin Palestin memberanikan diri tanpa senjata melontarkan batu ke arah tentera Israel demi mempertahankan tanah suci Islam..
di manakah kita saat ini?
adakah turut sama berjuang bersama mereka?
atau sekadar melihat dan bersimpati dengan nasib mereka??
sedarlah..
mereka langsung tidak memerlukan simpati kita..
mereka juga tidak memerlukan kehadiran kita di sisi mereka bersama-sama memerangi tentera Israel laknatullah itu..
namun yang mereka perlukan adalah semangat kita untuk sama-sama berjuang demi agama
yang mereka impikan adalah kesatuan ummah yang akan membawa Islam kembali ke zaman kegemilangannya..
yang mereka hajatkan adalah kesungguhan kita mengembalikan Islam kembali menjadi kuasa no 1 dunia..
BANGUNLAH!
orang dahulu telah B.E.R.K.O.R.B.A.N
insan sekarang sedang B.E.R.K.O.R.B.A.N
KITA??
BILA LAGI??
wallahua'lam.....
9 November 2011, 7:05pagi, BM

No comments:
Post a Comment