DAH BUAT APA DAH???

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada TUHAN langit, bumi dan antara keduanya..

tanggal 25 Mac yang lalu genaplah umurku 21 tahun..
(ok.bukan nak promote besday..)
tapi nak kita sama-sama kembali memuhasabah diri..
jom bertanya pada diri..

1."selama aku hidup apakah yang telah kuperbuat untuk islam?"

apakah anda jawab begini?:
-sembahyang..
-gi umrah..
-bayar zakat(walaupun bukan duit aku)..
-tolong mak ayah(tu pun boleh dikira untuk agama apa.kan Allah suruh kita buat baik ngan ibu bapa)

2."selama aku hidup berapa lama aku telah mengenal islam?"

apakah ini jawapan kita?
**apa punya soalan tu??
**lepas lahir kenal la islam..
**lepas belajar pendidikan islam kt sekolah..
**sejak aku kawan ngan orang baik-baik..

3."selama aku hidup bilakah aku pernah berDAKWAH?"

mungkin ini jawapan kita
#eh..study tu kan dakwah!so selagi aku studi selagi tu la aku tengah berdakwah..

mari renung kembali..
mari tenung kembali..

apakah jawapan kita sama seperti jawapan di atas?
maaf kalau saya terlalu ekstreme..
MALULAH kita andai itu jawapan kita
MALULAH kita andai itu terlintas di fikiran kita
MALULAH kita!


SAIDINA ALI memeluk islam sewaktu ^kita masih sibuk melayan anak patung dan kereta mainan^
SULTAN MUHAMMAD AL FATEH memerintah sebuah kerajaan ^sewaktu kita sibuk dibuai alam remaja yang kononnya hanya-sekali-seumur-hidup^
MUS'AB BIN UMAIR mengetuk pintu semua rumah di madinah untuk menyebarkan islam ^sewaktu kita sibuk hanyut dengan arus-perkembangan-dunia-hiburan^
MUHAJIRIN keluar di malam hari berhijrah melaksanakan perintah dan rasul ^sewaktu kita enak dibuai mimpi yang tak pasti^
KHALID ALWALID merencana strategi perang untuk menentang musuh islam ^sewaktu kita tewas diperangi musuh durjana^


sampai bila ini harus terjadi?
bila kita ingin sedar dan kembali bangun?
tak cukup ke dengan PERINGATAN KERAS oleh ALLAH???


"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
(al hadiid 57:16)

cukup-cukuplah melayan jahiliyah dalam diri..
sudah-sudahlah membiarkan badan makin tua tanpa secebis pengorbanan untuk agama..
jangan sampai saat ditanya "apa yang udah kauperbuat dengan usiamu?"
dan tiada jawapan yang mampu kita berikan saat itu..
nau'zubillah..

ingatlah..
sunnatullah itu mengatakan islam takkan pernah menang andai bukan kita yang berjuang..
islam takkan naik kalau bukan kita yang menjulangnya..
islam takkan pernah di sanjung kalau bukan kita yang menjadikan ia hebat di mata dunia..

kita memang tak perlukan pandangan dunia terhadap kita.
tapi sebagai menjalankan tugas juga melaksanakan matlamat hidup kita 
iaitu menjadi khalifah di muka bumi Allah ini..
sila rujuk 2:30

mari kita sama-sama ber'hijrah'
peringatan buat diri sendiri yang semakin dekat dengan kematian..
moga sama-sama dikuatkan iman dan terus istiqamah di jalan dnt..
yuk!kita hijrah sama-sama~

wallahua'lam..


28 MARCH 2012, 8:40 pm, BM

No comments:

Post a Comment