bismillah~
segala sembah sujud hanya pada TUHAN sebaik-baik perancang..
subhanallah...tanggal 12 mei 2011..ditaqdirkan Ilahi ada 2 berita yang menjengah gegendang telinga..1 khabar gembira dan satu khabar sedih..
insyaallah yang gembira itu memang menguatkan semangat untuk lebih bersungguh dalam berjuang di jalanNYA..
dan insyaallah berita sedih itu mengingatkan bahawa kita hanya merancang tapi jangan lupa bahawa Allah juga merancang..dan perancangan Allah itulah yang terbaik...
sitting dengan akhawat yang baru je kenal (hari tu jugak kenal) dan jumpa banyak menyedarkan saya tentang hikmah taqdir Ilahi..
subhanallah..memang tarbiyah itu mampu mendidik jiwa untuk kembali padaNYA..
bila ada sesuatu di luar jangkaan kita dan tidak mengikut kehendak kita, kita sering berkata.."takpe..ada hikmahnya.."...tapi sedar atau tidak kita seringkali lupa untuk mencari apakah hikmah disebalik ujian mahupun mehnah yang datang..
ujian yang menimpa akhawat KTT di mata orang lain mungkin nampak kecil..
tapi cubit paha kanan paha kiri pun terasa..
rasanya ikhwah dan akhawat di KTT sedia maklum peristiwa yang terjadi..
waktu dapat tahu tentang berita tersebut agak terkejut, tapi bila dikhabarkan yang mereka masih punya peluang, hati rasa sedikit lapang..
cuma bila mengetahui keadaan sebenar, perasaan jadi bercampur baur...resah, sedih, risau, cuak, geram pun ada..tapi kudrat tak mampu nak buat apa-apa..hanya ada Allah tempat pergantungan..insyaallah~
keesokan paginya, after subuh alhmadulillah sempat sitting bersama-sama dengan sebahagian akhawat muharikah..dan alhamdulillah perkongsian yang sangat-sangat menyentuh hati..
peristiwa yang mengingatkan kami semua pada surah al baqarah ayat 142-144 (2:142-144)
ayat yang menceritakan tentang perubahan arah kiblat pada zaman nabi..
semua sedia maklum..kiblat pertama kita adalah kaabah..yakni bermula pada zaman nabi Ibrahim
Selepas berlaku perubahan kiblat, orang munafik dan kaum Yahudi meragui kejadian itu lalu bertanya: "Apakah yang menyebabkan mereka berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini?"
Sebagai jawapan kepada pertanyaan yang sengaja dilontarkan kaum Yahudi sebagai bahan ejekan dan sindiran serta untuk mengelirukan kaum Muslimin, Allah berfirman bermaksud: "Orang yang bodoh itu akan berkata: Apakah yang menyebabkan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan Barat itu kepunyaan Allah (maka ke mana saja diarahkan Allah untuk menghadap, maka wajiblah dipatuhi). Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus." (Surah al-Baqarah, ayat 142)
Sebagai jawapan kepada pertanyaan yang sengaja dilontarkan kaum Yahudi sebagai bahan ejekan dan sindiran serta untuk mengelirukan kaum Muslimin, Allah berfirman bermaksud: "Orang yang bodoh itu akan berkata: Apakah yang menyebabkan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan Barat itu kepunyaan Allah (maka ke mana saja diarahkan Allah untuk menghadap, maka wajiblah dipatuhi). Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus." (Surah al-Baqarah, ayat 142)
ternyata ayat-ayat Allah tersebut menyedarkan kami semua untuk kembali menyucikan niat kami yang mungkin lari dari landasan sebenar perjuangan ini..seperti mana Allah ingin menyucikan niat para sahabat..
tugas abid dan khalifah itu takkan pernah hilang dari diri kita walau di mana pun kita berada
dan semestinya tujuan kita menjalankan amanah-amanah itu adalah semata-mata lillahi ta'ala
subhanallah..
penyayangnya Allah kerana ingin kami untuk terus membersihkan niat kami sentiasa saat berjuang di jalanNYA..
prihatinnya Allah pada kami kerna masih sudi menjengah hati-hati kami saat kami menyimpang dari jalanNYA
hebatnya Allah kerna maha mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNYA
mungkin benar kata akak naqibah kami..
mungkin indon dan czech lebih memerlukan muharikah untuk menggerakkan dakwah dan tarbiyah di sana..
memang benar dakwah di india baru sahaja bermula tapi insyaallah kita diperlukan di tempat-tempat lain lebih dari india perlukan kita..
buat akhawat muharikah...
di manapun kita berada kita tetap muharikah ansorullah..
"maka berpisah pun tak mengapa..
tak dapat balasan pun tak mengapa..
tak selalu sembang pun tak mengapa..
cukup sekadar kita mengetahui sahabat kita itu, bergerak di atas jalan Allah, dan menjaga diri mereka, menjadi pekerja-pekerja Allah di atas muka bumiNYA..
itu sahaja sudah mengembangkan jiwa..
itu sahaja sudah melebihi segala-galanya.."
-ukhuwahfillahabadanabada-
16 Mei 2011, 3:32 ptg
No comments:
Post a Comment