Perang Uhud the II

Bismillahirrahmanirrahim~
Segala sembah sujud hanya padaNYA TUHAN SEMESTA ALAM….

Mengimbau kenangan penuh bersejarah…

19 Mac 2011

5.30 petang

Nur Bukit Unggul

    Alhamdulillah..Ujian Allah pada hambaNYA bukti kasih dan sayangNYA pada kita.Peringatan juga pada diri sendiri yang sering leka dan alpa.

   Kali kedua merasai suasana peperangan.Mukhayyam pertama selama berada di atas ‘jalan pulang’ ini.Petang yang indah setelah nikmat hujan baru menyiram bumi.Muhariks dan teman dari KMB di bahagi kepada 2 kumpulan.Satu pertandingan diadakan untuk menentukan pemula bagi perang tersebut.Saya termasuk dalam kumpulan pemula dan kami diberi peluang untuk memilih kubu kami, sama ada di tanah rata atau atas bukit kecil.Berkat persetujuan ramai kami memilih untuk berada di atas bukit, kononnya susah musuh nak serang.

    Bermulalah perang tu.Perang punye perang….last-last group saya kalah.Pihak musuh dapat serbu kubu kami dan pacakkan bendera mereka pada kubu kami.Sedar tak sedar kumpulan kami telah kalah.Agak kecewa sebab kami yang mendahului perang itu pada saat awal peperangan.

    Sejurus selepas itu, kami diminta untuk memberi feedback terhadap ‘game’ tersebut.Banyak refleksi dari teman-teman.Tapi bagi saya sendiri, personally, banyak sangat ibrah yang saya dapat dari perang tersebut.Disebabkan perang itu melibatkan bukit, jadi saya sangat suka kaitkan situasi itu dengan peristiwa berdarah sewaktu PERANG UHUD.Kemenangan pada saat awal perang menjadikan umat ISLAM yang ikut berperang pada waktu tersebut lupa pada arahan dan perintah nabi.Seperti mengulangi sejarah…peluang untuk memilih kawasan kubu digunakan sebaik mungkin dengan memikirkan baik buruk pemilihan tempat kubu kami.Namun kemenangan kami hanya sementara seperti kemenangan umat Islam ketika itu.Mengingatkan saya pada kisah bila mana ISLAM menjadi Ustaziatul Alam, dan umat Islam berada dalam ‘comfort zone’, kita menjadi lupa pada tugas sebenar kita diciptakan menghuni muka bumi Allah ini hinggakan tamadun kita yang gah gemilang jatuh hanya kerana kalah pada satu bangsa yang tersangat tidak bertamadun, tentera MONGGOL.Lebih senang untuk mencipta kejayaan daripada mengekalkan kejayaan yang telah kita capai.

    Untuk berperang kami dibekalkan dengan belon berisi air untuk dijadikan senjata.Bila diperhatikan dan diteliti sebaik mungkin, boleh dikatakan hampir semua orang hanya lantang melaungkan kalimat jihad, sibuk membakar semangat dalam jiwa ahli kumpulan masing-masing tapi cuma seorang dua yang dengan berani, tampil untuk melontarkan peluru pada pihak musuh, berani untuk merebut gelaran syahid kerana ALLAH.Saya sendiri, tidak berani untuk menyerang musuh dengan melontarkan senjata saya, sebaliknya memilih untuk menyimpan dan berhajat untuk menggunakan bila waktu terdesak.Dari situ saya sendiri boleh menilai sejauh mana dan setinggi apa pergantungan saya padaNYA.Sebagai hamba, seharusnya pergantungan kita secara totalnya hanya pada Allah, namun bila terpaksa berhadapan dengan situasi sedemikian, pergantungan saya seolah-olah pada senjata ciptaan manusia.Boleh dikatakan kita sering lupa pada siapa kita harus mengadu dan bergantung, pada saat senang mahupun saat getir dalam hidup kita,Fitrah manusia, sering lupa pada penciptanya. Namun pernah kita terfikir apakah yang bakal terjadi seandainya Allah meninggalkan kita untuk sekelip mata atau masa yang lebih singkat dari itu??

Tepuk dada tanya iman….

Mukhayyam yang mendidik jiwa, I really wish to meet you again.insyaallah~

Buat muhariks tersayang, moga kita terus tsabat di jalanNYA..amin~

8 April 2011,3.50pagi

2 comments:

  1. eh eh dah boleh komen la you. hee. (^_^)
    betul kan. mencipta kejayaan itu lebih senang drpd mengekalkan kejayaan. mari sama2 kita berdoa dan meletakkan kebergantungan sepenuhNya pd yang berhak. doakan i exam esok ye.

    -sayatahusayacomel-

    ReplyDelete
  2. -sayatahusayacomel-
    btol3...insyaallah...pergantungan total hy padaNYA..insyaallah...sy taw awk bolh wat..insyaallah~

    ReplyDelete