Bismillah..
Sambungan...
Alhamdulillah..alhamdulillah...kami bertiga pun memulakan perjalanan tarbiyah kami menuju ke bangalore..
Selepas 11 jam perjalanan..akhirnya kami sampai ke destinasi..
Itulah kali pertama aku berjumpa dengan ukhti mira..
Subhanallah..tidak ku sangka..
Untuk pertama kalinya aku travel semata-mata untuk menemui seseorang yang tidakpernah aku jumpa mahupun kenal selama ini..
Namun itu tidak menjadi penghalang kerna kami berukhuwah atas dasar kasih dan cintakepadaNya..
Aku yakin Allah ingin menyatukan hati kami meski kami tidak pernah berkenalansebelum ini..alhamdulillah..
Pagi itu sejurus sampai kami berehat sebentar sebelum bersarapan bersama ukhti danhousemates beliau..
Kemudian kami bersharing-sharing..
Banyak pengalaman yang diceritakan oleh ukhti mira pada kami..
Terasa kerdil pula diri ini kerna kurangnya pengalaman..
Namun aku tertarik dengan kisah beliau mengembara ke mesir demi mencari ertisebenar DAKWAH DAN TARBIYAH..
Subhanallah...
Sejak dari itu aku menanam hajat dan harapan dalam diri untuk mengembara ke mesir..
Ke bumi anbiya yang terlalu banyak sejarah dan ibrah di sana..
Teringat pula saat aku mengisi borang permohonan scholarshipku 3 tahun lepas..
Seingat aku..aku telah pun mengisi untuk 'perubatan timur tengah'..
Namun rencana Allah lebih cantik dan terbaik..
DipilihNya aku untuk bermusafir ke bumi maududi ini..
Kerna mungkin itulah yang terbaik untukku..
Alhamdulillah..
Berbalik kepada perjalanan permusafiranku...
Macam-macam yang dikongsikan oleh ukhti mira..
Seronok dapat menjalinkan ukhuwah dengan insan yag sefikrah dengan kita..
Lebih memahami meski baru pertama kali berjumpa..
Ukhti mira punya satu penyakit sejak lahir..
(tak tahu apa nama penyakit tu)
Femur without head with improper development of head..
Ada ditunjukkan padaku x-ray hip joint beliau..
Dan penyakit itulah yang menyukarkan pergerakan beliau sehari-hari..
Hinggakan andai beliau tidak mengambil pain killer sudah pasti beliau tidak mampu untuk berjalan..
Subhanallah..andai itulah ujian yang menimpaku..
Sudah tentu aku tidak kuat untuk meneruskan perjalanan hidupku..
Apatah lagi perjalanan DnT yang memerlukan seribu satu pengorbanan malah lebih dariitu..
Terasa bersyukur atas nikmat yang dikecap selama ini..
Kucuba memanfaatkan masa yang ada untuk menuntut 'ilmu kesabaran dan kekuatan'dari beliau..
Tengahhari itu kami meluangkan masa di sebuah shopping complex di sana..
Sekadar berjalan-jalan..
Tiada yang betul-betul menarik perhatian untuk dibeli..
Malam itu kami berpillow talk..;-)
Best sangat!
Hari berikutnya..sebelum bersarapan aku dan kawanku keluar berjalan..meronda-rondamenikmati udara pagi dengan nikmat Allah ang paling bermakna..iaitu nikmat iman danislam..alhamdulillah..
Dan kami bersarapan di sebuah kedai..ditemani ukhti mira..
Sebelum tengahhari menjengah kami sekali lagi ke shopping complex semalam untukmenemani ukhti nadia membeli sesuatu untuk ibunya di Malaysia..kali ini tanpaditemani ukhti mira kerna kami tidak mahu menyusahkan beliau meskipun beliau tidaksedikitpun berasa susah dengan kehadiran kami..
Cuma pain killer yang diambilnya mempunyai side effect..
Jadi kerna itu kami hanya keluar bertiga tanpa beliau..
Selepas pulang..
Aku ditanya ukhti mira..
''apa sebenarnya yang fatin harapkan dari akak bila datang sini?''
Gurlp!!hihi...
Ketika itu barulah aku menceritkan kisah sebenar pada beliau kenapa aku sanggupbermusafir biarpun sendirian semata-mata untuk menemui beliau..
Banyak yang beliau nasihatkan dan kongsikan padaku..
Terasa sangat best bila hati dibelai sebegitu..
Aku berazam untuk mempraktikkan segala yang aku peroleh setelah pulang nanti..
Masa kian suntuk..
Sedar tak sedar sudah pukul 5..
Dan bas ku untuk pulang adalah pada pukul 7..
Kelam kabut aku dan temanku bersiap..
Tidak sempat untuk menjamah dinner..
Ukhti thirah sanggup bungkuskan untuk kami yang akan bermusafir pulang..
Jazakillah kak!:-)
Menaiki auto ke stesen bas..
Ingatkan sempat..
Namun taqdir Allah itu adalah baik..
Bila kami sampai ke stesen bas..bas telah pun bertolak..
Kami mengambil keputusan untuk membeli tiket baru tapi Allah membuka hati kamiuntuk meminta pertolongan dari pakcik penjaga kaunter untuk membantu kami menahanbas tersebut..
Jalan yang sesak menyukarkan perjalanan kami..
Kulihat wajah temanku..
Tenang wajahnya..Namun aku tahu keresahan yang bertandang di hatinya..
Hanya Allah yang tahu betapa rasa bersalahnya aku padanya..
Akhirnya kami sempat juga mengejar bas tersebut..
Walaupun kena marah dengan konduktor bas..
Tapi kami tetap bersyukur...
Bersyukur atas segala hal..
Itulah antara tarbiyah yang paling berharga sepanjang aku bermusafir ke sana..
Ujian kesabaran yang tidak seberapa..
Alhamdulillah...kami sempat untuk ke kelas pada pagi isnin itu...
-tamat-
11 Feb 2012, 5:45ptg, bumi maududi