bingkisan hidup di KTT

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada TUHAN maha mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNYA

alhamdulillah...
tamat sudah riwayat hidupku di KTT...
kalau dulu tak sabar nak masuk KI..
tapi bila dah laluinya, rasa cam..............
Allah saja yang tahu..

being almost 2 years in KTT..
impossible to say nothing happened in me..
seriously doesn't make sense..

pada sesiapa yang sedang melalui fasa hidup di KTT,
ataupun yang dah melaluinya akan rasa macam apa yang kurasa..
rasa seronok dan bahagia sebab dapat lecturers dan temans yang sangat-sangat membantu perjuangan ilmu ahli sihirku..
gembira sebab rasa macam dijaga oleh semua orang..(rasanya la..tapi insyaallah dijaga..sekalipun tiada yang menjaga..Allah kan ada)
tapi bukan itu yang meninggalkan impact yang ada momentum yang sangat besar bagi diri ini..
kerna di sebalik kemanisan itu..
ada peristiwa-peristiwa yang merenggut rasa cintaku pada KTT..

tidak dinafikan..
di mana-mana saja kita berada..
tentera-tentera syaitan laknatullah tetap bekerja keras membanting tulang untuk melumpuhkan umat-umat Islam..
apatah lagi kalau pergerakan kita bermatlamatkan Allah..
sebabnya..
apa yang Allah suka..pasti syaitan tak suka..
dan semestinya apa yang syaitan suka, Allah akan membencinya..
kan dah kena buat pilihan...
nak jadi tentera Allah ke...tentera syaitan......
haa....

berbalik pada isu tadi...
bukan mudah untuk hidup dalam suasana yang tidak sefikrah dengan kita..
sangat-sangat mencabar..
tambah-tambah bila bab kena pilih..
nak menangkan iman ke...menangkan nafsu...
bukan niat untuk memburukkan kolej tercinta...
kerna di sebalik kecamuk jahiliyah yang menerpa...
ada sinar iman yang hadir..
di celah-celah godaan syaitan yang sangat-sangat menggoda..
ada pintu untuk para malaikat melaluinya..

berada di KTT mengajarku untuk mujahadah dan membina peribadi muslim dalam diri...
bukan mudah bila terpaksa 'berperang' dengan diri sendiri..
sebabnya...ada 3 perkara..
1. kalau berperang menghadapi orang kafir, kita dapat melihat sendiri siapa musuh kita dan berpeluang untuk mengagak kekuatan mereka. namun hawa nafsu adalah musuh yang tidak kelihatan. jadinya sudah tentu berperang dengan perkara yang jelas di mata kita lebih mudah dari yang tidak kelihatan pada mata kasar kita.
2. peperangan melawan orang kafir berlaku pada waktu tertentu saja. tapi berperang dengan hawa nafsu dalam diri berlaku pada tiap ketika.
last sekali....
3. kalau kita kalah atau terkorban saat berjuang dan berperang melawan golongan kuffar, kita akan mati sebagai syuhada dan masuk ke syurga tanpa dihisab. namun bila kita kalah tika melawan hawa nafsu, kita akan sesat selama-lamanya...nau'zubillah...
namun..
teman-teman seperjuangan banyak membantu membentuk diri ini..
dan tidak dinafikan...
di KTT lah aku menerima tarbiyah sebenar..
tarbiyah yang mampu mendidik hati-hati kembali pada fikrah Islam yang sebenar..
itu yang menjadikan KTT sangat-sangat bermakna buat diriku..
kesyukuran yang teramat sangat kupanjatkan pada Ilahi kerna mentaqdirkan aku untuk berada di KTT saat dakwah dan tarbiyah baru ingin bertapak di sana..
syukur yang tidak terhingga juga kerna dikurniakan team MUHARIKAH yang sangat-sangat bersemangat dalam kerja dakwah ini..
ingat mengingati saat ada yang terleka...
support menyaport bila ada yang ter'down'..
di sini jua aku kenal siapa aku yang sebenar dan tujuan aku hidup di bumi Allah ini..
di sini jua aku tahu bahwa aku tak keseorangan bila membawa kalimah Allah..
dan di sini jua aku kenal insan-insan yang hebat dan bersemangat untuk menyampaikan..

ini membuktikan yang kita sebenarnya mampu untuk meng'elastic'kan diri agar tak tersekat dengan jahiliyah yang senantiasa menghalang jalan kita..
cuma cara dan jalannya kena lebih fleksibel..
umpama ikan di lautan yang masin..
namun tidak langsung tergugat dengan kemasinan suasana sekelilingnya..
begitu juga kita..
berada di tempat yang penuh dengan lumpur jahiliyah..
sebenarnya tidak menghalang kita untuk terus menerus membuangnya..

tidak dapat kusangkalkan..
berkat pertolongan Ilahi..
serta perjuangan sahabat-sahabat..
dakwah di KTT semakin berkembang..
dan itu sangat-sangat mengembirakan diri ini..
perjuangan yang dibawa..
insyaallah Allah akan permudahkan..
kita mungkin pemula..
mungkin jua penyambung..
tapi semestinya bukan kita yang menjadi pengakhirnya..
sedih yang teramat kerna meninggalkan KTT saat buah-buah dakwah mula menunjukkan hasil..
namun sedar tak selamanya aku akan berada di sana..
begitu jua teman-teman yang masih berjuang di sana..
satu hari nanti mereka akan meneruskan langkah mereka..
meninggalkan KTT yang menjadi tempat singgahan..
namun..
dengan rasa yakinnya..
aku pasti mereka tidak akan membiarkan dakwah dan tarbiyah yang bermula terkubur begitu saja..
dengan izin Allah pasti mata-mata rantai perjuangan nabi tercinta ini akan terus tersambung sampai haruman Islam tersebar mewangi di bumi KTT tercinta..

harapanku...
walaupun aku tidak mampu untuk menebarkan wangian Islam pada diri apatah lagi buat insan di sekelilingku, jauh sekali untuk mereka yang zahirnya tidak berada di sampingku..
aku minta dengan penuh pengharapan agar diri ini diberi kekuatan untuk terus tsabat di atas jalan penuh liku ini..
kerna hanya itu yang mampu membawaku menemuiNYA nanti..

buat teman seperjuangan..
di mana pun kita berada, itulah medan peperangan kita..
berjuanglah selagi terdaya..
untuk diri, agama dan yang paling utama..
demi mencari REDHA ALLAH..
insyaallah..
yakinlah dengan janjiNYA..

"wahai orang-orang yang beriman!jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(muhammad 47:7)

moga hati-hati kita terus tsabat!!
insyaallah..


30 May 2011, 2:57pagi

4 comments:

  1. ya ukhti...
    jazakillah..
    memang sangat terasa, berbeza sangat sewaktu habis A level dgnhabis KI Programme ni..

    di KTT y kecil lagi terpencil nilah..
    kita mengenal erti manisnya tarbiyah itu
    3 bulan y singkat amat bermakna bila kita sama2 dpt mempraktikkan sgalanya bersama..
    which are ~(a little bit of muslim's life..coz we're trying to complete it)
    semoga dpt dipertingkatkan lagi amalan2 ini..
    mujahadahkan diri..
    utk 2 bulan y mencabar ni

    again..jzkk sis
    mohon share ayat y indah ni

    ReplyDelete
  2. waiyaki~
    btol3..wk2 KI adalah sangat mencabar..
    insyaallah..moga terus tsabat..
    silakan..mmg untuk di'share'~

    ReplyDelete
  3. he~
    rindu korang=)

    semalam buat usrah yang kira macam terakhirlah dengan adik2, (mata berkaca-kaca)
    Subhanallah..
    Rasa sangat lapang di hati lihat adik2 ni.
    Walaupun ya, atas kelemahan diri ada juga yang 'tercicir' amanah2 yang sepatutnya disampaikan..hukhuk T_T

    Apapun, bila lihat ada perubahan tak nafikan rasa berbunga sangat.. Dan rasa malu, bersyukur sangat, kerana insan yang marhaen ni diberi peluang bekerja untukNya..

    Sebenarnya nikmat yang Allah bagi sangatlah besar, rugi sangat kalau kita tidak bersngguh2.. Tak kisahlah sesukar manapun, asal Allah reda insyaAllah, akan rasa manisnya yang amat2 dalam hati:)

    Subhanallah^_^

    Allahumma barkatillah~ amiin...

    ReplyDelete
  4. btol3~
    kena keje lebih keras..insyaallah..
    amin~
    insyaallah ad yg akn meneruskn perjuangn tina kt sne..
    ap2 pun doakn moga stiap kita akn terus tsabat dijln nie..amin~~

    rindu tina jugak~~~

    ReplyDelete