Berkah vs Serakah

bismillah...

dengan nama tuhan yang mengajar dengan pena.

alkisah.
hari nie ku ada paper surgery.paper 1.and orthopedics jugak.gabung.walaupun ada gap sehari selepas medicine haritu still aku tak mampu gunakan masa sebaiknya untuk sedut sebanyak mungkin ilmu surgery yang ada dalam buku Manipal Manual of Surgery yang menjadi rujukan bebudak medics kat india nie.

jadinya..aku pergi menjawab exam dengan keyakinan bahawa adanya asbab tidak menjanjikan kewujudan akibat.takut-takut diri bergantung dengan ilmu yang picisan nie untuk menjawab soalan exam sedangkan Allah kalau Dia nak bagi tak ingat, baca banyak mana pun tak dapat jawab jugak.

nak dijadikan cerita harini punya soalan.. hoho sekerat dua je yang aku pernah dengar terms dia.jadinya jenuh la memikir dan recall balik apa yang pernah belajar, baca atau dengar selama nie.(Jangan tiru aksi ini!)sepanjang peperiksaan dijalankan cikgu(postgraduate student) yang jaga exam tu 2 kali jenguk answer paper aku.(ku ingatkan dia tengok orang depan punya paper.sekali dah nak habis exam baru tahu yang selama nie dia usha paper ku.ohhoo..malu~)
5 min before masa tamat he came to me.waktu tu ku tengah pikir jawapan untuk last question yang akhirnya aku tinggal je sebab tak dapat jawab.he came and asked.

-"You finished answer all the questions?"
--"err...yes sir."(bohong.huhu)
-"I saw you didn't write much.You don't remember or you don't know?"
--*klipop.klipop*I don't know the answer, sir"
-"Then why don't you ask?we have interns here."
--*klipop.klipop*
-"It's okay."(sambil cuba senyum.bagi semangat mungkin.takpun cuba redha dengan perangai UG sorang nie)
--*dalam hati*(This is my battle, sir.Takkan nak harapkan orang lain dalam battle sendiri??Lagi pula yang ku inginkan keberkahan dalam urusanku.Apa guna beroleh kejayaan tanpa keberkahan?!)
*tahan air mata*

lantas selepas perbualan tu, aku keluar dari dewan peperiksaan.mengharapkan redha tuhan atas tindakanku.

dalam hidup, bila dunia menjadi tujuan takkan pernah iman itu menang.iman bukan dijadikan panduan tapi digunakan sebagai tunggangan.melangkah tanpa batasan dosa dan pahala.umpama tidak punya tuhan.umpama tak tahu pembalasan.

aku bukan malaikat.ada juga rasa untuk bertanya bila tak tahu.tapi hanya disimpan dan ditelan semula niat itu kerna aku cuma ingin berlaku jujur pada tuhan.mengharap dipandang walau amal cuma ringan.

kumulakan dengan bismillah
takkan kuakhiri dengan jadah
hanya kerna sebuah serakah
takkan ku tumbangkan iman yang sececah

"And those who strive for Us - We will surely guide them to Our ways. And indeed, Allah is with the doers of good."
(al ankabut 29:69)
dan aku yakin dengan janji Tuhanku!

wallahua'lam.

24 September 2015, 18:37, BM

No comments:

Post a Comment