ya Allah..
aku rasa penat..
tapi aku belum sepenuhnya menggunakan tenagaku..
aku rasa putus asa..
tapi baru sedikit ujian yang menimpa..
aku rasa aku tak mampu..
tapi siapa aku untuk mengatakan sedemikian..
ye...betul ya Allah...
aku rasa hamasahku makin berkurang..
aku tiada tempat untuk mengadu melainkan hanya padaMu..
Kau saja yang sudi mendengar semua luahan hatiku...
hadirkan rasa bersyukurku padaMu ya Allah kerna masih lagi mengizinkan aku untuk merasai nikmat iman dan islam yang bukan semua hambaMu Kau kurniakan nikmat tersebut..
kerna..
dengan nikmat iman dan islam itulah aku menggagahkan diriku untuk meneruskan hari-hari dalam hidupku..
dan kerna nikmat itulah aku masih boleh terus yakin dan percaya bahwa Kau sentiasa ada untukku..
sentiasa mendengar luahan hatiku..
sentiasa membantuku saat senang mahupun susah..
ya sebenarnya aku ada test pagi dan petang ni..
namun ketiadaan semangat menjadikan aku tidak berupaya untuk menyentuh helaian buku ilmiah yang tersadai di atas katilku..
jujurnya..
bukan tidak ingin merebut pahala berjihad di sisiNya..
namun....
hanya Allah dan diriku yang mengetahui pada yang tersirat dalam sanubariku..
mungkin aku belum sepenuhnya yakin tentang usaha dan pahala..
aku sedikit beremosi pagi ini..
entah kenapa aaku pun tidak mengerti..
cuma rasa seperti bila-bila sahaja air yang bergenang di kelopak mata ini boleh terhambur keluar mengalir membasahi pipiku...
mungkin kalian melihatku seperti terlalu lemah..
biarlah apapun tanggapan orang..
aku yakin air mata yang megalir bukanlah penanda seseorang itu lemah atau tak berdaya..
aku yakin itu..
aku sedar sangat banyak kekuranganku..
terutama bila melibatkan pelajaran dan kehadiran semangat dalam diri..
memang seringkali aku cuba menyembunyikan perasaanku dari semua insan..
namun kadang-kadang aku seperti tidak berupaya lagi..
kerna itu aku hadirkan perasaanku dengan menyuratkannya pada setiap entry di blog ini..
ya Allah
kalau aku memang ditaqdirkan untuk berada dalam bidang ini..
aku mohon kuatkan langkahku untuk menempuhinya..
kerna aku cuma insan lemah..yang akan sentiasa bergantungan padaMu setiap saat dan ketika hatta setiap hembusan nafasku aku bergantung padaMu..
apakah Kau ingin terus mengizinkan aku hidup mahupun tidak..
seperti nya aku merasakan aku sedikit berlainan hari ini..
sampaikan doaku dalam solat dhuhaku pagi tadi...
aku melafazkan sesuatu yang bila aku kenang kembali..
aku tidak mengerti apa yang membuatkan aku berperasaan sedemikian rupa...
"ya Allah...
andai aku mati sebelum aku sempat menunaaikan semua tanggungjawabku..
terutama tanggungjawab dalam dakwah dan tarbiyah..
aku mohon ampuni semua dosaku..
dan terimalah ibadahku dan amalku selama ini.."
kuatkan aku ya Rabb..
kuatkan aku ya Rabb..
kuatkan aku ya Rabb..
tuntuniku menggapai redha dan kasih sayang serta rahmat dan keampunanMu...
*feel like not going to class for the whole day..
tapi aku tidak seharusnya berputus asa dengan rahmat Allah..
dan aku akan terus yakin dengan janji-janjiNya..
insyaallah..
3 Oktober 2011, 8:13pagi, BM
No comments:
Post a Comment