Ini kalilah!eh.

Bismillah..

Segala sembah sujud hanya pada tuhan pemerintah di atas segala pemerintah..

Debaran makin terasa.

Meski jaraknya beribu batu namun semangat itu kulihat mampu menggegarkan.

Terasa terkilan sebab lupa nak mendaftar(nampak beno tak up-to-date ngan keadaan kat tanah air).tapi insyaallah mungkin belum masanya.kena yakin dengan Allah sebab Dialah yang menyusun kesemuanya.

Saya bukanlah orang yang arif tentang dunia politik malaysia bahkan sewaktu ‘zaman jahiliyah’ dulu saya pernah membenci politik negara kerna saya merasakan dunia politik waktu itu sungguh tak adil dan ‘banyak kekotorannya’. Namun dakwah dan tarbiyah mengajar saya politik itu adalah sebagian daripada urusan agama.andai dipisahkan politik dan agama maka mana mungkin negara Islam pertama Madinah wujud dengan Rasulullah sebagai ketuanya.menelusuri sirah, mengimbau sejarah.saat islam menjadi ustaz kepada alam.saat gemilang itu akan kembali menjadi milik kita suatu hari nanti insyaallah.jadi teringat saya pada maratib amal yang dihighlight oleh imam as syahid Hasan al Banna.masih ingatkah kita?

Bukan mudah untuk membina sebuah kerajaan islam.apatah lagi membawa islam menjadi rujukan pada seluruh umat manusia di dunia ini.nampaknya sangat mustahil namun tiada yang mustahil dengan izinNya.Cuma apakah kita ingin menjadi batu-bata yang tersusun kemas membina teras untuk menaikkan islam atau kita sekadar ingin berada di pinggiran menyaksikan tanpa menghulurkan tangan membantu meringankan?-tepuk dada tanya iman-

Ya saya sedar atas kekhilafan diri yang terlupa umur semakin berganjak yang membawa kepada tanggungjawab yang semakin menggunung which is salah satunya adalah mengundi(terlepas nak merasa mengundi pos)tapi takpe insyaallah panjang umur akan saya tunaikan tanggungjawab pada negara. Suatu ketika dulu, saya pernah mengasingkan agama dan politik.in fact saya sangat tak suka bila sebut pasal politik nie.rasa sakit hati pun ada.tapi as life go on dan bila saya membesar dengan dnt i realize 1 thing.”kita perlu meng-agamakan politik bukan mempolitikkan agama”.i don’t remember from whom i got the quotation but it really hit me.makin hari makin terasa tanggungjawab pada negara.siapa lagi yang bakal memegang tampuk kepimpinan di masa hadapan kalau bukan kita pemuda zaman sekarang??(teringat plak pada lagends zaman2 sejarah islam) Bila baca di muka buku ramai yang menyatakan pendapat mereka tentang politik negara sekarang.yang sibuk ‘berkempen’ untuk parti pilihan pun ada.tak kurang juga yang saling menjatuhkan, mengutuk, menghina dan bermacam-macam lagi.di youtube apatah lagi.astaghfirullah.bagi saya tiada salah untuk memberikan pendapat, komen cuma biarlah beradab.rasa nak marah pun ada(tapi apa guna lau saya marah sebab orang yang nak dimarah tu bukannya tahu pun yang saya nak marah dia)tapi saya lagi rasa sedih dengan keadaan tersebut.menampakkan betapa kita memang memisahkan agama dari kehidupan seharian kita.it indicates that kerja kita as da’ie masih banyak.oh mungkin saya boleh katakan makin bertambah banyak.Allah.Allah.ampunkan kami ya Allah atas kekurangan dan ketidak seriusan kami dalam bekerja untuk islam.

“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?”

masih ingat kata-kata ini?as syahid Syed Qutb pernah menulis dalam muqaddimah zilal.betullah kata as syahid.bila ingin dikaitkan dengan situasi sekarang sangat tepat sekali kata-kata as syahid dengan kita.berbangga-bangga dengan ilmu yang sedikit sedang tiada yang lebih penting selain meletakkan islam di kedudukan teratas mengatasi segalanya.kerna bila iman yang memandu anggota, saya teramat yakin dan percaya takkan terbit walau sekelumit kata nista dari bibir kita.malah segala persaingan akan menjadi lebih sihat dan yang paling penting persaingan ini menjadi tempat berlabuhnya redha Allah.(baru dapat pahala time berkempen dan mengundi.eh.)Allah subhanallah.mesti sangat best bilamana semua kita mampu untuk bersaing menuju ke arah politik yang bersih dan matang.tanpa dicemari dengan caci maki, fitnah-menfitnah dan hina-menghina.bahkan menjadi tanggungjawab setiap antara kita untuk mendoakan yang terbaik untuk negara kita.seperti yang disebut oleh ISHAB tentang patriotisme dan nasionalisme dalam himpunan risalah al banna-dakwatunna.(boleh search kalau nak tahu lebih)

Aku punya rasa kasihan.
Menyaksikan huru-hara di tanah airku.
Apakah salah perasaan itu?

Aku punya rasa marah.
Membaca komen salah menyalah, fitnah menfitnah.
Apakah salah perasaan itu?

Aku punya rasa sedih.
Menyaksikan ada antara kita seolah mengenepikan islam dalam kehidupan.
Apakah salah perasaan itu?

Aku punya impian.
Melihat tanah airku disirami nur islam.
Apakah salah aku bermimpi?

Aku punya hajat.
Ingin menjadikan tanah airku pusat penyebaran cahaya islam.
Apakah berdosa aku berhajat?

Aku punya mimpi.
Agar suatu hari nanti islam akan menerangi segenap ceruk di bumi Allah ini.
Agar nanti tiada lagi kebatilan memerintah.
Agar nanti islam akan tertegak.
Agar nanti aku dapat berlindung di bawah naungan redha Allah meski jauh mana aku melangkah.

Pesanan untuk mereka yang dipilih oleh Allah untuk menentukan siapakah yang bakal memegang tampuk pemerintahan yakni mengundi(dengan izinNya)>undilah yang terbaik untuk islam kerna kelak kau akan ditanya di mahsyar nanti.kau akan diminta pertanggungjawaban atas undianmu.

Buat mereka yang bakal dipilih untuk memimpin>tunaikan hak rakyat yang kau janjikan.kerna kelak di mahsyar kau akan ditanya apakah amanah itu kau laksanakan dengan sebaiknya dan apakah islam itu tertegak saat kau memerintah?

Jom tembak doa banyak-banyak agar negara kita dipimpin oleh mereka yang meletakkan islam mengatasi segalanya dalam urusan seharian mereka.insyallah.amin ya rabb.

Wallahua’lam.

24 April 2013, 4:02 pg, BM

berukhuwah sampai sana:)

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan yang maha mengabulkan permintaan hambaNya..

ia mengambil masa cuti saya,
ia menghabiskan duit saya,
ia menyerap tenaga saya,
semata-mata untuk lebih menghayati apakah itu "berukhuwah kerana Allah" yang dicanang-canangkan selama ini.
ya!it took everything from me just for that!
but honestly speaking i never ever regret of losing those things coz i know Allah had given me so many things so that i could be more close to Him.so why don't i sacrifice them in order to gain ridhallah.

alhamdulillah..thumma alhamdulillah..thumma alhamdulillah..

dalam keberatan aku membuat keputusan..
yang akhirnya tidak kutahu apakah manis ataupun duka yang bakal menyapa..
tanpa hati yang teguh aku melangkah..
masih dengan seribu satu kemusykilan..
terperangkap dalam kotak fikiran sendiri..
sepanjang perjalanan aku sekadar melayan..
melayan hati yang tidak kutahu apakah persoalannya..
sekadar memandang kosong langit itu sambil ditemani sinar bulan dan bintang..
sungguh saat itu aku masih bingung apakah benar hala tujuku saat itu..
terlintas di hatiku sesuatu..
tiada guna perjalanan ini andai bukan redhaNya yang kucari..
saatt itu, bemula perjalananku dengan niat yang baru..
semata untuk memburu redhaNya..biiznillah
lumrah insani adakala aku terlupa di manakah ku sisipkan niatku tadi..
tatkala berjumpa dengannya aku digelisahkan dengan perkabaran yang belum ku tahu apakah isinya..
berandai dan hanya mengagak..
saat kutahu terkedu sebentar..
meski niatku bukan sekadar untuk berjumpa bercipiki cipika dan bercurhat bersama namun terkesan di hati ini..
saat ku pergi padanya dia terpaksa pergi meninggalkan aku..
semalaman aku cuma berkata bila ditanya..
namun terhibur hati ini tatkala menyedari masih ramai disisi biarpun dia pergi..
aku berfikir dan berfikir..
mengapa harus aku begini?
dengan izinNya aku berjumpa semula dengan 'nota' niatku yang ku hilangkan tadi..
'perjalananmencarituhan'
mengapa mesti bersedih?
bilamana dia mengembara mencari tuhannya..
begitu juga aku yang mengembara mencari tuhanku..
seharusnya aku tidak sedih..
seharusnya aku tidak terkilan..
dan seharusnya aku bangga punya teman sepertinya..
mendahulukan Allah dan rasul dalam setiap perkara meski terpaksa mengorbankan jiwa dan raga..

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)


ya aku bangga!
dan aku sedikit pun tidak merasa kehilangan..
kerna biarpun kau tiada ku tahu kau akan selalu mendoakanku..
kerna biarpun kau tiada aku tahu tuhan kita akan menjaga kita..
buktinya aku redha dengan pemergianmu.dan aku tahu kau juga redha dengan qada dan qadarNya membawamu jauh dariku saat itu..
kerna kita punya cita-cita agung..
tidak sekadar berjanji untuk bertemu di dunia..
malah kita berjanji untuk duduk di atas dipan-dipan syurga sambil berbicara gembira melepaskan rindu di dada bersaksikan para rasul di sekeliling kita sambil menikmati sungai madu dan susu yang tiada bandingnya..
aku merindui saat itu meski belum pernah ketemu..
kerna itu aku redha dengan ketentuan Ilahi yang membawa kita bertemu dan berpisah keranaNya..
jujurnya aku tidak terkilan walau sedikit..
kerna disebalik pengorbanan itu, aku makin mengenali apakah itu ukhuwah fillah..:)
ku mencintaimu untuk bersama denganmu di syurga kelak..


uhibbuki fillah sis~


Allah..aku belajar meredhaiMu maka redhailah aku..

wallahua'lam.

2 April 2013, 1:57 pg, BM