relakah aku?


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

algebra,
aku rela.

bismillah...

segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan pengurnia hati dan jiwa buat hambaNYA..

"apa perasaan semua orang bila baca lirik lagu nie??"
eh.serius ok?
nie lirik lagu.
dinyanyikan oleh sebuah kumpulan nasyid bernama algebra.
kena dengar lagu sekali kot baru dapat feel..

insyaallah..
lets' get to the point..

ketika kita memilih untuk berada di jalan ini...
pernah tak kita terfikir apakah pengakhiran jalan ini?
pernah tak kita terfikir apa yang bakal kita kecapi?
dan..
pernah tak kita terfikir apakah yang bakal kita lalui di jalan ini??
kita tinggalkan soalan pertama dan kedua..
kerna saya teramat yakin antum semua sudah benar yakin dengan jawapannya..
namun untuk soalan yang ketiga..
apa benar kita siap untuk menghadapinya at first when we decide to be like who we are now??

merefleks diri dan diri sendiri terutamanya..
Allah....
kadang-kadang terasa malu sendiri bila nyanyi lagu nie..
malu yang betul-betul malu..
kerna zahirnya itu yang dilafazkan di bibir..
tapi hakikat sebenar....
sukar untuk membuktikan dengan anggota badan..
apatah lagi disertai keikhlasan dari hati..
Allah...
seringkali tewas dengan perasaan sendiri..
sentiasa melayan luka di hati...
walau kutahu benar seharusnya itu tidak terjadi pada insan yang menyerahkan dirinya pada DnT..

belum cukup cinta rupanya aku pada jalan ini..
belum cukup yakin rupanya diriku dengan janji TUHAN pada mereka yang berjuang untuk agamaNYA..

Allah....
ya Allah..
apakah selama ini aku melakukan semua ini tanpa ikhlas keranaMu?
na'uzubillah....
jangan KAU jadikan putus asa itu wujud walau untuk sekelumit dalam diri ini...
kerna sesungguhnya aku tidak ingin lari dari keretapi yang destinasinya adalah KAU...

seperti mana sabarnya kekasihMu Muhammad saat dilontar batu oleh penduduk Thaif..
seperti mana gembiranya sahabat dapat mengejar syahid meski ianya sangat perit..
seperti mana bahagianya baginda Muhammad memikirkan saat bertemu ummat baginda..
jadikan aku seperti mereka..
jadikan aku setabah dan sekuat mereka..
jadikan aku bahagia dan gembira mengejarMu..

kuatkan aku ya Rabb....


wallahua'lam..

16 April 2012, 6:20ptg, BM


No comments:

Post a Comment