sebiru hari ini...

bismillah...

segala sembah sujud hanya pada TUHAN yang maha tahu isi hati hambaNYA..

online 'mukabuku'..
sambil dengar mp3..
ketika melayan kerinduan pada teman-teman di alam maya..
tiba-tiba mp3 memainkan lagu...*SEBIRU HARI INI*...
menjadikan..
kerinduan pada teman-teman semakin membara..
doaku..
moga ukhuwah yang kita bina keranaNYA akan kekal meski tiada pertemuan antara kita..
in the mood of....missing my sisters~
ku dedicate kan lagu ini khas buat akhawatku yang sekarang tengah berjuang...
walau di manapun mereka berada..
hati ini sentiasa merindui kalian..



Sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita
bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman syurga
seindah hati kita
walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan illahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan terpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita
sebiru hari ini


wallahua'lam...


31 May 2011, 12:35pagi

bingkisan hidup di KTT

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada TUHAN maha mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNYA

alhamdulillah...
tamat sudah riwayat hidupku di KTT...
kalau dulu tak sabar nak masuk KI..
tapi bila dah laluinya, rasa cam..............
Allah saja yang tahu..

being almost 2 years in KTT..
impossible to say nothing happened in me..
seriously doesn't make sense..

pada sesiapa yang sedang melalui fasa hidup di KTT,
ataupun yang dah melaluinya akan rasa macam apa yang kurasa..
rasa seronok dan bahagia sebab dapat lecturers dan temans yang sangat-sangat membantu perjuangan ilmu ahli sihirku..
gembira sebab rasa macam dijaga oleh semua orang..(rasanya la..tapi insyaallah dijaga..sekalipun tiada yang menjaga..Allah kan ada)
tapi bukan itu yang meninggalkan impact yang ada momentum yang sangat besar bagi diri ini..
kerna di sebalik kemanisan itu..
ada peristiwa-peristiwa yang merenggut rasa cintaku pada KTT..

tidak dinafikan..
di mana-mana saja kita berada..
tentera-tentera syaitan laknatullah tetap bekerja keras membanting tulang untuk melumpuhkan umat-umat Islam..
apatah lagi kalau pergerakan kita bermatlamatkan Allah..
sebabnya..
apa yang Allah suka..pasti syaitan tak suka..
dan semestinya apa yang syaitan suka, Allah akan membencinya..
kan dah kena buat pilihan...
nak jadi tentera Allah ke...tentera syaitan......
haa....

berbalik pada isu tadi...
bukan mudah untuk hidup dalam suasana yang tidak sefikrah dengan kita..
sangat-sangat mencabar..
tambah-tambah bila bab kena pilih..
nak menangkan iman ke...menangkan nafsu...
bukan niat untuk memburukkan kolej tercinta...
kerna di sebalik kecamuk jahiliyah yang menerpa...
ada sinar iman yang hadir..
di celah-celah godaan syaitan yang sangat-sangat menggoda..
ada pintu untuk para malaikat melaluinya..

berada di KTT mengajarku untuk mujahadah dan membina peribadi muslim dalam diri...
bukan mudah bila terpaksa 'berperang' dengan diri sendiri..
sebabnya...ada 3 perkara..
1. kalau berperang menghadapi orang kafir, kita dapat melihat sendiri siapa musuh kita dan berpeluang untuk mengagak kekuatan mereka. namun hawa nafsu adalah musuh yang tidak kelihatan. jadinya sudah tentu berperang dengan perkara yang jelas di mata kita lebih mudah dari yang tidak kelihatan pada mata kasar kita.
2. peperangan melawan orang kafir berlaku pada waktu tertentu saja. tapi berperang dengan hawa nafsu dalam diri berlaku pada tiap ketika.
last sekali....
3. kalau kita kalah atau terkorban saat berjuang dan berperang melawan golongan kuffar, kita akan mati sebagai syuhada dan masuk ke syurga tanpa dihisab. namun bila kita kalah tika melawan hawa nafsu, kita akan sesat selama-lamanya...nau'zubillah...
namun..
teman-teman seperjuangan banyak membantu membentuk diri ini..
dan tidak dinafikan...
di KTT lah aku menerima tarbiyah sebenar..
tarbiyah yang mampu mendidik hati-hati kembali pada fikrah Islam yang sebenar..
itu yang menjadikan KTT sangat-sangat bermakna buat diriku..
kesyukuran yang teramat sangat kupanjatkan pada Ilahi kerna mentaqdirkan aku untuk berada di KTT saat dakwah dan tarbiyah baru ingin bertapak di sana..
syukur yang tidak terhingga juga kerna dikurniakan team MUHARIKAH yang sangat-sangat bersemangat dalam kerja dakwah ini..
ingat mengingati saat ada yang terleka...
support menyaport bila ada yang ter'down'..
di sini jua aku kenal siapa aku yang sebenar dan tujuan aku hidup di bumi Allah ini..
di sini jua aku tahu bahwa aku tak keseorangan bila membawa kalimah Allah..
dan di sini jua aku kenal insan-insan yang hebat dan bersemangat untuk menyampaikan..

ini membuktikan yang kita sebenarnya mampu untuk meng'elastic'kan diri agar tak tersekat dengan jahiliyah yang senantiasa menghalang jalan kita..
cuma cara dan jalannya kena lebih fleksibel..
umpama ikan di lautan yang masin..
namun tidak langsung tergugat dengan kemasinan suasana sekelilingnya..
begitu juga kita..
berada di tempat yang penuh dengan lumpur jahiliyah..
sebenarnya tidak menghalang kita untuk terus menerus membuangnya..

tidak dapat kusangkalkan..
berkat pertolongan Ilahi..
serta perjuangan sahabat-sahabat..
dakwah di KTT semakin berkembang..
dan itu sangat-sangat mengembirakan diri ini..
perjuangan yang dibawa..
insyaallah Allah akan permudahkan..
kita mungkin pemula..
mungkin jua penyambung..
tapi semestinya bukan kita yang menjadi pengakhirnya..
sedih yang teramat kerna meninggalkan KTT saat buah-buah dakwah mula menunjukkan hasil..
namun sedar tak selamanya aku akan berada di sana..
begitu jua teman-teman yang masih berjuang di sana..
satu hari nanti mereka akan meneruskan langkah mereka..
meninggalkan KTT yang menjadi tempat singgahan..
namun..
dengan rasa yakinnya..
aku pasti mereka tidak akan membiarkan dakwah dan tarbiyah yang bermula terkubur begitu saja..
dengan izin Allah pasti mata-mata rantai perjuangan nabi tercinta ini akan terus tersambung sampai haruman Islam tersebar mewangi di bumi KTT tercinta..

harapanku...
walaupun aku tidak mampu untuk menebarkan wangian Islam pada diri apatah lagi buat insan di sekelilingku, jauh sekali untuk mereka yang zahirnya tidak berada di sampingku..
aku minta dengan penuh pengharapan agar diri ini diberi kekuatan untuk terus tsabat di atas jalan penuh liku ini..
kerna hanya itu yang mampu membawaku menemuiNYA nanti..

buat teman seperjuangan..
di mana pun kita berada, itulah medan peperangan kita..
berjuanglah selagi terdaya..
untuk diri, agama dan yang paling utama..
demi mencari REDHA ALLAH..
insyaallah..
yakinlah dengan janjiNYA..

"wahai orang-orang yang beriman!jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(muhammad 47:7)

moga hati-hati kita terus tsabat!!
insyaallah..


30 May 2011, 2:57pagi
bismillah~

segala sembah sujud hanya pada Tuhan yang maha berkuasa membolak-balikkan hati hamba-hambaNYA..

subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar!!

alhamdulillah...akhirnya dapat kembali ke sekolah tercinta..smapl..

tapi..bukan sebab nak jumpa cikgu-cikgu or semata-mata nak bersua muka dengan adik-adik yang dirindui..

tapi insyaallah kerna tuntutan dakwah itu sendiri..

berat hati pada awalnya..mungkin sebab ketiadaan teman untuk menemaniku ke sana..

tapi alhamdulillah..dua sahabat sejatiku sudi untuk sama-sama meneruskan perjuangan di sana..

perjalanan yang bermula dengan terpaksa mengorak langkah sendiri ke sana..(walaupun tak berapa nak jauh, tapi transport ke sana agak sukar didapati)..tapi alhamdulillah sekali lagi..akhirnya dengan izinNYA kami bertiga dapat sampai di smap tepat pukul 8.15 pagi..dan ditaqdirkan jugak, dimaklumkan bahawa adik-adik telah bersedia menunggu...subhanallah..hebat jiwa-jiwa yang inginkan islam..mengorbankan masa studi untuk dengar perkongsian tak seberapa dari insan biasa cam diriku..

alhamdulillah...semua berjalan lancar..(walaupun tak ikut timing...sbb memang tader timing)..akak naqibahku PERNAH berkata.."nie program kita..kita boleh buat ikut suka kita"...memang suka benar kalau ikut suka hati ni..tapi nak dijadikan cerita...adik-adik form 4 ada aktiviti petang dan malam tu..jadi setelah berbincang dengan mereka semua...kata sepakat dicapai...tangguh majlis sampai esok pagi..alhamdulillah...at least mereka-mereka masih ingin dengar celotehku...

alkisahnya...malam tu, akak naqibahku ajak jumpa form 6..bila pikir-pikirkan kembali...baru teringat yang umurku dah 20 tahun..dan budak-budak form 6 umur 19 tahun...baru sedar diri dah tua..(tapi kesal sebab tak banyak menyumbang untuk agama)..

SEGAN TERAMAT bila nak jumpa mereka..almaklumlah...tak pernah kenal pun sebelum nie..at least ngn adik-adik form 4 dan form 5 yang sudi dengar kumembebel pagi tadi memang junior-juniorku..(kalau ku tak ingat mereka pun mereka masih ingat kat senior mereka nie:-)alhamdulillah..)mula-mula masuk bilik studi mereka(kt smap form 6 memang suka lepak kat bilik studi)rasa cuak sangat-sangat..tapi alhamdulillah..Allah permudahkan...seorang demi seorang datang...SUKA SANGAT-SANGAT~alhamdulillah...banyak yang di'sharing'kan selama lebih kurang 2 jam lebih melepak dengan adik-adik form 6..diri sendiri selalu prejudis dengan keadaan sekeliling..ampunkan aku ya Rabb..(tiba-tiba teringat 1 ayat nie)..

"wahai orang-orang yang beriman! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang mengunjing sebagian yang lain. apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik. dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah maha penerima taubat, maha penyayang."
(al hujurat 49:12)

memang terkena...astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah...bibit-bibit perkenalan kami telah membuahkan satu ukhuwah yang masyaallah...kurasakan hebat penangannya...hinggakan bila masa aku dan teman-teman mula mengorak langkah untuk pulang, terlihat wajah sedih mereka..yang kurasakan lahirnya dari hati mereka yang tulus dengan ikatan hati kami..subhanallah...betapa Allah mencantikkan segala perhubungan andai ianya lillahi ta'ala...*missing them already...

berbalik pada tujuan utamaku ke smap..sharing kami bersambung pada pagi ahad dan berterusan sampai asar...hebat hati-hati yang menginginkan islam...(sanggup tak nak makan sebab nak teruskan perkongsian)...syukur pada Illahi kerna mempermudahkan urusan kami semua..(sebab boleh ambil makanan dari DM bawa masuk asrama untuk adik-adik)..perkongsian yang disampaikan..kurasakan banyak kekurangan..tapi Allah jua yang memegang hati adik-adik untuk memahami apa yang cuba disampaikan..alhamdulillah..terasa nusrah Allah sentiasa mengiringi...

kita memang merancang...tapi sedar atau tidak Allah juga merancang,,,dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang TERBAIK!kerna Allah sebenarnya memberikan apa yang kita perlu..bukan apa yang kita mahu..hebat sungguh Allah~

aku dan teman-teman bertolak balik ke kolej selepas menunaikan solat asar di smap..alhamdulillah..hadaf kami ke sana insyaallah tercapai...cuma langkah menjadi berat saat meninggalkan sekolah kerna 2 perkara..yang pertamanya..bila hati dah bertaut..sayu bila ingin berpisah..tapi sesungguhnya kami bertemu dan berpisah keranaNYA insyaallah..jadi tiada alasan untuk sedih kerna insyaallah akan dipertemukan lagi..kalau tak di dunia ini insyaallah di syurga menanti..sebab yang kedua...terasa semakin berat amanah yang dipikul..tapi insyaallah mudah-mudahan Allah perkuatkan iman untuk terus tsabat dijalan dakwah dan tarbiyah ini..insyaallah...

buat adik-adik..
moga hati kita terus bertaut keranaNYA..
asif jiddan sebab tak dapat meluangkan banyak masa bersama adik-adik..

buat teman-teman muharikahku..maryam dan amal...
moga kita terus tsabat dan tekad untuk terus di jalan ini..
jazakumullah kerna sudi sama-sama berjuang di sana...

perjalanan dakwah ini takkan pernah sunyi dari mehnah ujian..
takkan pernah mudah tanpa halangan..
moga terus dikuatkan iman untuk menyelusuri jalan berduri ini..
permudahkan urusan kami ya Rabb~

wallahua'lam~


26 May 2011, 11:10pagi

TAQDIR

bismillah...

segala sembah sujud hanya pada TUHAN penentu segala....

subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar!!

segala puji-pujian hanya untuk Allah yang maha pemurah dan penyayang terhadap hamba-hambaNYA...

kisah 1:

berita gembira yang diterima dari teman-teman seperjuangan sangat mengembirakan dan melapangkan dada..
insyaallah..itulah tarbiyah dari Allah untuk mereka..
sangat-sangatlah beruntung mereka-mereka yang diuji olehNYA..kerna itu tanda Allah tidak pernah melepaskan mereka dari pandanganNYA...
allahuakbar~
buat teman-teman muharikah
apa pun pilihan kalian...insyaallah itu yang terbaik 
dan insyaallah..itu jualah ketentuan Allah untuk kalian
kembali betulkan niat tentang pilihan kita..insyaallah Allah permudahkan..
di mana pun kita..kitalah muharikah penggerak yang akan menggerakkan dakwah dan tarbiyah..insyaallah..amin~

~the end~

kisah 2:

buat usrah tanpa persediaan memang sangat-sangat mencabar..
tapi alhamdulillah Allah permudahkan..
Allah jua lah yang mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA..

bangun pagi-pagi dah dapat cuitan dariNYA..
memang BEST~
sangat-sangat best sebab itu bukti kasih sayang Allah..
juga peringatan dari Allah supaya lebih bersungguh-sungguh dengan tugas dakwah dan tarbiyah..
tidak ambil mudah dan enteng dengan amanah Ilahi..

buat teman-teman usrah...
asif jiddan...insyaallah perkongsian yang tak seberapa pagi tadi dapat kembalikan kita padaNYA...insyaallah...
kita beriadah lain kali ye~insyaallah..
lau tak di KTT...insyaallah di KIMS nanti....

~the end~

kisah 3:

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
terasa Allah memang sangat dekat...benarlah firmanNYA...

“apabila hamba-hambaKu bertanya padamu(Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat…..”
(al baqarah 2:186)

Allah memang sangat penyayang pada hambaNYA...

i love YOU, Allah~

~the end~

kisah 4:

sanah helwah buat teman muharikahku,a.k.a bayangan diriku~

ANIS AMIRA BINTI AZAMI

semoga dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan dunia akhirat
may Allah bless u dear
moga amalmu bertambah seiring pertambahan usiamu..
di manapun kita...kita tetap rijal rabbani
~saya sayang awak~i love you~uhibbuki fillah abadan abada~



~the end~

17 mei 2011, 8:37 mlm


perubahan arah 'kiblat'


bismillah~


segala sembah sujud hanya pada TUHAN sebaik-baik perancang..

subhanallah...tanggal 12 mei 2011..ditaqdirkan Ilahi ada 2 berita yang menjengah gegendang telinga..1 khabar gembira dan satu khabar sedih..

insyaallah yang gembira itu memang menguatkan semangat untuk lebih bersungguh dalam berjuang di jalanNYA..

dan insyaallah berita sedih itu mengingatkan bahawa kita hanya merancang tapi jangan lupa bahawa Allah juga merancang..dan perancangan Allah itulah yang terbaik...

sitting dengan akhawat yang baru je kenal (hari tu jugak kenal) dan jumpa banyak menyedarkan saya tentang hikmah taqdir Ilahi..

subhanallah..memang tarbiyah itu mampu mendidik jiwa untuk kembali padaNYA..

bila ada sesuatu di luar jangkaan kita dan tidak mengikut kehendak kita, kita sering berkata.."takpe..ada hikmahnya.."...tapi sedar atau tidak kita seringkali lupa untuk mencari apakah hikmah disebalik ujian mahupun mehnah yang datang..

ujian yang menimpa akhawat KTT di mata orang lain mungkin nampak kecil..
tapi cubit paha kanan paha kiri pun terasa..
rasanya ikhwah dan akhawat di KTT sedia maklum peristiwa yang terjadi..
waktu dapat tahu tentang berita tersebut agak terkejut, tapi bila dikhabarkan yang mereka masih punya peluang, hati rasa sedikit lapang..
cuma bila mengetahui keadaan sebenar, perasaan jadi bercampur baur...resah, sedih, risau, cuak, geram pun ada..tapi kudrat tak mampu nak buat apa-apa..hanya ada Allah tempat pergantungan..insyaallah~

keesokan paginya, after subuh alhmadulillah sempat sitting bersama-sama dengan sebahagian akhawat muharikah..dan alhamdulillah perkongsian yang sangat-sangat menyentuh hati..

peristiwa yang mengingatkan kami semua pada surah al baqarah ayat 142-144 (2:142-144)
ayat yang menceritakan tentang perubahan arah kiblat pada zaman nabi..
semua sedia maklum..kiblat pertama kita adalah kaabah..yakni bermula pada zaman nabi Ibrahim
Selepas berlaku perubahan kiblat, orang munafik dan kaum Yahudi meragui kejadian itu lalu bertanya: "Apakah yang menyebabkan mereka berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini?"

Sebagai jawapan kepada pertanyaan yang sengaja dilontarkan kaum Yahudi sebagai bahan ejekan dan sindiran serta untuk mengelirukan kaum Muslimin, Allah berfirman bermaksud: "Orang yang bodoh itu akan berkata: Apakah yang menyebabkan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan Barat itu kepunyaan Allah (maka ke mana saja diarahkan Allah untuk menghadap, maka wajiblah dipatuhi). Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus." (Surah al-Baqarah, ayat 142) 

ternyata ayat-ayat Allah tersebut menyedarkan kami semua untuk kembali menyucikan niat kami yang mungkin lari dari landasan sebenar perjuangan ini..seperti mana Allah ingin menyucikan niat para sahabat..
tugas abid dan khalifah itu takkan pernah hilang dari diri kita walau di mana pun kita berada
dan semestinya tujuan kita menjalankan amanah-amanah itu adalah semata-mata lillahi ta'ala

subhanallah..
penyayangnya Allah kerana ingin kami untuk terus membersihkan niat kami sentiasa saat berjuang di jalanNYA..
prihatinnya Allah pada kami kerna masih sudi menjengah hati-hati kami saat kami menyimpang dari jalanNYA
hebatnya Allah kerna maha mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNYA

mungkin benar kata akak naqibah kami..
mungkin indon dan czech lebih memerlukan muharikah untuk menggerakkan dakwah dan tarbiyah di sana..
memang benar dakwah di india baru sahaja bermula tapi insyaallah kita diperlukan di tempat-tempat lain lebih dari india perlukan kita..

buat akhawat muharikah...
di manapun kita berada kita tetap muharikah ansorullah..

"maka berpisah pun tak mengapa..
tak dapat balasan pun tak mengapa..
tak selalu sembang pun tak mengapa..
cukup sekadar kita mengetahui sahabat kita itu, bergerak di atas jalan Allah, dan menjaga diri mereka, menjadi pekerja-pekerja Allah di atas muka bumiNYA..
itu sahaja sudah mengembangkan jiwa..
itu sahaja sudah melebihi segala-galanya.."




-ukhuwahfillahabadanabada-


16 Mei 2011, 3:32 ptg

ujian itu tarbiyah

Setiap manusia pasti akan diuji

Namun kebanyakan kita tidak sedar

Kerna ujian tidak hanya berbentuk musibah, penderitaan, kesedihan, bencana dan sebagainya

Malah kesenangan, kejayaan, serta kemewahan juga satu bentuk ujian yang Allah ciptakan untuk kita

Tetapi kebanyakan kita lupa atau mungkin tidak pernah tahu hakikat tersebut

Seperti firmanNya..

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumisebagai perhiasan baginya, untuk kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya”
(alkahf 18:7)

Allah telah menyatakan bahawa setiap yang ada di bumi adalah ujian untuk kita

Boleh dikatakan bahawa kita, manusia diciptakan untukdiuji

Dan ditapis untuk melihat siapakah yang terhebat antara kita

Kalau nak masuk akademi fantasia kena pergi ujibakat..

Kalau nak jadi pelawak pun kena masuk raja lawak

Bukan itu saja..dah dinobatkan jadi raja lawak pun still kena compete untuk jadi maharaja lawak

Haa...betapa kita menjadi sangat choosy bilamana ingin memilih pemenang

Sebab ganjaran bagi insan-insan terpilih itu sangat lumayan

So syarat pun kenalah sangat strict dan sangat mencabar

Begitu juga dengan syarat-syarat yang Allah dah gariskan

Hanya yang hebat dan hebat sahaja yang akan menjadi pemenang dalam permainan dunia

Kerna kalau nak dibandingkan dengan nikmat di dunia

Sudah tentu sama sekali tidak dapat menandingi nikmat yang menanti bagi pemenang-pemenang di akhirat kelak

Nabi pernah bersabda,

Allah menjadikan rahmat itu seratus bagian, yang sembilan puluh sembilan Ia tahan di sisiNya dan yang satu bagian Ia turunkan ke permukaan bumi.Dari satu bagian itulah semua makhluk berkasih sayang sehingga binatang itu mengangkat kakinya kerana khuatir kalau-kalau menginjak anaknya’
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Betapa banyaknya nikmat yang kita dapat selama hidup di muka bumi ini

Namun jangan kita lupa bahawa lebih banyak nikmat yang disimpan untuk kita nikmati di akhirat nanti

Bukan calang-calang orang yang ditaqdirkan untuk dapat nikmat lagi ‘99’ bagian tu

Oleh itu pemilihan yang akan dibuat semestinya sangat teliti dan sangat memilih

Dan mendatangkan ujian merupakan satu cara untuk Allah lihat apakah kita hebat dan layak untuk menghuni syurgaNYA

Kerana bukan semua orang mampu menghadapi mehnah yang semakin hari semakin mencabar

Kita sering mengeluh bila ditimpa musibah

Gagal dalam peperiksaan, kehilangan insan tersayang, bencana alam, sakit, rugi dalam bisnes, dikhianati dan banyak lagi

Terkadang kita cuba untuk mempersoalkan tentang perkara tersebut

Dan semestinya Allah telah pun menjawabsegala persoalan kita
Kita bertanya : Kenapa aku diuji ?
Quran menjawab:
“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah al- Ankabut,29: 2-3)
Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah,2:216)
Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah al-Baqarah,2:286)
Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”(Surah al-Imran,3:139)
Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah,2:45)
Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab.
“…Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah at-Taubah,9:129)
Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”(Surah at-Taubah,9:111)
Kita berkata : Aku sudah tidak tahan lagi !!!
Quran menjawab,
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.(Surah Yusuf,12:87)
Kita berkata: Sampai bila aku harus merana begini ?
Quran menjawab,
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah, 94:5-6)

Seandainya kita amati ayat-ayat tersebut, saya yakin dan percaya jawapan-jawapan yang Allah berikan sangat-sangat bertepatan dengan persoalan kita

Ketahuilah sesungguhnya Allah itu sangat dekat dengan kita

“apabila hamba-hambaKu bertanya padamu(Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat…..”
(al baqarah 2:186)

Malah lebih dekat dari urat leher kita

“dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”
(qaf 50:16)

Lihat!!
Betapa Allah tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat. Andai ujian itu datang kembalilah sedar bahawa Allah sentiasa bersama kita.Apa yang diberi oleh Allah kepada kita semuanya ujian.Cuma kita sering lupa kesusahan dan kesenangan itu merupakan ujianNYA

Andai berat mehnah yang kita tanggung, jangan kita lupa bahwa kita ada Allah untuk bergantung.
Malah Allah sendiri meng’offer’kan diriNYA untuk dijadikan sebagai tempat kita mengadu saat tak tertanggung dugaan itu.FirmanNya dalam surah al-ikhlas,112:2)

“Allah tempat meminta segala sesuatu”

Tengok!!

Seharusnya kita bersyukur bila ditimpa ujian baik ujian berbentuk nikmat ataupun musibah kerna itu satu wadah untuk kita mendekatkan diri padaNYA. Cuba kita renung kembali…saat kita hidup dalam kemewahan tidak pun tika kita dikelilingi kesenangan, berapa kali kita akan ingat padaNya??paling-paling bila kita solat plus waktu mengaji. Kalau dihitung masa,boleh dikatakan dalam 24 jam cuma 30 minit saja yang kita peruntukkan untuk mengingati Allah. Lagi 23 jam 30 minit???Kita sibuk dengan urusan duniawi yang takkan dapat membantu kita saat amalan kita dihitung dan ditimbang. Setidak-tidaknya dengan ujian kesusahan akan membuatkan kita lebih meletakkan pergantungan kita pada Allah. Buka pergantungan biasa tapi pergantungan total di mana tiada yang lain yang kita harapkan melainkan hanya pada Allah. Betapa Allah inginkan kita untuk kembali padaNYA

Tambahan pula, Allah itu maha mengetahui tentang kemampuan hamba-hambaNYA.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….”
(al baqarah 2:286)

Lagi satu…

‘Tidaklah seorang muslim terkena duri, atau lebih dari itu, kecuali Allah mengangkat baginya satu darjat, dan menghapuskan darinya satu dosa’
(riwayat al-bukhari dan muslim)

Haa…adil tak Allah??
Sangat adil kan?

Tak sia-sia la kita tanggung kesusahan sebab kesusahan itu memberikan kita credit untuk dekat padaNya dan seterusnya menghapuskan kesalahan kita yang lalu

Jadi beruntunglah kita jika kita sedar tentang hint-hint  yang Allah dah berikan pada kita. Kerna sesungguhnya ujian itu adalah didikan langsung dari Allah pada insan-insan pilihanNya

Ujian itu pahit kerna syurga itu manis

Bila kita dapat hadiah dari insan yang kita sayang, sudah tentu kita akan menghargainya dan berusaha untuk menjaga sebaik mungkin

Apakah hadiah dari TUHAN kita, kekasih agung kita, ingin kita abaikan???????

Tepuk dada..tanya iman…..

8 Mei 2011, 9:01pg

C.I.N.T.A

bismillah...

segala pujian hanya untuk pemilik cintaku...

hmm....dah dua minggu tak jenguk blog tercinta..rasa macam ada kosong lak dalam hati..
al kisah..seminggu nie asyik terkenang satu perkataan..C.I.N.T.A.
kenapa??
asif sebab memang tak tahu kenapa...
tapi ada something yang bermain dalam fikiran...



apa itu cinta??
akal..sihat manapun ia, masih tidak mampu mentafsir erti cinta
hanya hati yang berfungsi sahaja yang berpeluang merasai nikmat Allah itu..
dan hanya yang merasainya sahaja yang tahu betapa nikmatnya nikmat tersebut..
subhanallah...


CINTA....
jujur diakui..bukan senang nak develop rasa cinta..
tp memang susah nak buang bila cinta dah melekat pada hati..
terutama bila berkaitan dengan duniawi..

kita sering lupa..
kita sering leka..
alpa pada siapa cinta kita bertandang..
pada siapa cinta kita meletakkan harapan..

CINTA....
kehidupan kita takkan pernah lari dari cinta..
cinta pada pencipta kita dan rasul junjungan
ibu bapa pinjaman dari tuhan..
dan tidak dinafikan..
seringkali jiwa remaja diuji dengan cinta insani..
sungguh hebat jiwa-jiwa insan terpilih itu..
kerna bukan semua jiwa mampu bertahan bila ujian seberat itu datang..
nampak mudah..nampak simple..
namun bila diri sendiri yang merasainya........
na'uzubillah...moga dijauhkan dari cinta terlarang...
kerna belum tentu kita mampu menepisnya seperti insan pilihan itu..

subhanallah...hebat hati-hati yang mendapat didikan langsung dari Tuhan..


cinta itu lahirnya dari sanubari...
biar perit manapun jalan menuju cintaNYA
pada hati-hati yang merindui..
tiada apa dapat menghalang..
walau penuh ranjau penuh liku..
tidak satu pun menjadi penghalang dalam meraih cintaNYA..

bila difikir kembali..
mengapa begitu mudah DIA tinggalkan kita?
membiarkan kita terus menerus mencari cinta duniawi?
namun...
jangan kita lupa..jalan menuju redha itu, penuh onak ranjaunya
hanya yang benar-benar hebat mampu merempuh cinta insani
demi menyediakan hati untuk diisi cinta ILAHI

duhai hati..
andai manusia yang kaucintai..
sedarlah..satu hari nanti dia juga akan pergi bertemu penciptanya..
andai harta yang kaucintai..
ingatlah..tiada dapat harta itu menjadi galang ganti untuk kau saat malaikat maut datang menjemput..
andai cinta ILAHI yang dikejari..
yakinlah itulah petunjuk tuhan padamu
membuktikan kau lulus untuk mendampingiNYA nanti..

namun begitu duhai hati..
jika kau pernah kecundang..
ketahuilah..DIA tidak sekali-kali pernah meninggalkanmu
hampirnya Allah dengan kita takkan pernah dapat kita bayang..

  "dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa padaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"
     (al baqarah 2:186) 


itu ujian untukmu..
sudah tentu ujian yang hebat untuk insan yang hebat..
tapi hati..
andai terdetik dirimu untuk mencari cinta hakiki..
lakukanlah..kerna itu tanda DIA ingin kembali menjagamu..
jangan kau berlengah..
kerna sesungguhnya..itu peluang untukmu kembali merebut tempat di sisiNYA..
bermujahadahlah..
kerna kekuatan itu perlu dicari tidak hanya dengan menunggu..
dan yang dicari itu pasti sangat manis untuk dikenang..insyaallah~

sesungguhnya Allah itu sangat cemburu...
cemburu bila cinta lain yang kita pilih..
cemburu bilamana hati kita sering mengingati yang lain selainNYA..
kerna tak mungkin dapat bersatunya dua cinta dalam satu jiwa..


buat teman tersayang..
juga buat hati ini..
ingatlah..
cinta itu fitrah..
jangan pernah kau nafikan kehadirannya dalam hidupmu..
kerna ia satu nikmat dari Allah..
andai kau tolak cinta itu..
hilanglah satu nikmat agung dari YANG MAHA AGUNG..

tapi teman..
jua diri..
simpanlah cinta itu dalam hatimu..
curahkan cintamu dengan seadilnya..
tepat pada tempatnya..
tidaklah patut andai cinta yang mahal itu menjadi tersangat murah dengan disebarkan sewenang-wenangnya, dan tidak kena pada tempatnya..

                  "layakkah kita untuk mencintai manusia..
sedang cinta kita pada pencipta manusia itu sendiri tidak pernah sempurna??"  



kembalilah merenung diri..

duhai adam..
jangan kau tarik hawamu jauh dari tuhannya..
jangan kau lalaikan dia dengan janji manismu..
kerna kau harapan mereka..
tugasmu untuk membimbing dan membawa mereka menyelusuri perjalanan menuju tuhanmu..
sesungguhnya lelaki itu pelindung bagi wanita..
apa kau tega mengkhianati amanah dari TUHANMU?

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka…”
(Surah al-Nisa’, 4:34)

buat hawa...
jagalah dirimu...
hiasilah peribadi dan akhlakmu..
janganlah kau gadaikan segala perhiasaan yang ada padamu..
untuk cinta palsu sesorang lelaki..

duhai adam dan hawa..
bukalah mata kalian untuk melihat jauh lebih indah cinta ILAHI
jauh lebih manis untuk hidup dalam cintaNYA..
jauh lebih bermakna untuk bernaung di bawah payung kasih sayangNYA..

jangan kau impikan wanita semulia fatimah az zahra  
andai peribadimu tak seperti ali karamallahuwajhah 
      dan jangan kau impikan lelaki sehebat ali karamallahu wajhah

                  andai dirimu tak seperti fatimah az zahra


bergembiralah untuk menjadi antara mereka-mereka yang berjihad..
berjihad melawan nafsu..
dan terus-terusan bermujahadah..
demi meraih cinta hakiki milik Ilahi..

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan HARTA dan JIWAMU di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ''
(at taubah 9:41) 

yakinlah..
tiada satu pun pengorbanan kita untukNYA akan disia-siakan..
yakinlah temanku..
memang pahit untuk meninggalkan..tapi lagi pahit bila ditinggalkan..
apakah kita sanggup menukar cinta pencipta kita dengan cinta makhluk..
kerna takkan pernah ada dalam satu hati..dua cinta
apakah kita sanggup tahan bila ditinggalkanNYA??
andai jawapanmu..ya
kembalilah berfikir..
andai jawapanmu..tidak
ketahuilah..
Rasulullah saw bersabda: Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku di tengah khalayak ramai, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.  
(HR Bukhari, Muslim, at-turmudzi, Ibnu Majah) 
lihatlah teman...
dirimu takkan pernah keseorangan..
DIA dekat..
mintalah pertolonganNYA untuk menempuh ujian maha berat ini..
ujianmu hebat kerna kau insan hebat....



a simple poem for u..
        to love someone is nothing
        to be loved by someone is something
        to be loved by someone you love is exciting
        but to be loved by Allah is EVERYTHING.....


*senang untuk menulis...tapi tidak bilamana ingin dipraktikkan...
tapi ketahuilah..ianya tidak pernah mustahil...

*based on true story~


4 Mei 2011, 8:50 pagi