**Nikmatz**

bismillah..

dengan nama Allah tuhan pemberi nikmat.

exam prelim baru bermula.dan sebagai seorang pelajar tahun akhir, prelim umpama momok bagiku(sebab kalau tak lepas cut off time prelim aku tak boleh ambil final exam)tapi tader la momok sangat sebab sebagai seorang muslim aku yakin ada kuasa tuhan di atas semua perkara yang berlaku dalam dunia.

seminggu nie kecoh di muka buku gambar seorang pakcik tua yang di rosakkan typewriter nya,satu-satunya sumber mata pencariannya untuk diri dan keluarga.aku tak tahu sangat kisah pakcik tu, ataupun apa yang berlaku sesudah berita itu menjadi viral sebab aku sendiri tak cukup kekuatan untuk baca berita yang macam tu.(asal tengok gambar je dah bergenang air mata apatah lagi kalau baca thoroughly the story of the pakcik).makanya aku memilih untuk scroll je wall fb ku tanpa mengikuti dengan lebih lanjut kisah pakcik malang itu.cukup sekadar gambar yang berbicara disertai segaris tajuk yang lantas bila membacanya terus membuatkan ku rasa .............

demikian juga yang berlaku bila aku melewati stesen-stesen tol di india.kelihatan penjaja-penjaja menjenguk dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain untuk menjual bahan dagangan mereka.ada keropok, bunga, strawberi(kalau tiba musimnya), jambu, dan sebagainya.bukan untuk bertindak sombong, cuma hati kecilku tak sanggup untuk melihat situasi seperti itu, apatah lagi bila yang menjualnya adalah pakcik tua seperti kisah pakcik typewriter di atas.lantas bila kereta atau bas yang aku naiki melewati kawasan tol aku akan berpura tidur kerna tak sanggup untuk menolak dan menggelengkan kepala pada penjual-penjual tersebut.ya memang seharusnya aku berbangga kerna mereka sudah mahu berusaha dengan gigih, dengan cara yang halal untuk menafkahi keluarga mereka tapi aku cuma insan biasa yang terlebih sensitif bila  perkara-perkara macam tu berlaku depan mataku.

antara perkara yang bermain dibenakku bila aku melihat peristiwa seperti ini..
apakah akan seperti ini lagi bila islam yang memerintah?
apa sebenarnya yang berlaku bila islam menjadi ustaziatul alam pada zaman abasiyah dahulu?
apakah ada peristiwa seperti di atas bila islam menjadi rujukan?
bagaimana dahulu seorang khalifah memerintah seluruh dunia?
bagaimana rasanya dipimpin oleh mereka yang amanah pada tugasnya?

aku tak punya jawapan.
sekadar berteka-teki.
cuma meyakini ISLAM ADALAH RAHMATAN LIL ALAMIN.

bukan mudah untuk redha dengan tuhan bila yang terjadi tidak seperti yang diharapkan.
tapi bilamana melihat struggle orang yang lagi susah dari kita, waktu tu akan rasa malu dengan tuhan kerna tak mampu mensyukuri kurniaanNya

Allah..
jangan pernah putus asa denganku.
kerna aku juga sedang belajar untuk tidak berputus asa denganMu.

**sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.contengan yang sebenar contengan.

wallahua'lam.

21 September 2015, 18;00, bumi maududi


No comments:

Post a Comment