C.I.N.T.A

bismillah...

segala pujian hanya untuk pemilik cintaku...

hmm....dah dua minggu tak jenguk blog tercinta..rasa macam ada kosong lak dalam hati..
al kisah..seminggu nie asyik terkenang satu perkataan..C.I.N.T.A.
kenapa??
asif sebab memang tak tahu kenapa...
tapi ada something yang bermain dalam fikiran...



apa itu cinta??
akal..sihat manapun ia, masih tidak mampu mentafsir erti cinta
hanya hati yang berfungsi sahaja yang berpeluang merasai nikmat Allah itu..
dan hanya yang merasainya sahaja yang tahu betapa nikmatnya nikmat tersebut..
subhanallah...


CINTA....
jujur diakui..bukan senang nak develop rasa cinta..
tp memang susah nak buang bila cinta dah melekat pada hati..
terutama bila berkaitan dengan duniawi..

kita sering lupa..
kita sering leka..
alpa pada siapa cinta kita bertandang..
pada siapa cinta kita meletakkan harapan..

CINTA....
kehidupan kita takkan pernah lari dari cinta..
cinta pada pencipta kita dan rasul junjungan
ibu bapa pinjaman dari tuhan..
dan tidak dinafikan..
seringkali jiwa remaja diuji dengan cinta insani..
sungguh hebat jiwa-jiwa insan terpilih itu..
kerna bukan semua jiwa mampu bertahan bila ujian seberat itu datang..
nampak mudah..nampak simple..
namun bila diri sendiri yang merasainya........
na'uzubillah...moga dijauhkan dari cinta terlarang...
kerna belum tentu kita mampu menepisnya seperti insan pilihan itu..

subhanallah...hebat hati-hati yang mendapat didikan langsung dari Tuhan..


cinta itu lahirnya dari sanubari...
biar perit manapun jalan menuju cintaNYA
pada hati-hati yang merindui..
tiada apa dapat menghalang..
walau penuh ranjau penuh liku..
tidak satu pun menjadi penghalang dalam meraih cintaNYA..

bila difikir kembali..
mengapa begitu mudah DIA tinggalkan kita?
membiarkan kita terus menerus mencari cinta duniawi?
namun...
jangan kita lupa..jalan menuju redha itu, penuh onak ranjaunya
hanya yang benar-benar hebat mampu merempuh cinta insani
demi menyediakan hati untuk diisi cinta ILAHI

duhai hati..
andai manusia yang kaucintai..
sedarlah..satu hari nanti dia juga akan pergi bertemu penciptanya..
andai harta yang kaucintai..
ingatlah..tiada dapat harta itu menjadi galang ganti untuk kau saat malaikat maut datang menjemput..
andai cinta ILAHI yang dikejari..
yakinlah itulah petunjuk tuhan padamu
membuktikan kau lulus untuk mendampingiNYA nanti..

namun begitu duhai hati..
jika kau pernah kecundang..
ketahuilah..DIA tidak sekali-kali pernah meninggalkanmu
hampirnya Allah dengan kita takkan pernah dapat kita bayang..

  "dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa padaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"
     (al baqarah 2:186) 


itu ujian untukmu..
sudah tentu ujian yang hebat untuk insan yang hebat..
tapi hati..
andai terdetik dirimu untuk mencari cinta hakiki..
lakukanlah..kerna itu tanda DIA ingin kembali menjagamu..
jangan kau berlengah..
kerna sesungguhnya..itu peluang untukmu kembali merebut tempat di sisiNYA..
bermujahadahlah..
kerna kekuatan itu perlu dicari tidak hanya dengan menunggu..
dan yang dicari itu pasti sangat manis untuk dikenang..insyaallah~

sesungguhnya Allah itu sangat cemburu...
cemburu bila cinta lain yang kita pilih..
cemburu bilamana hati kita sering mengingati yang lain selainNYA..
kerna tak mungkin dapat bersatunya dua cinta dalam satu jiwa..


buat teman tersayang..
juga buat hati ini..
ingatlah..
cinta itu fitrah..
jangan pernah kau nafikan kehadirannya dalam hidupmu..
kerna ia satu nikmat dari Allah..
andai kau tolak cinta itu..
hilanglah satu nikmat agung dari YANG MAHA AGUNG..

tapi teman..
jua diri..
simpanlah cinta itu dalam hatimu..
curahkan cintamu dengan seadilnya..
tepat pada tempatnya..
tidaklah patut andai cinta yang mahal itu menjadi tersangat murah dengan disebarkan sewenang-wenangnya, dan tidak kena pada tempatnya..

                  "layakkah kita untuk mencintai manusia..
sedang cinta kita pada pencipta manusia itu sendiri tidak pernah sempurna??"  



kembalilah merenung diri..

duhai adam..
jangan kau tarik hawamu jauh dari tuhannya..
jangan kau lalaikan dia dengan janji manismu..
kerna kau harapan mereka..
tugasmu untuk membimbing dan membawa mereka menyelusuri perjalanan menuju tuhanmu..
sesungguhnya lelaki itu pelindung bagi wanita..
apa kau tega mengkhianati amanah dari TUHANMU?

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka…”
(Surah al-Nisa’, 4:34)

buat hawa...
jagalah dirimu...
hiasilah peribadi dan akhlakmu..
janganlah kau gadaikan segala perhiasaan yang ada padamu..
untuk cinta palsu sesorang lelaki..

duhai adam dan hawa..
bukalah mata kalian untuk melihat jauh lebih indah cinta ILAHI
jauh lebih manis untuk hidup dalam cintaNYA..
jauh lebih bermakna untuk bernaung di bawah payung kasih sayangNYA..

jangan kau impikan wanita semulia fatimah az zahra  
andai peribadimu tak seperti ali karamallahuwajhah 
      dan jangan kau impikan lelaki sehebat ali karamallahu wajhah

                  andai dirimu tak seperti fatimah az zahra


bergembiralah untuk menjadi antara mereka-mereka yang berjihad..
berjihad melawan nafsu..
dan terus-terusan bermujahadah..
demi meraih cinta hakiki milik Ilahi..

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan HARTA dan JIWAMU di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ''
(at taubah 9:41) 

yakinlah..
tiada satu pun pengorbanan kita untukNYA akan disia-siakan..
yakinlah temanku..
memang pahit untuk meninggalkan..tapi lagi pahit bila ditinggalkan..
apakah kita sanggup menukar cinta pencipta kita dengan cinta makhluk..
kerna takkan pernah ada dalam satu hati..dua cinta
apakah kita sanggup tahan bila ditinggalkanNYA??
andai jawapanmu..ya
kembalilah berfikir..
andai jawapanmu..tidak
ketahuilah..
Rasulullah saw bersabda: Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku di tengah khalayak ramai, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.  
(HR Bukhari, Muslim, at-turmudzi, Ibnu Majah) 
lihatlah teman...
dirimu takkan pernah keseorangan..
DIA dekat..
mintalah pertolonganNYA untuk menempuh ujian maha berat ini..
ujianmu hebat kerna kau insan hebat....



a simple poem for u..
        to love someone is nothing
        to be loved by someone is something
        to be loved by someone you love is exciting
        but to be loved by Allah is EVERYTHING.....


*senang untuk menulis...tapi tidak bilamana ingin dipraktikkan...
tapi ketahuilah..ianya tidak pernah mustahil...

*based on true story~


4 Mei 2011, 8:50 pagi

2 comments:

  1. betul kak...susah sangat bila kena kat diri sendiri...cinta itu indah...nak jaga cinta tu untuk yang selayaknya...=D

    ReplyDelete
  2. insyaallah..ujian yg berat untuk insan yang hebat..
    ketahuilah sesungguhnya ujian itu pahit kerna syurga itu manis~

    ReplyDelete