peringatan dari kekasih hati

bismillah~
segala sembah sujud hanya lillahi ta'ala TUHAN MAHA MENGETAHUI...

alhamdulillah...
puji-pujian hanya padaNYA kerna masih lagi sudi memandang insan kerdil lagi hina ini..tiada yang lebih membahagiakan daripada mendapat khabar dan ingatan dari kekasih hati..hari nie,kekasihku sekali lagi menegurku..mengingatkanku..dan menyedarkan aku..*terharu

*flash back*
masa: 5:30ptg
tempat: gelanggang bola tampar
peristiwa: 
hari nie ada match volleyball..antara kelas..pada awalnya tidak berminat untuk bermain..banyak halangan sebenarnya..tapi teman seperjuangan mengingatkan.."kita kena buktikan yang kita umat islam juga boleh bermain dan aktif.(muwasafat tarbiyah)"
mengenangkan kata-kata itu..hati yang awalnya tidak mahu bermain cuba menggagahkan diri untuk meneruskan permainan tersebut berbekalkan niat lillahi ta'ala.boleh dikatakan tidak menyumbang langsung sepanjang bermain..hati kerdil pun berasa sedih..sedih semata-mata tidak membantu untuk menaikkan nama kelas.
namun....tiba-tiba terfikir...''aku tak rasa sedih bila mengenangkan selama aku hidup aku tidak pernah menyumbang pada agama..aku tak rasa sedih bila aku mengkhianati janji-janjiku padaNYA..aku tak rasa sedih bilamana aku tidak mampu membantu saudara-saudaraku yang dalam kesusahan..aku tak rasa sedih bila amanah yang diberikan tidak ku jalankan dengan sempurna..aku tak pernah sedih bila memikirkan selama 20 tahun aku hidup, tiada satu pun yang telah aku korbankan untuk agama!!jangankan jiwa..masa, tenaga dan harta pun tidak mampu untuk aku korbankan keranaNYA."
hati mula berkata..sungguh mudah aku melupakan tujuanku hidup..malu..malu kerna diriku sungguh mudah dikuasai dengan hal duniawi..mudah dibawa melupakanNYA..mudah disibukkan oleh musuh abadi manusia..Ya Rabb..tuhan yang maha pengampun..aku tahu aku sering lalai dalam mengingatiMU..aku tahu aku sering lupa pada asal usul penciptaanku..namun ya Rabb..bukan sengaja untuk aku melupakannya..tidak terniat di hatiku untuk mengabaikannya..aku cuma hambaMU yang lemah..tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinMU...jadi ya Rabb...peliharalah aku dari godaan syaitan, bisikan iblis dan hasutan nafsu yang sering menguasai diri ini..amin

manusia..
bila dalam kesusahan..
teraba-raba mencari tuhan..
bila dalam kesenangan..
sungguh senang melupakan..

manusia..
bila kesusahan menerpa..
tidak sabar menghadapinya..
bila kesenangan mencurah..
seringkali bersikap alpa..

duhai insan bergelar manusia..
ingatlah dikau bahawa DIA tidak menciptakan sesuatu sia-sia..
penciptaanmu disertakan dengan amanah berat yang tidak mampu bukit dan gunung yang terpasak teguh untuk menanggungnya..
hancur lebur tatkala memikulnya..
tapi kau dengan mudah dan beraninya menampil menawarkan diri untuknya..

oleh itu manusia..
bangunlah dari lenamu..
ingatlah..
dari mana kau datang...
untuk apa kau diciptakan...
dan ke mana kau akan pergi...

moga-moga dengan itu kau akan sedar..
dunia ini hanya permainan sementara..
yang disediakan untuk mengujimu..
dan di sana ada akhirat yang kekal..
untuk mereka-mereka yang berjuang pada jalanNYA..
jadilah kau mata-mata rantai perjuangan nabi tercinta..
kita bukan pemula..
kita juga bukan pengakhirnya..
bangunlah manusia...
ada tugas menantimu!!

19 April 2011, 10:58 malam

No comments:

Post a Comment