phrase#1

bismillah.

bila dada terasa sesak dengan kesibukan dunia.
bila hati semakin menjauh dariNya.
bila dunia terasa semakin dicintai.
bila sepi menghimpit diri.
saat itu terasa tak ingin lagi diulangi.
sumpah!
Allah...walau jauh mana aku berlari dariMu.
tak pernah sesaat Kau tinggalkan aku.
itulah Kau..penuh dengan kasih pada hambaMu.
-al muddassir:7-
"dan kerana Tuhanmu, bersabarlah..."


relakah aku?


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

algebra,
aku rela.

bismillah...

segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan pengurnia hati dan jiwa buat hambaNYA..

"apa perasaan semua orang bila baca lirik lagu nie??"
eh.serius ok?
nie lirik lagu.
dinyanyikan oleh sebuah kumpulan nasyid bernama algebra.
kena dengar lagu sekali kot baru dapat feel..

insyaallah..
lets' get to the point..

ketika kita memilih untuk berada di jalan ini...
pernah tak kita terfikir apakah pengakhiran jalan ini?
pernah tak kita terfikir apa yang bakal kita kecapi?
dan..
pernah tak kita terfikir apakah yang bakal kita lalui di jalan ini??
kita tinggalkan soalan pertama dan kedua..
kerna saya teramat yakin antum semua sudah benar yakin dengan jawapannya..
namun untuk soalan yang ketiga..
apa benar kita siap untuk menghadapinya at first when we decide to be like who we are now??

merefleks diri dan diri sendiri terutamanya..
Allah....
kadang-kadang terasa malu sendiri bila nyanyi lagu nie..
malu yang betul-betul malu..
kerna zahirnya itu yang dilafazkan di bibir..
tapi hakikat sebenar....
sukar untuk membuktikan dengan anggota badan..
apatah lagi disertai keikhlasan dari hati..
Allah...
seringkali tewas dengan perasaan sendiri..
sentiasa melayan luka di hati...
walau kutahu benar seharusnya itu tidak terjadi pada insan yang menyerahkan dirinya pada DnT..

belum cukup cinta rupanya aku pada jalan ini..
belum cukup yakin rupanya diriku dengan janji TUHAN pada mereka yang berjuang untuk agamaNYA..

Allah....
ya Allah..
apakah selama ini aku melakukan semua ini tanpa ikhlas keranaMu?
na'uzubillah....
jangan KAU jadikan putus asa itu wujud walau untuk sekelumit dalam diri ini...
kerna sesungguhnya aku tidak ingin lari dari keretapi yang destinasinya adalah KAU...

seperti mana sabarnya kekasihMu Muhammad saat dilontar batu oleh penduduk Thaif..
seperti mana gembiranya sahabat dapat mengejar syahid meski ianya sangat perit..
seperti mana bahagianya baginda Muhammad memikirkan saat bertemu ummat baginda..
jadikan aku seperti mereka..
jadikan aku setabah dan sekuat mereka..
jadikan aku bahagia dan gembira mengejarMu..

kuatkan aku ya Rabb....


wallahua'lam..

16 April 2012, 6:20ptg, BM


Sumpah Saya Masih Tak Mampu!

bismillah...


segala sembah sujud hanya pada Allah yang maha kuasa memiliki seluruh alam buana maha luas ini..


ya Allah...
sungguh..
aku masih belum mampu untuk memikulnya...
sungguh..
aku masih belum punya kesediaan untuk itu...
sungguh..
aku masih tidak kuat untuk menempuhnya...
kerna sesungguhnya aku memang lemah..
sangat lemah diuji dengan itu..
Allah...


sila jangan salah faham.
ketidaksediaan saya bukanlah berkaitan jalan yang sumpah panjang ini..
tapi kesediaan untuk BM..
kalau ada yang perasan di setiap akhir entry saya akan serta kan..
--tarikh,masa, dan BM
kalau ada yang tahu sila rahsiakan ok?
tapi BM yang saya nak kaitkan di sini langsung tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati dengan BM..


kepada sesiapa yang pernah dengar 'Ini Sumpah Kool' pasti sangat familiar dengan BM....
mungkin ada yang bila dengar 2 perkataan nie akan mula datang satu symptom dimana tiada mana-mana area kat cerebral cortex yang mampu untuk mentafsir kenapa wujudnya symptom yang serba aneh itu..
symptom: senyum sorang-sorang sampai ketelinga
diagnose: undefined!
haha..
ok..sila abaikan..


membina Baitul Muslim itu tidak seperti makan kacang peas..
membina Baitul Muslim itu tidak semudah petik jari tak berbunyi..
mana mungkin akan teguh sesuatu binaan itu andai asasnya tidak kukuh..
begitu juga dengan binaan Baitul Muslim ini..
andai individu-individunya belum cukup soleh dan belum mampu musleh..
astaghfirullah...
teringat semalam ada baca belog APG..
hmm...baru perasan pasal blogger-blogger dalam kalangan teenagers sekarang..
juga baru notice keadaan adik-adik bulatan gumbira yang turut sama mengikut arus itu walaupun mereka nie tak lah minat sangat membaca belog-belog..
fenomena alam saya rasa..........(obviously.....itukan fitrah manusia)
tidaklah salah untuk menuturkan atau membicara soal itu...
namun apa benar kita sudah bersedia?
GULRP!
**p/s:buat adik2 bulatan gumbira..sila jangan bangkitkan lagi topik ini kerna akak naqibah kalian belum bersedia.ok?


tidak ingin mengulas panjang kerna saya sememangnya tidak bersedia untuk itu..
naluri dan perasaan itu memang sedia ada...
kurniaan Allah pada hambaNYA..
namun kena disalurkan pada orang yang berkenaan..bukan sebarangan orang..
dan pada waktu yang sesuai..bukan bila-bila masa dan di mana sahaja..
it's a paradoxical topic..
sekali bincang memang takkan habis..
pastu terus nak try buat practical..
bahaya nie..
ia tidak sekadar kahwin dan hidup happily ever after lepas itu..
TAK!
tanggungjawab yang dipikul akan makin bertambah..
hati yang nak dididik akan semakin bercambah..
perkara yang nak difikir akan semakin memeningkan..
susah kan??


hmm...berada di sekeliling orang dan individu yang sememangnya sedang melalui fasa-fasa itu memang sangat menguji iman kita..
sangat terasa la..
bukan terasa sebab jeles or what..
tapi terasa kuatnya aura C**** itu..
mudah-mudahan terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menolak bisikan-bisikan syaitan yang sering bertandang-tanpa-diundang ini..
kerna sesungguhnya diri ini belum bersedia..
andai saat itu sampai..
insyaallah akan berjaya mengharunginya dengan sukses..
tapi sekarang.......
SUMPAH SAYA TAK MAMPU!




wallahua'lam..


6 APRIL 2012, 8:45 pm, BM

HUJAN??

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan pengurnia rahmat dan kasih sayang pada seluruh alam semesta..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
setelah hampir 5 bulan bumi K***D ketandusan...
alhamdulillah dengan kuasa dan taqdir Ilahi saya kembali merasai nikmatnya air yang turun dari langit..
sumpah!dah sangat lama tiada air dari langit yang turun ke bumi K***D..
tiada ketenangan yang dapat dirasai..
tiada keredupan jiwa..
namun dengan izinNYA terasa kebasahan hati disiram dengan antara nikmat terbesar yang dikurniakan Allah pada kita seperti yang disebut dalam Quran,

"Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." 
(al mulk 67:30)

specifically air!
kat sini memang selalu black out tapi penangannya tidaklah sehebat ketiadaan bekalan air walaupun untuk sekejap..
subhanallah..
andai terus-terusan kemarau....wallahua'lam apakah yang bakal terjadi...nauzubillah..

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. "
(al a'raf 7:57)

sangat banyak ayat al quran yang menyentuh perihal hujan..
banyak sangat..
kan Allah dah cakap yang DIA tidak menjadikan segala sesuatu di muka bumi ini sia-sia melainkan ada hikmah atas ciptaannya..
begitu juga dengan hujan..
seperti yang tertulis dalam ayat di atas..
dengan hujan itu Allah mengeluarkan buah-buahan yang sudah tentu untuk dinikmati oleh kita dan juga makhluk lain..
namun begitu..
Allah juga menjadikan hujan itu sebagai perumpamaan untuk dijadikan peringatan buat hambaNya yang sering lalai dan alpa..
penyayang kan Allah?

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
(al hadiid 57:20)

dengan hujan juga Allah membinasakan kaum musyrikin!

"Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami." (Bukan!) bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera (yaitu) angin yang mengandung azab yang pedih,"
(al ahqaf 46:24) 


mari mentadabbur HUJAN!
sesungguhnya ada rahmat dan kasih sayang Allah yang hadir bersama-sama limpahan hujan itu~

wallahua'lam..

2 APRIL 2012, 6:20 pm, BM