Bismillah..
Segala sembah sujud hanya pada Allah,TUHAN yang maha pengasih maha penyayang...
Sejak akhir-akhir nie selalu rasa macam...err...macam...hmm...ntahla..tak boleh nak dilafazkan dengan kata-kata ataupun digambarkan dengan lukisan..hanya Allah yang mengerti dan lebih mengetahui apa yang tersirat dalam sanubari..sebab Allah lagi dekat dengan hambaNYA, lebih dekat dari urat leher kita(surah QAF 50:16)..haa...camne tu????
Kali nie nak ber’tulis’ pasal “SANGAT BANYAK BENDE TAK SETTLE” ....maksudnya....sangat banyakla bende yang tak settle..it looked simple..but..........
Kalau saya beri anda bekas plus batu besar plus batu kecik plus pasir, debu, habuk etc...dan saya minta anda penuhkan bekas tersebut dengan hamba-hamba Allah yang saya da tulis tadi..(eh..betulkan hamba Allah?sebab Allah yang cipta mereka-mereka tu..jadinya mereka-mereka tu hamba Allah la kan?tak gitu?)haa...cubalah penuhkan!agak-agak boleh muat ke?kalau saya yang isi, untuk pertama kalinya..tanpa tips dari teman-teman...kompem tak dapat nak isi dengan molek dan kemasnya(sebab main sumbat je masuk dalam bekas tu)
Saya tak pernah main game tu..tapi kalau saya main memang akan terjadi seperti yang tertulis di atas..biiznillah~berbalik pada bekas dan teman-temannya..memang terbukti dan diyakini..kalau tanpa tips dan renungan tentang game tu memang kita takkan pernah faham apa yang cuba disampaikan oleh bekas dan teman-temannya..kalau main sumbat je buat macam kek lapis sarawak, alamatnya memang kena cari bekas lagi besar la(tak boleh jugak..sebab bekas tu fix..tak boleh ditukar ganti)..tapi cuba kalau dengan cool dan berstrateginya kita susun adik-beradik batu tadi..dengan comel dan kacaknya..sedar tak sedar mesti permukaannya akan menjadi smooth seperti kek lapis sarawak dan mesti muat macam sardin dalam tin..(nak kata yang sardin dalam tin memang sangat berstrategi)
Jap..jap..
Apa yang nak disampaikan nie??
ok..ok..this is the equation..
Batu besar+batu kecik+pasir+debu+habuk+etc=SANGAT BANYAK BENDE TAK SETTLE
Faham tak?perlu ke terangkan?ok..ok..saya terangkan..
Eh..bekas hilang!!!
Ok..ok..sudah-sudahlah ber’analogi’..nanti anda makin kurang faham..
This is the reality!
Saya umpamakan..
Batu dan adik-beradiknya adalah kerja atau perkara yang perlu saya settlekan..
Bekas yang fix, tak boleh tukar tadi merupakan masa yang Allah kurniakan pada semua makhlukNYA(tanpa mengira pangkat,darjat,harta,status,tempat hatta di bumi mahupun di planet Marikh) which is 24 hours per day..
Kalau saya susun adik-beradik tadi dengan tak macho dan bergayanya..mesti tak dapat nak dimuatkan dalam bekas yang tetap bentuknya tadi..kerana apa?sebabnya..(bekas tu solid bukan liquid)sebabnya...kalau kita cuba untuk selesaikan semua perkara dalam satu masa..takpun cuba settlekan perkara yang tak berapa perlu untuk disettlekan dahulu...(cuba masukkan debu dan pasir dan batu kecik dulu baru masukkan batu besar..agak-agak..secara logiknya sempurna ataupun tidak pengisian bekas tu?plus saya taknak ada rongga-rongga kosong dalam bekas tu..sebabnya..memang tak perlu..sebabnya kita mesti taknak masa kita terisi dengan perkara-perkara yang langsung tak best utuk diisi..betul tak??)macam tu la ibaratnya..
Pernah dengar tentang 10 Muwasafat Tarbiyah?
nie senarainya bagi sesiapa yang belum pernah terdengar atau curi-curi dengar pasal nie..
2. ibadah yang sohih
3. akhlaq yang mantap
4. luas pengetahuan
5. sihat tubuh badan
6. mampu berdikari
7. melawan nafsu
8. sangat menjaga masa
9. TERSUSUN URUSANNYA
dan..
10. bermanfaat kepada orang lain
nie la dia..10 muwasafat tarbiyah..
Inilah apa yang ingin tarbiyah didik kita..seorang muslim yang produktif akan sentiasa tersusun jadualnya dan tersusun segala urusan dan kerjanya..which means kita perlu tahu apakah dan dimanakah priority kita..AS A MUSLIM!!
Kalau kita rasa berada di rumah tanpa berbuat apa-apa itu lebih BEST dari keluar demi ALLAH and for the sake of dakwah..go ahead..tapi jangan kita lupa pada firmanNYA...
“ Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(at taubah 9:24)
So..mulai hari ini..tetapkan priority kita!!supaya kita nampak lebih bergaya dan lebih efisyen plus lebih unggul dan macho serta comel di mata ALLAH pencipta kita..
Nasihat saya untuk teman-teman dan diri sendiri terutamanya(sangat-sangat)...
SETTLEkan apa yang perlu diSETTLEkan..
BUANGkan apa yang perlu diBUANGkan..
TAMBAHkan apa yang perlu diTAMBAHkan..
Dan...
SET YOUR MIND, SHIFT YOUR PARADIGM TO BE A PRODUCTIVE MUSLIM!!
Wallahua’lam..
22 June 2011,3:48 pagi
No comments:
Post a Comment