Bismillah.
Dengan nama Allah yang menciptakan setiap makhlukNya berpasangan.
gambar hiasan
Perkahwinan tidak sekadar sweet-sweet dan romantik.
Salah kalau itu saja yang terlintas saat memahami konsep
perkahwinan.
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa yang mungkin berbeza
minat dan citarasa, berbeza profession dan hobi, berbeza adat dan kebiasaan,
berbeza gaya fikir dan gerak kerjanya, berbeza latar belakang dan sifatnya
namun menyatu dalam perjalanan menuju destinasi akhir cinta mereka.;)
‘Give and take’ are what needed most in this.Dalam pelbagai
perkara.Dalam setiap perbezaan yang ada.Dan itu memerlukan suatu kekuatan yang
luar biasa iaitu sabar.
Sabar dalam memberi sesuatu yang memerlukan pengorbanan
kita.Serta sabar dalam menerima sesuatu yang bukan kita hajatkan.
Perkahwinan tidak selamanya indah.Ada saat sulit dan
sukarnya.ada masa kecewa dan sedihnya.Ada masa rajuk dan tangisnya.
Namun dari situ kita akan belajar.Belajar menjadi dewasa dalam
berumahtangga.
Belajar mengurus emosi dan rasa.Belajar menerima semua
kekurangan yang ada.Baik dari pihak kita mahupun dari pasangan kita.Belajar
mencintai apa adanya.Dengan itu kita bisa menjalani hari-hari kita dengan penuh
cinta.
Ceritakan.Kongsikan apa saja dengan pasangan kita.Tentang
sibuknya hari-hari kita,tentang sukarnya pekerjaan kita, tentang penatnya emosi
kita, tentang pengalaman-pengalaman baru kita, tentang moment-moment cemas
kita, tentang perkara lucu ditempat kerja, tentang penat dan lelah kita,
tentang masalah-masalah kita, tentang semuanya.Kerna kita belajar memahami
orang sekeliling dengan pengalaman dan cerita-cerita mereka.Dari situ kita akan
belajar,tentang diri.
Dan pinjamkan telinga pada semua celoteh dan bicara pasangan
kita.Dari situ kita akan belajar mengenal pasangan kita.
Tidak berkaitan dengan yang masih bernyawa atau yang telah pergi.
04 October 2017, 11:27pm, Tanah Air.
No comments:
Post a Comment