Santapan Hati#1


Bismillah..

Segala puji-pujian hanya pada pencipta aku dan dia..

Alhamdulillah thumma...
Alhamdulillah a'la kulli hal...
Alhamdulillah..

Seperti berada di alam mimpi..
Masih lagi daku tidak percaya..
Bahwa sesungguhnya aku  telah diberi peluang oleh Allah untuk berdikari travel sendiri di bumi asing.
Subhanallah..
Satu pengalaman yang kurasa tidak ternilai harganya..
Tidak mudah untuk melangkah..
Apatah lagi untuk mengembara di tanah orang..
Jalan ini memerlukan pejalan-pejalannya untuk sanggup meneruskan perjalanan biarpun tiada harun di sisi untuk menemani...
Kenyataan yang terang setelah disuluh berkali-kali..
Inilah hakikat yang takkan mampu dinafikan oleh para daie yang menggelar dirinya 'DAIE'..
Pahit untuk ditelan namun natijahnya manis untuk dinikmati..
Cabaran yang perlu ditempuh bukanlah sedikit..
Tenaga yang diperlu dikerah bukanlah sekadar setitik dua peluh..
Masa yang diperuntukkan bukanlah seminit dua..
Wang  ringgit yang dilabur bukanlah seposen dua..
Jalan ini tidak memerlukan orang-orang manja di atasnya..
Astaghfirullah...astaghfirullah..
Moga diri ini terus diberi peluang untuk terus tsabat fi hazatthariq..insyaallah..
Teringat daku pada kisah hijrah kaum muslimin ke madinah..
Tuntutan pengorbanan yang sangat besar..
Meninggalkan anak bini serta keluarga demi menyahut seruan Allah dan rasulNya..
Meninggalkan harta yang dikumpul bertahun lamanya..
Menggadaikan segala-galanya demi Islam agama tercinta..
Hebat sungguh insan didikan langsung nabi..
Perjalanan yang seharusnya ditempuh selama dua jam bertukar menjadi empat jam gara-gara kenderaan yang kunaiki..
Bas tempe yang macam kalian tonton dalam filem-filem retro..
Alhamdulillah ok je bas tu..
Cuma terasa sangat lama..(sebab mindset kata 2 jam)
Tuntutan kesabaran yang sangat tinggi..
Itulah kali pertama menaiki bas tempe..
Sendirian pulak tu..
Risau jugak tapi tuntutan dakwah dan tarbiyah itu kurasa memanggil-manggil dengan lambaian yang tidak sanggup untuk ku tolak..
'berkumpul di satu pusat untuk daurah kali nie kalau tak, tak boleh join!'
Arahan yang bentuknya tak mampu diimagine kan..huhu...
Actually tidaklah seteruk yang kalian pikirkan..
Cuma bagi diri yang sudah lama tidak mengikuti daurah..
Terasa ingin hati ini dibelai-belai dengan belaian iman..
Agar sentiasa basah dengan zikrullah..
Kerna itu kugagahkan kaki dan badan untuk melangkah..
Dengan niat hanya untuk mencari redha Allah selain menimba pengalaman selama berada di bumi orang..
Alhamdulilah daurah yang singkat tapi sangat bermakna..
Menyentuh perihal 5huruf yang sangat popular dalam kalangan remaja..

C.I.N.T.A

Ya!cinta...
Dush!dush!
Terasa 'tersepak'..
Namun apa yang ingin dikongsikan bersama adalah..
Jika ditanya apakah salah untuk bercinta..
Jawablah TIDAK!
Kerna cinta itu memang fitrah manusia..
Anugerah Allah yang tiada ternilai buat semua makhluk ciptaanNya..
Jadi ingin kuluahkan di sini bahwa tiada salahnya untuk bercinta..
Namun cuba kita renung kembali...
Apa benar cinta kita itu tidak melupakan kita pada pemberi cinta?
Apa benar cinta itu tidak pernah melalaikan kita dengan angan-angan palsu?
Apa sungguh cinta kita itu tidak diselit walau secebis nafsu?
Dan last but not least..
Apakah cinta kita betul-betul semata-mata kerana Allah tanpa ada walau secubit asbab lain selain dariNya?
Tepuk dada tanya iman..
Rahsia hati anda hanya anda dan Allah sahaja yang mengetahuinya..
Kerna sesungguhnya tiada salah untuk bercinta..
Cuma biarlah kena pada masa dan orangnya..
Kerna sesungguhnya tiada salah untuk bercinta..
Yang tidak betul adalah kita memupuk rasa cinta itu dalam hati kita..
Teringat ku pada kata-kata seorang temanku..
'dalam keadaan ummat yang macam nie tak ada masa untuk memikirkan soal cinta'
Subhanallah...
Itulah yang sepatutnya kita semua rasa..
Itulah yang sepatutnya kita semua fikir..
Itulah yang sepatutnya bertandang di minda kita bila mana mendengar perkataan itu..
Terasa seperti tiada apa yang pernah kuperbuat untuk ummat..
Ampunkan aku ya Rabb..

Moga sharing yang tak seberapa nie mampu mendidik hati kita untuk kembali menilai sejauh mana tahap CINTA kita pada agama..

"Layakkah kita untuk mencintai manusia
Sedang cinta kita pada pencipta manusia itu sendiri belum cukup sempurna''

Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah...

Wallahua'lam..

25 Jan 2012, 6:32ptg, BM

2 comments:

  1. subhanallah..

    memang bila berada di tanah orang ni, banyak kena berdikari.

    ana sendiri pun banyak kali teruji dengan tuntutan pengorbanan, keberdikarian ini.. Dan adakalanya hampir tewas:(

    tapi itulah tarbiyyah. Kita bukannya super saiya yang sempurna kan qawiy tiada tandingan.. tetapi kita berusaha memperbaiki diri, berusaha biarpun merangkak2..

    Allah ma'ana ya ukhti, insyaAllah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah...kte sme2 memperkukuhkn lgkah kte di jln nie..
      :)

      Delete