berukhuwah sampai sana:)

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan yang maha mengabulkan permintaan hambaNya..

ia mengambil masa cuti saya,
ia menghabiskan duit saya,
ia menyerap tenaga saya,
semata-mata untuk lebih menghayati apakah itu "berukhuwah kerana Allah" yang dicanang-canangkan selama ini.
ya!it took everything from me just for that!
but honestly speaking i never ever regret of losing those things coz i know Allah had given me so many things so that i could be more close to Him.so why don't i sacrifice them in order to gain ridhallah.

alhamdulillah..thumma alhamdulillah..thumma alhamdulillah..

dalam keberatan aku membuat keputusan..
yang akhirnya tidak kutahu apakah manis ataupun duka yang bakal menyapa..
tanpa hati yang teguh aku melangkah..
masih dengan seribu satu kemusykilan..
terperangkap dalam kotak fikiran sendiri..
sepanjang perjalanan aku sekadar melayan..
melayan hati yang tidak kutahu apakah persoalannya..
sekadar memandang kosong langit itu sambil ditemani sinar bulan dan bintang..
sungguh saat itu aku masih bingung apakah benar hala tujuku saat itu..
terlintas di hatiku sesuatu..
tiada guna perjalanan ini andai bukan redhaNya yang kucari..
saatt itu, bemula perjalananku dengan niat yang baru..
semata untuk memburu redhaNya..biiznillah
lumrah insani adakala aku terlupa di manakah ku sisipkan niatku tadi..
tatkala berjumpa dengannya aku digelisahkan dengan perkabaran yang belum ku tahu apakah isinya..
berandai dan hanya mengagak..
saat kutahu terkedu sebentar..
meski niatku bukan sekadar untuk berjumpa bercipiki cipika dan bercurhat bersama namun terkesan di hati ini..
saat ku pergi padanya dia terpaksa pergi meninggalkan aku..
semalaman aku cuma berkata bila ditanya..
namun terhibur hati ini tatkala menyedari masih ramai disisi biarpun dia pergi..
aku berfikir dan berfikir..
mengapa harus aku begini?
dengan izinNya aku berjumpa semula dengan 'nota' niatku yang ku hilangkan tadi..
'perjalananmencarituhan'
mengapa mesti bersedih?
bilamana dia mengembara mencari tuhannya..
begitu juga aku yang mengembara mencari tuhanku..
seharusnya aku tidak sedih..
seharusnya aku tidak terkilan..
dan seharusnya aku bangga punya teman sepertinya..
mendahulukan Allah dan rasul dalam setiap perkara meski terpaksa mengorbankan jiwa dan raga..

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)


ya aku bangga!
dan aku sedikit pun tidak merasa kehilangan..
kerna biarpun kau tiada ku tahu kau akan selalu mendoakanku..
kerna biarpun kau tiada aku tahu tuhan kita akan menjaga kita..
buktinya aku redha dengan pemergianmu.dan aku tahu kau juga redha dengan qada dan qadarNya membawamu jauh dariku saat itu..
kerna kita punya cita-cita agung..
tidak sekadar berjanji untuk bertemu di dunia..
malah kita berjanji untuk duduk di atas dipan-dipan syurga sambil berbicara gembira melepaskan rindu di dada bersaksikan para rasul di sekeliling kita sambil menikmati sungai madu dan susu yang tiada bandingnya..
aku merindui saat itu meski belum pernah ketemu..
kerna itu aku redha dengan ketentuan Ilahi yang membawa kita bertemu dan berpisah keranaNya..
jujurnya aku tidak terkilan walau sedikit..
kerna disebalik pengorbanan itu, aku makin mengenali apakah itu ukhuwah fillah..:)
ku mencintaimu untuk bersama denganmu di syurga kelak..


uhibbuki fillah sis~


Allah..aku belajar meredhaiMu maka redhailah aku..

wallahua'lam.

2 April 2013, 1:57 pg, BM

No comments:

Post a Comment