Cinta dan Perkahwinan

Bismillah
Dengan nama Allah maha pencipta dua jiwa

Baru-baru nie one of my best friend time sekolah menengah got married.Waktu lafaz akad tu, perkara pertama dalam fikiran aku adalah betapa dengan satu lafaz, segala yang haram menjadi halal, dengan satu lafaz, tanggungjawab beralih bahu.
Tidak semua yang sanggup memikulnya.

Disebut dalam quran tentang mitsaqan ghaliza (perjanjian yang agung), ada tiga:
1. Allah SWT membuat perjanjian dengan para nabi,Nabi Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa (Al Ahzab 73:7)
2. Allah SWT mengangkat bukit Thur di atas kepala bani Israil dan menyuruh mereka bersumpah setia pada Allah (An Nissa 4:154)
3. Allah SWT menyatakan hubungan pernikahan (An Nissa 4:21)

Betapa berat sebuah janji yang termateri dengan lafaz ijab qabul malah disamakan dengan timbangan perjanjian para rasul. Kerna ianya tidak hanya melibatkan cuma 2 insan tapi ada keterlibatan Allah di dalamnya.

Lalu mengertilah, didalamnya akan ada gelora dan gegarannya,pasti.
Maka jalanilah dengan penuh sabar dalam mengharap redhaNya.

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khoir.


"Bagaimana ketika perasaan itu hadir?
Menengok pada bilik-bilik hati yang tengah dijaga dalam ketaatan.
Ia menjelma dalam karunia dan kelembutan hati.
Maka tatkala ia datang, kita butuhkan bingkai yang jelas.

Dalam tausiyah cinta yang singkap dan cakap
Jatuh cinta perlukan kesiapan diri.
Yang kelak akan berujung pada mahligai penuh berkah.
Maka jika salah dalam deklarasikan cinta
Tentunya hanya nelangsa yang dirasa.

Ia tidak butuh pentas drama dan roman picisan
Yang acapkali dibumbui oleh kemaksiatan.
Cukuplah dalam walimah sederhana dan hati yang terjaga.

Kerana cinta adalah dakwah.
Kerana cinta adalah jembatan menuju jannahNya.

Dan cinta yang hakiki terbentuk dalam potret keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah."
_No Khalwat Sebelum Akad_


Wallahu a'lam
8 Mac 2020, 09:19am,Tasik Bandar Darulaman,Kedah

No comments:

Post a Comment