-Cerita Kita-

Bismillah..

Segala sembah sujud hanya pada ALLAH, Tuhan yang maha agung lagi maha berkuasa..

Ehem...

Nak dijadikan cerita...minggu lepas, Cik MAK call..katanya..

“Cik FAIEZZ...snanye kat tempat kita nie(.....)ada jugak bulatan gumbira..tapi tidaklah di’handle’ oleh CIK CIK macam kat sana(.....)”

“Habis tu sape yang ‘handle’?Puan Puan??”

“Yup..hmm..nak gitau..hari khamis depan kita ada bulatan gumbira..petang”

“oo..ok..insyaallah boleh”

*dialog di atas telah di edit dengan dahsyatnya*

Minit bertukar minit..jam berganti jam..hari bersilih ganti..

Tiba-tiba..dapat tahu waktu dan tarikh bulatan gumbira telah ditukar ke;Jumaat petang

Masa bertukar ganti lagi...

Sampailah waktu dan masa yang ditentukan..

Punyalah cuak..yelah sebab nak jumpa kanak-kanak gumbira dalam bulatan gumbira yang selama nie tak pernah kenal..(walaupun kat tempat sendiri)

Tiba-tiba..sony ericsson berbunyi...

“”Cik FAIEZZ..bulatan kita kul 8 malam..Cik FAIEZZ ley kuar ke mlm2?””

Haa????S.U.D.A.H~~~

“”kat mne ek?kte tader transport””

“”kte ley amek..tapi Cik FAIEZZ ley kuar mlm?””

Hati berbunga tapi err....Glup!!

Err..apa nak cakap kat ma & pa nie...

Tak pernah-pernah ku keluar malam dengan kawan!!..kemusykilan tahap maksima!!

Sepetang kupikirkan..apa yang nak diberitahu pada mereka..kupujuk-pujuk dengan ayat yang tak berape nak power..tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusanku..(taderla menderita sangat nak memujuk..)

Tapi..muncul jugak soalan-soalan ‘membunuh’ dari ma & pa..

Dalam 2,3 soalan..inilah yang “PALING MEMBUNUH”

’bulatan gumbira’ dengan sapa?(word yang digunakan bukanlah bulatan gumbira sebenarnya)ntah-ntah SESAT ke..

Sekali lagi..GULPP!!er...GULPP!!er...GULPP!!

Oh ma & pa...

masalah berpolitik dengan Parti Mak Bapak nie memang melanda semua peringkat umur bagi mereka yang ikut jalan DnT nie..(rasanya la..)perlu pandai dalam men'psiko' dan bermain kata dengan mak ayah..baru dapat gi bulatan gumbira or daurah..(saya setuju dengan CIK A mengenai daurah cmne nak berpolitik dengan mak ayah)

Betapalah media massa mampu membuat kebanyakan orang berfikir seperti itu..satu kekesalan timbul dalam hati..mungkin terlalu banyak suara-suara negatif yang didengari berkaitan “USRAH”..hingga mampu membuatkan mereka bertanya soalan sebegitu..(walaupun tak guna term USRAH bila negotiate ngan ma & pa)

Tidak kusalahkan mereka kerna memang pada hakikatnya yang benar itu sering dipandang remeh dan pelik..(walaupun tak lah pelik sebenarnya)..

Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing.Maka beruntunglah orang-orang yang asing.
Hadis riwayat Muslim

Sudah tertulis dan terlakar dalam lipatan sejarah dan dibuktikan dengan hakikat dunia hari ini..

Tapi..

Bukankah seronok menjadi orang yang asing??

Sebabnya...

We are different from others..and that makes us special!

Berada di jalan DnT sepatutnya menjadikan kita ‘kanak-kanak istimewa

Kerna..

Rutin kita tidak seperti orang lain(sepatutnyala..T_T)

Butir bicara kita tidak seperti orang biasa(se’wajib’nya!!..skali lagi..T_T)

Tindak tanduk kita..perwatakan kita..malah penampilan kita seharusnya berbeza dari orang awam..kerna kita bukan sekadar VIP tapi VVVVVVVVVVVIP...(i guess..insyaallah)tapi hanya berbangga dengan gelaran hamba dan khalifah tidak  mampu membuat DnT berjalan dengan lebih lancar..namun rasa izzah pada agama itu tersangat penting dalam usaha menjalankan ‘SHAHADATUL HAQ’ kita..supaya orang ramai nampak di manakah istimewanya ISLAM dan specialnya menjadi INSAN-INSAN GHURABA cam kita nie..insyaallah..

Tapi takkan nak kita-kita je yang rasa manisnya ISLAM nie??

kawan-kawan kolej?

teman-teman yang main batu seremban dan teng-teng sesama kita zaman J dulu cmne lak?

mak ayah kita yang lahirkan kita?

siblings yang kita sayang?

sepupu sepapat yang sama-sama terjun bendang ngan kita waktu muda-muda dulu?

Tidak dinafikan..nak tulis memang senang..nak cakap memang mudah..tapi bila nak dizahirkan dengan perbuatan..memang satu penyeksaan..lots of effort..(i won’t deny it)tapi itulah hakikatnya..pengorbanan perlu dilakukan..

Tapi kalau kita yang dah ikut tarbiyah masih sama macam kita yang dulu-dulu (zaman J)....camne nk teruskan progress DnT kita??(menangis tak henti-henti..*dush33x)

Silap-silap haribulan ter’pause’ kejap..nau’zubillah

Tak pun terlambat lak flownye..(mintak jauh,ya Allah)

Atau paling menakutkan..

Terhenti!!(nau’zubillahi min zhalik..astaghfirullah..)

Kita bukan pemula..dan pastikan yang kita juga bukan pengakhirnya..

Biarlah kita bergerak seiring dan sejajar dengan teman-teman tarbiyah yang lain..
Mungkin akan ada satu masa di mana perjalanan kita terketinggalan sikit dari schedule..but don’t forget to speed up (if possible try to keep constant with the new speed..biiznillah..)coz there’s no displacement in DAKWAH..all we have to do is follow the route that RASULULLAH and SAHABAH had gone through..Rasulullah started with zero..but at the end ISLAM once lead the entire world!!
So now..today is our turn..it may looks impossible..but just have faith in HIM..there’s no such thing like “IMPOSSIBLE” to HIM..
Apa yang kita kena buat adalah BERUSAHA, BERUSAHA DAN BERUSAHA untuk terus tsabat di jalan DnT ini..kerna permulaannya memang pahit..pertengahannya akan terus pahit..tapi pengakhirannya diyakini akan menjadi manis!
soalan femes~kenapa MUJAHADAH itu PAHIT??
jawapan yg lagi femes~kerna SYURGA itu MANIS!!
Teruskan untuk membawa robot-robot MAN-U-SIA LAYCAR untuk kembali sedar siapa mereka di hadapan TUHAN mereka...(lagi indah bila Parti Mak Bapak menyokong penuh tanpa bantahan seterusnya bersama-sama berganding lengan dengan kita di jalan ini)
Moga terus tsabat..izinkan kami ya Rabb..

Wallahua’lam..

28 Jun 2011, 00:50pagi

batu besar+batu kecik+pasir+debu+habuk+etc

Bismillah..

Segala sembah sujud hanya pada Allah,TUHAN yang maha pengasih maha penyayang...

Sejak akhir-akhir nie selalu rasa macam...err...macam...hmm...ntahla..tak boleh nak dilafazkan dengan kata-kata ataupun digambarkan dengan lukisan..hanya Allah yang mengerti dan lebih mengetahui apa yang tersirat dalam sanubari..sebab Allah lagi dekat dengan hambaNYA, lebih dekat dari urat leher kita(surah QAF 50:16)..haa...camne tu????

Kali nie nak ber’tulis’ pasal “SANGAT BANYAK BENDE TAK SETTLE” ....maksudnya....sangat banyakla bende yang tak settle..it looked simple..but..........

Kalau saya beri anda bekas plus batu besar plus batu kecik plus pasir, debu, habuk etc...dan saya minta anda penuhkan bekas tersebut dengan hamba-hamba Allah yang saya da tulis tadi..(eh..betulkan hamba Allah?sebab Allah yang cipta mereka-mereka tu..jadinya mereka-mereka tu hamba Allah la kan?tak gitu?)haa...cubalah penuhkan!agak-agak boleh muat ke?kalau saya yang isi, untuk pertama kalinya..tanpa tips dari teman-teman...kompem tak dapat nak isi dengan molek dan kemasnya(sebab main sumbat je masuk dalam bekas tu)



Saya tak pernah main game tu..tapi kalau saya main memang akan terjadi seperti yang tertulis di atas..biiznillah~berbalik pada bekas dan teman-temannya..memang terbukti dan diyakini..kalau tanpa tips dan renungan tentang game tu memang kita takkan pernah faham apa yang cuba disampaikan oleh bekas dan teman-temannya..kalau main sumbat je buat macam kek lapis sarawak, alamatnya memang kena cari bekas lagi besar la(tak boleh jugak..sebab bekas tu fix..tak boleh ditukar ganti)..tapi cuba kalau dengan cool dan berstrateginya kita susun adik-beradik batu tadi..dengan comel dan kacaknya..sedar tak sedar mesti permukaannya akan menjadi smooth seperti kek lapis sarawak dan mesti muat macam sardin dalam tin..(nak kata yang sardin dalam tin memang sangat berstrategi)

Jap..jap..

Apa yang nak disampaikan nie??

ok..ok..this is the equation..

Batu besar+batu kecik+pasir+debu+habuk+etc=SANGAT BANYAK BENDE TAK SETTLE

Faham tak?perlu ke terangkan?ok..ok..saya terangkan..

Eh..bekas hilang!!!

Ok..ok..sudah-sudahlah ber’analogi’..nanti anda makin kurang faham..

This is the reality!

Saya umpamakan..

Batu dan adik-beradiknya adalah kerja atau perkara yang perlu saya settlekan..

Bekas yang fix, tak boleh tukar tadi merupakan masa yang Allah kurniakan pada semua makhlukNYA(tanpa mengira pangkat,darjat,harta,status,tempat hatta di bumi mahupun di planet Marikh) which is 24 hours per day..

Kalau saya susun adik-beradik tadi dengan tak macho dan bergayanya..mesti tak dapat nak dimuatkan dalam bekas yang tetap bentuknya tadi..kerana apa?sebabnya..(bekas tu solid bukan liquid)sebabnya...kalau kita cuba untuk selesaikan semua perkara dalam satu masa..takpun cuba settlekan perkara yang tak berapa perlu untuk disettlekan dahulu...(cuba masukkan debu dan pasir dan batu kecik dulu baru masukkan batu besar..agak-agak..secara logiknya sempurna ataupun tidak pengisian bekas tu?plus saya taknak ada rongga-rongga kosong dalam bekas tu..sebabnya..memang tak perlu..sebabnya kita mesti taknak masa kita terisi dengan perkara-perkara yang langsung tak best utuk diisi..betul tak??)macam tu la ibaratnya..

Pernah dengar tentang 10 Muwasafat Tarbiyah?
nie senarainya bagi sesiapa yang belum pernah terdengar atau curi-curi dengar pasal nie..

1. aqidah yang sejahtera
2. ibadah yang sohih
3. akhlaq yang mantap
4. luas pengetahuan
5. sihat tubuh badan
6. mampu berdikari
7. melawan nafsu
8. sangat menjaga masa
9. TERSUSUN URUSANNYA
dan..
10. bermanfaat kepada orang lain


nie la dia..10 muwasafat tarbiyah..


Inilah apa yang ingin tarbiyah didik kita..seorang muslim yang produktif akan sentiasa tersusun jadualnya dan tersusun segala urusan dan kerjanya..which means kita perlu tahu apakah dan dimanakah priority kita..AS A MUSLIM!!


Kalau kita rasa berada di rumah tanpa berbuat apa-apa itu lebih BEST dari keluar demi ALLAH and for the sake of dakwah..go ahead..tapi jangan kita lupa pada firmanNYA...

 Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(at taubah 9:24)


So..mulai hari ini..tetapkan priority kita!!supaya kita nampak lebih bergaya dan lebih efisyen plus lebih unggul dan macho serta comel di mata ALLAH pencipta kita..

Nasihat saya untuk teman-teman dan diri sendiri terutamanya(sangat-sangat)...

SETTLEkan apa yang perlu diSETTLEkan..

BUANGkan apa yang perlu diBUANGkan..

TAMBAHkan apa yang perlu diTAMBAHkan..

Dan...

SET YOUR MIND, SHIFT YOUR PARADIGM TO BE A PRODUCTIVE MUSLIM!!

Wallahua’lam..



22 June 2011,3:48 pagi

ibrah hari sabat

Bismillah..

Segala sembah sujud hanya pada TUHAN yang maha pengasih maha penyayang..

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.”

Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.
(Al-a’raf 7:164-165)

2 ayat di atas menceritakan kisah bani israel..alkisahnya begini..

Terdapat satu kelompok bani israel yang melanggar perintah Allah mengenai hari sabat.hari sabat seperti yang semua sedia maklum adalah hari khusus untuk bani israel menunaikan ibadat and tak boleh buat pekerjaan lain selain ibadat..orang-orang bani israel nie pekerjaan utama mereka adalah menangkap ikan..(fishermen i guest)..



nak dijadikan cerita..ikan-ikan tak nak keluar pada hari-hari lain..tapi melompat-lompat macam nak suruh orang tangkap dia pada hari sabat..peristiwa itu hanya terjadi pada hari sabat je..hanya hari sabat..demikianlah Allah menguji hamba-hambaNYA..disebabkan orang-orang bani israel nie tak boleh nak tangkap ikan hari sabat, mereka nak buat helah kononnya untuk menipu Allah dengan memasang perangkap pada hari jumaat dan mengambilnya kembali pada hari ahad..mereka tidak perlu untuk keluar menangkap ikan pada hari sabat tapi masih mendapat hasilnya..begitu la tipu daya mereka untuk mengaburi pandangan Allah sedangkan Allah maha mengetahui apa yang hamba-hambaNYA kerjakan..

Ada satu golongan nie..mereka menegur dan menasihati golongan yang berbuat mungkar...tapi ada pulak lagi satu gerombolan..mereka nie tak puas hati dengan yang menasihati..

“buat apa nak nasihat mereka??..mereka dah sah-sah akan diazab Allah kerana kemungkaran yang mereka perbuat.sia-sia je..”

Lebih kurang macam tu la kata-kata golongan ketiga tadi..tapi jawab golongan yang kedua..

“kami menasihati mereka bukannya sebab apa..tapi at least kami ada alasan bila ditanya Allah nanti..and supaya mereka bertaqwa..”

Seterusnya ayat 165 surah al-a’raf menceritakan bahawa Allah menyelamatkan mereka-mereka yang melarang orang berbuat jahat..dan Allah mengazab orang-orang yang fasik(yang tangkap ikan hari sabat tue) dengan azab yang keras..

Eh...jap..kenapa ada dua golongan saja??

Mana lagi satu kelompok yang mempertikai tindakan mereka yang menegur orang-orang fasik tadi???

Subhanallah...Allah langsung tidak menyebut tentang golongan tersebut..entah mungkin Allah langsung tidak memandang mereka..astaghfirullah..

Haa...di mana kedudukan kita???yang mana yang menjadi pilihan kita??

1)diazab Allah dengan azab yang keras
2)diganjarkan dan diselamatkan oleh Allah
Ataupun...
3)langsung tidak dipandang dan diendah oleh Allah

Na’uzubillah...

Reflect kepada perbuatan dan amal kita..
kalau pilihan pertama yang berkenan di hati..buatlah apa-apa yang kita suka..tapi jangan kita lupa..negeri BARZAKH akan kita tempuhi..negeri ABADI tetap setia menanti..apakah kita cukup kuat untuk melawan panasnya api neraka dan bengisnya malaikat Malik?apakah kita sanggup meminum nanah dan memakan zaqqum yang peritnya sudah tentu tidak dapat kita bayangkan?cukup HEBATKAH kita??????

Andai pilihan kedua yang..’hmm..cam menarik’..buatlah apa yang Allah suruh..jangan kita lupa ada tugas yang menanti kita..tidaklah Allah mencipta kita sia-sia di atas muka bumiNYA..apakah kita sudah lupa pada 2:30 dan 51:56 yang sering kita war-war kan??sedangkan Allah membeli dari orang-orang yang beriman harta dan jiwa mereka dengan syurga yang di dalamnya penuh nikmat yang tiada dapat kita bayang..siapa orang yang beriman????
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan MENCEGAH BERBUAT MUNGKAR dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.”
(at-taubah 9:112)

Betapa Allah concern dengan orang-orang yang berbuat nahi mungkar nie..diganjar dengan syurgaNYA..tak inginkah kita mendapat perhatianNYA??

Senang untuk menyuruh orang berbuat ma’ruf..(kalau susah pun at least lagi senang dari nak suruh orang tinggalkan kemungkaran)...jadi tidak hairan kalau Allah mengambil berat pada mereka-mereka yang melarang orang dari berbuat jahat..sebab memang sangat berat pun..

Berbalik pada tugas kita yakni matlamat hidup kita yang kita banggakan selama nie..surah al-baqarah surah ke 2 ayat ke 30..Allah berfirman pada malaikat...

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

eh..cam kenal...

oo..ayat nie...

eh..masih ingat rupanya..alhamdulillah..bukannya apa..manusia ni memang memerlukan orang untuk mengingatkan..(reflect pada diri sendiri jugak)..bak firman Allah dalam surah masa..manusia nie memang dalam kerugian tapi terkecuali bagi mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..insyaallah kita saling mengingati...sebab kita tak nak rugi..betul tak??

Berbalik pada 2:30 tadi...memang menjadi tanggungjawab kita untuk memimpin diri dan ummat kerna kita diciptakan untuk menjadi khalifah..khalifah di muka bumi..tidak hanya untuk diri sendiri..hadis nabi ada menyebut..
                -Sampaikan dariku walau satu ayat-

Sayang nabi kita kan??kalau sayang..kena la buat apa yang nabi kita suruh buat...jangan lah

‘ilmu saya sikit..’

‘ala..saya bukan budak sekolah agama..’

‘seganlah..saya nie baru join tarbiyah..’

‘eh..diri sendiri masih tunggang terbalik..camne nak sampaikan??’

‘nak kutip ilmu banyak-banyak dulu..’

'saya nak sempurnakan diri dulu..'

....etc.....

Dijadikan alasan untuk kita tidak menyampaikan ISLAM..

Janganlah kerna alasan-alasan yang tak matured tu kita memilih untuk sekadar membesarkan hati masing-masing tanpa mempedulikan ummah yang semakin sakit,parah dan tenat diserang virus-virus jahiliyah..

Apakah ingin tunggu sampai as-sa’ah memunculkan diri..ataupun Izrail datang mengambil kembali hak tuhannya baru kita TERKETUK UNTUK BERFIKIR kembali tentang tugas kita yang satu nie????

Tepuk dada tanya iman~

Wallahua’lam..


14 Jun 2011, 7:39petang