bismillah~

segala sembah sujud hanya pada Tuhan yang maha berkuasa membolak-balikkan hati hamba-hambaNYA..

subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar!!

alhamdulillah...akhirnya dapat kembali ke sekolah tercinta..smapl..

tapi..bukan sebab nak jumpa cikgu-cikgu or semata-mata nak bersua muka dengan adik-adik yang dirindui..

tapi insyaallah kerna tuntutan dakwah itu sendiri..

berat hati pada awalnya..mungkin sebab ketiadaan teman untuk menemaniku ke sana..

tapi alhamdulillah..dua sahabat sejatiku sudi untuk sama-sama meneruskan perjuangan di sana..

perjalanan yang bermula dengan terpaksa mengorak langkah sendiri ke sana..(walaupun tak berapa nak jauh, tapi transport ke sana agak sukar didapati)..tapi alhamdulillah sekali lagi..akhirnya dengan izinNYA kami bertiga dapat sampai di smap tepat pukul 8.15 pagi..dan ditaqdirkan jugak, dimaklumkan bahawa adik-adik telah bersedia menunggu...subhanallah..hebat jiwa-jiwa yang inginkan islam..mengorbankan masa studi untuk dengar perkongsian tak seberapa dari insan biasa cam diriku..

alhamdulillah...semua berjalan lancar..(walaupun tak ikut timing...sbb memang tader timing)..akak naqibahku PERNAH berkata.."nie program kita..kita boleh buat ikut suka kita"...memang suka benar kalau ikut suka hati ni..tapi nak dijadikan cerita...adik-adik form 4 ada aktiviti petang dan malam tu..jadi setelah berbincang dengan mereka semua...kata sepakat dicapai...tangguh majlis sampai esok pagi..alhamdulillah...at least mereka-mereka masih ingin dengar celotehku...

alkisahnya...malam tu, akak naqibahku ajak jumpa form 6..bila pikir-pikirkan kembali...baru teringat yang umurku dah 20 tahun..dan budak-budak form 6 umur 19 tahun...baru sedar diri dah tua..(tapi kesal sebab tak banyak menyumbang untuk agama)..

SEGAN TERAMAT bila nak jumpa mereka..almaklumlah...tak pernah kenal pun sebelum nie..at least ngn adik-adik form 4 dan form 5 yang sudi dengar kumembebel pagi tadi memang junior-juniorku..(kalau ku tak ingat mereka pun mereka masih ingat kat senior mereka nie:-)alhamdulillah..)mula-mula masuk bilik studi mereka(kt smap form 6 memang suka lepak kat bilik studi)rasa cuak sangat-sangat..tapi alhamdulillah..Allah permudahkan...seorang demi seorang datang...SUKA SANGAT-SANGAT~alhamdulillah...banyak yang di'sharing'kan selama lebih kurang 2 jam lebih melepak dengan adik-adik form 6..diri sendiri selalu prejudis dengan keadaan sekeliling..ampunkan aku ya Rabb..(tiba-tiba teringat 1 ayat nie)..

"wahai orang-orang yang beriman! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang mengunjing sebagian yang lain. apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik. dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah maha penerima taubat, maha penyayang."
(al hujurat 49:12)

memang terkena...astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah...bibit-bibit perkenalan kami telah membuahkan satu ukhuwah yang masyaallah...kurasakan hebat penangannya...hinggakan bila masa aku dan teman-teman mula mengorak langkah untuk pulang, terlihat wajah sedih mereka..yang kurasakan lahirnya dari hati mereka yang tulus dengan ikatan hati kami..subhanallah...betapa Allah mencantikkan segala perhubungan andai ianya lillahi ta'ala...*missing them already...

berbalik pada tujuan utamaku ke smap..sharing kami bersambung pada pagi ahad dan berterusan sampai asar...hebat hati-hati yang menginginkan islam...(sanggup tak nak makan sebab nak teruskan perkongsian)...syukur pada Illahi kerna mempermudahkan urusan kami semua..(sebab boleh ambil makanan dari DM bawa masuk asrama untuk adik-adik)..perkongsian yang disampaikan..kurasakan banyak kekurangan..tapi Allah jua yang memegang hati adik-adik untuk memahami apa yang cuba disampaikan..alhamdulillah..terasa nusrah Allah sentiasa mengiringi...

kita memang merancang...tapi sedar atau tidak Allah juga merancang,,,dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang TERBAIK!kerna Allah sebenarnya memberikan apa yang kita perlu..bukan apa yang kita mahu..hebat sungguh Allah~

aku dan teman-teman bertolak balik ke kolej selepas menunaikan solat asar di smap..alhamdulillah..hadaf kami ke sana insyaallah tercapai...cuma langkah menjadi berat saat meninggalkan sekolah kerna 2 perkara..yang pertamanya..bila hati dah bertaut..sayu bila ingin berpisah..tapi sesungguhnya kami bertemu dan berpisah keranaNYA insyaallah..jadi tiada alasan untuk sedih kerna insyaallah akan dipertemukan lagi..kalau tak di dunia ini insyaallah di syurga menanti..sebab yang kedua...terasa semakin berat amanah yang dipikul..tapi insyaallah mudah-mudahan Allah perkuatkan iman untuk terus tsabat dijalan dakwah dan tarbiyah ini..insyaallah...

buat adik-adik..
moga hati kita terus bertaut keranaNYA..
asif jiddan sebab tak dapat meluangkan banyak masa bersama adik-adik..

buat teman-teman muharikahku..maryam dan amal...
moga kita terus tsabat dan tekad untuk terus di jalan ini..
jazakumullah kerna sudi sama-sama berjuang di sana...

perjalanan dakwah ini takkan pernah sunyi dari mehnah ujian..
takkan pernah mudah tanpa halangan..
moga terus dikuatkan iman untuk menyelusuri jalan berduri ini..
permudahkan urusan kami ya Rabb~

wallahua'lam~


26 May 2011, 11:10pagi

3 comments:

  1. Semoga hati2 kita terus bertaut dan saling menyayangi kerana Nya...InsyaAllah...teringin nak jadi cam akak, bg something bermanfaat kat skolah lama...tp x berkesempatan lagi...hehe...

    ReplyDelete
  2. amin...
    insyaallah nnti ad la kesempatan 2..
    tp xbolh nk tngu..kne cari kesempatan 2..insyaallah..
    moga Allah permudahkan urusan awk~:)

    ReplyDelete
  3. jeles jugak tengok biah solehah kt smap labu
    amat berbeza kalau nak compare dgn sekolah sendiri =.=....
    but thanks to Allah..for giving me chance to experienced this..
    n to fatin too..

    ReplyDelete