~cinta terakhir~


~cinta terakhir~


Kau cinta pertamaku

Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan taqdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada Rabb pemilik segala yang ada di langit mahupun di bumi..

hmm...

waktu first time dengar lagu nie..
rasa best sebab cam menarik..
sesuai dengan drama melayu pukul 6.30 petang..
tajuknya "ILUSI"..
kira-kira setahun lebih yang lalu..
waktu masih di Kolej Tanah Terbiar..
then bila dah tamat cerita tu..
dah tak dengar dah..
tapi semalam waktu usha-usha video-video osem APG kat youtube..
jumpa satu video nie...
music background nya adalah lagu nie..
"cinta terakhir'' by Aiman..
subhanallah..
video yang saya kira menarik dan sangat menarik...insyaallah..
kalau dulu bila dengar lagu nie..
memang yang terbayang di fikiran adalah cinta duniawi..
namun bila tonton video nie..
baca mesej yang nak disampaikan..
mashaallah...
cinta yang terlintas di fikiran bukan lagi 'cinta palsu'
tapi cinta pada dakwah dan tarbiyah itu sendiri..
hmm....
hakikatnya memang lah ada certain part dalam lagu nie yang tak berapa sesuai..
tapi insyaallah gabungan lagu dan video ini mampu mengubah sudut pandangan saya..
360 degree saya rasa..insyaallah..
menyedarkan saya untuk terus berada di jalan DnT meskipun terpaksa bertatih..
mengingatkan saya untuk terus berjuang meski jalannya penuh duri dan liku..
mendidik saya untuk terus passion walau pahit yang terpaksa ditelan..
besar maknanya lagu ini andai diertikan dari sudut dakwah dan tarbiyah..
cuba hayati dan hayati betul-betul..
insyaallah andai kalian membaca dari sudut DnT itu sendiri..
kalian akan dapat lihat dan rasai aura DnT itu..
sumpah tak tipu!(^^,)
insyaallah biiznillah..
mungkin kita tidak sepantas orang lain..
mungkin kita tak sehebat orang lain..
mungkin kita tak setabah orang lain..
tapi itu tidak bererti Allah tidak sudi untuk memandang kepada usaha kita yang tak seberapa..
kerna DIA telah berjanji..


"sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda.Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah."
(al lail 92:4-7) 

haa...nie lagi satu..


 Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. 
(muhammad 47:7)


insyaallah..
moga dapat membakar semangat kita untuk terus tsabat fi hazathoriq..
biar lambat asal tak berhenti..
jom jadi FIT dalam berdakwah!

insyaallah..


nie video nya~~

-sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan dalam mengingati Allah-

wallahua'lam..

20 Dec 2011, 9:22 mlm, BM

tatkala tinta mencoret kata..

bismillah..


segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan maha pengampun maha penyayang..


astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..


moga istighfar yang tidak seberapa ini mendapat tempat di sisiNYA..


astaghfirullah....


Allah..
Allah..
Allah..
berat terasa ujian ini..
berat lagi ujian yang dipikul insan terdahulu..
lemah sungguh diri ini..


aku menghitung..
dan terus menghitung hari..
masa yang berlalu terasa semakin pantas..
makin membuatkan hati ini gelisah..
makin bertambah gelisah..
risau akan keadaan diri..
risau akan kedudukan hati..
risau akan iman yang berbaki..


astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah...


kekuatan demi kekuatan diraih..
malu aku pada insan..
malu lagi aku pada TUHAN..
nikmatNYA kutagih..
namun..
tugas dariNYA ku sisih..


astaghfirullah..astaghfirullah...astaghfirullah..


tiada niat kuberbuat demikian ya Rabb..
sungguh...
aku malu padaMU..
malah bertambah malu..
memikirkan tiada yang kuperbuat demi agamaMU..
sungguh..
aku MALU ya Rabb!


tapi..
aku masih ingat janji-janjiku pada TUHANku..
aku ingin menyambung rantai perjuangan nabi tercinta..
aku ingin menjadi mata-mata rantai itu..
aku tak ingin lagi ketinggalan dalam pergerakan keretapi dakwah..
banyak lagi janjiku yang belum kukotakan..
dengan izin TUHANku..
aku harap aku akan terus diberi kesempatan untuk menunaikan kewajipanku..
selagi hayat dikandung badan..
selagi kudrat dikurniakan TUHAN..
selagi itu...
aku ingin menggunakan segala yang kupunya demi din tercinta..
tidak ingin ku berandai..
takut menyesali taqdirNYA..
tidak ingin ku berkalau..
takut terlanjur mengkufuri nikmatNYA..


astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

"perkara yang telah berlalu itu adalah yang terbaik yang ingin Allah berikan pada kita"
acapkali omongan itu meniti di bibir..
bila mana musibah menerjah teman-teman..
namun sukar sekali kata-kata itu untuk menjadi bekal menemani perjalanan hidup ini..


tapi itulah jalannya..
itulah ubatnya..
itulah penawarnya..
tatkala menusuk duri keperitan dan kesakitan..

ALLAH..ALLAH..ALLAH..


faiezzzariyat

14 December 2011, 2337, BM

ujian vs nikmat

bismillah...

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

kupohon ampunan dan istighfar hanya pada yang MAHA KUASA..

sungguh..
tak dapat ku nafikan..
kesibukan diri dengan urusan duniawi hampir-hampir membuat diri ini lelah dan terus lelah meniti hari-hari yang berlalu..
seringkali juga diri ini hampir berputus asa..
namun aku sedar..
tidak lain..ini adalah ujian dari Allah buat diri ini..
disibukkan dengan urusan dunia..
semakin membuatkan diri ini merindui dan terus merindui kehadiran teman yang sering mengingatkan..
semakin menambah rasa rindu untuk sama-sama berhalaqah dan 'duduk sebentar menambah iman'..

tapi ku ingin sentiasa bersangka baik dengan TUHANku..
kerna aku tahu...
~DIA menurut persangkaan hambaNYA padaNYA~
dipertemukan dengan insan-insan yang sama-sama berjuang di jalan DnT..
membuatkan diri ini sentiasa terasa dihargai..dan yang paling best..
terasa Allah sentiasa di sisi..
Dia tahu yang terbaik untuk hambaNYA..
kerna itu..DIA mengaturkan pertemuan aku bersama sisters yang ku kira sangat bersemangat dan hebat di jalan ini..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
kesyukuran yang tinggi kupanjatkan pada pemberi nikmat IMAN dan ISLAM buat diri ini..

ku pergi dengan masalah di kepala..
namun..
aku pulang dengan kelegaan di dada..
sungguh..
tiada lain yang mampu berbuat demikian melainkan hanya Allah yanag maha membolak-balikkan hati manusia...
"ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang"
sungguh...
itulah yang benar..
itulah yang benar..
yakin dengan janji ALlah...
akan membuahkan satu perasaan yang tidak mampu digambarkan oleh kata-kata..
tidak juga dengan tulisan..
apatah lagi jika ingin dizahirkan...

benar!
ujian kesusahan itu akan menyedarkan..
ujian kesulitan itu akan mengingatkan..
acapkali difikiranku..
apakah mampu untuk ku lalui andai ujian kesenangan yang diberi..
ku tidak seperti sahabat nabi abdul rahman yang dilimpah kekayaan duniawi namun masih mampu untuk melupakan kesenangan itu demi ISLAM..
ku bukanlah umpama yusuf as yang dikurniakan kecantikan paras rupa namun masih mampu untuk menolak kemungkaran dengan iman yang tebal..
jadi..
aku redha dengan ujian kesusahan dariNYA..
kerna aku yakin..
ujian itu nikmat!


13 December 2011, 2300, BM

KITA?BILA LAGI??

bismillah..

setelah sekian lama tidak mengepost something di belog ini..
alhamdulillah..hari ini tergerak hati untuk mencoret sesuatu..
dan semestinya itulah taqdir yang Allah tentukan untuk saya pada pagi ini..insyaallah..

salam aidiladha buat semua umat Islam yang saya yakin sedang menyambutnya dengan penuh rasa gembira dan kesyukuran yang sangat tinggi bagi Tuhan yang menciptakan hari ini  untuk disambut oleh kita hamba-hambaNya..

moga kehadiran hari berbahagia ini mampu menaikkan lagi semangat kita untuk berjuang dan terus berjuang demi Islam, agama tercinta..insyaallah..

bilamana tiba hari ini..
di mana-mana sahaja saya yakin akan mengaitkan dengan pengorbanan...

P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N.

bukan sesuatu yang mudah saya kira..
namun tidaklah mustahil untuk kita lakukan..
kerna dalam setiap inci kehidupan kita itulah yang perlu kita lakukan..
iaitu..
P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N.

mari merentas masa..
kita singkap kembali sejarah.....



sudah bersedia??

ayuh kita mulakan!

anda ingat kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail??
saya yakin kalian pasti mengingati kisah bersejarah itu..
kalau semalam kita hanya mengingatinya..
jadi hari ini mari kita menghayatinya..
bagaimana kedua-dua nabi utusan Allah itu berkorban..

'saat mendapat perintah dari Allah untuk menyembelih anak kesayangan baginda, dengan tenang nabi Allah Ibrahim menyampaikan berita itu pada anakandanya, Ismail'

betapa redhanya baginda..sanggup mengorbankan anak sendiri demi melaksanakan suruhan Allah..
bagaimana pula kisah nabi Ismail?

'dengan yakinnya baginda merelakan dirinya sendiri untuk disembelih bagi menyempurnakan perintah dari tuhan maha agung maha berkuasa atas hamba-hambaNya'

bilamana nyawa menjadi taruhan...apakah kita sanggup menggadaikannya?????

mari ikuti kisah kedua..

masih ingat kisah dakwah baginda nabi Muhammad s.a.w di Thaif??

terasa sakitkah kita bila menyelusuri sirah baginda dibaling batu oleh penduduk Thaif yang menentang dakwah baginda hinggakan berkocak sepatu baginda nabi kita dengan darah??

terkesankah kita dengan pengorbanan nabi kita menanggung kesakitan, keperitan demi melaksanakan dakwah islam??

melihat kembali pada diri sendiri..
dengan kasut yang dipenuhi air pun sudah cukup memenatkan diri untuk berjalan dengannya..
apatah lagi andai yang memenuhi itu adalah darah!



belum tersentuh dengan pengorbanan mereka?
mari kita putar kisah sahabat..

masih ingatkah kalian pada si rupawan Mus'ab bin Umair?

seorang yang mempunyai latar belakang keluarga yang sangat kaya apatah lagi beliau dimanjakan oleh ibu tercinta..
namun beliau sanggup meninggalkan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki untuk bersusah payah bersama Islam.
meninggalkan katil yang empuk, makanan yang enak, belaian manja, harta benda, wang ringgit dan sebagainya.
bahkan sanggup menukar ganti keluarga dan kemewahan dengan iman.

namun..reflek kembali pada diri kita..
untuk bangun subuh pun kita liat..apatah lagi untuk bangun malam..
dan apatah lagi andai kita terpaksa meninggalkan segala kemudahan yang kita miliki..
sanggupkah kita????

mari baca tentang Muhammad Al-Fateh..


mengorbankan masa bermain dan masa riang gembira sewaktu zaman kanak-kanak beliau semata-mata yakin dengan hadis nabi tercinta yang tidak pernah ditemuinya bahwa akan ada sepasukan yang akan menawan constantinople iaitu pasukan yang tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rajanya adalah sebaik-baik raja.

cuba kita renung..
cuba kita tenung..
di saat sang mujahidin Palestin memberanikan diri tanpa senjata melontarkan batu ke arah tentera Israel demi mempertahankan tanah suci Islam..
di manakah kita saat ini?
adakah turut sama berjuang bersama mereka?
atau sekadar melihat dan bersimpati dengan nasib mereka??
sedarlah..
mereka langsung tidak memerlukan simpati kita..
mereka juga tidak memerlukan kehadiran kita di sisi mereka bersama-sama memerangi tentera Israel laknatullah itu..
namun yang mereka perlukan adalah semangat kita untuk sama-sama berjuang demi agama
yang mereka impikan adalah kesatuan ummah yang akan membawa Islam kembali ke zaman kegemilangannya..
yang mereka hajatkan adalah kesungguhan kita mengembalikan Islam kembali menjadi kuasa no 1 dunia..

BANGUNLAH!

orang dahulu telah B.E.R.K.O.R.B.A.N
insan sekarang sedang B.E.R.K.O.R.B.A.N
KITA??
BILA LAGI??


wallahua'lam.....

9 November 2011, 7:05pagi, BM

ME & YOU

bismillah...


suddenly...
i feel like...
everybody that i know..or friend with..
is my mad'u..
honestly!
doesn't mean that i'm good enough to be a murabbi for everyone beside me especially..
but when i keep thinking..
and i realized that being a daie is actually you served yourself to deen and being a good representative to everyone..
not just to your mad'u of usrah..
even though to the people older than you..
and not your mutarabbi..
and even if he or she is also a daie like you!
b'coz each and everyone of daie may have different level of understanding towards ad deen..
so we have to be together or if i can say..united to make a kamehameha outcome in order to bring back this deen towards its place..
but sometimes i have to admit that although he or she is also a daie..
may be the way the person think is totally different from us..
or he or she may view something at the different angle.. 
and we of course cannot change people's stand..
all we have to do is keep continue putting our effort to be a qudwah hasanah for him or her..
but i'm confused..
if things we are doing is actually to strengthen the bonding with that person..
but...
he or she seem doesn't like it.......
so....
what should we do????
pretend that we don't understand?
or keep doing until one day the person ask us why?
or explain to him or her what is our purpose doing that?
I AM REALLY CONFUSED!
or may be we'r the one who's actually didn't build the bond?????
hmm...
it is very complicated..
but as for daie..
these is what we'll going to face throughout our lives..
as what our prophet said..
"Islam began as something strange, and it shall return to being something strange, so give glad tidings to the strangers."
(hadith of Muslim)

it is proven!

to all muhariks outside there!
let us be the strangers!
pray as one day Islam will lead the world..
and i believe in that!


and to my support system..
i really miss u guys..
still remember when we done laundry..clean the house together..sleep by sharing pillow..cooked together even though i didn't cook act..hihi..bbq..having daurah together..curhat with each other...
i really really really miss that moment..
and i ever wonder if we can be like that again..
because we are staying at different land..
ya..everyone of us is doing our job at different places..
we are conquering the world!
malaysia..
indonesia..
czech..
egypt..
and india..
even distance tear us apart..
but our bonding will become more and more strong..
and we'll always be in this path..
because we promised to be jannah soon..insyaallah..

this song is for you all,sis...




takbir!
allahuakbar!



6 Oktober 2011, 1:00ptg, BM

Nikmah of Feeling..

bismillah...

segala puji-pujian ku lontarkan sepenuhnya buat Tuhan yang maha mengetahui segala isi hati..

alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

persoalanku pagi tadi dijawab dengan lembut olehNya..
hamasahku yang menghilang pagi tadi digilap mesra olehNya..
keputus asaan ku pagi tadi ditegur dengan penuh kasih sayang olehNya..

aku rasa bahagia!!
aku rasa gembira!!
aku rasa seronok!!
aku rasa sukeeee~~~~~

ya ternyata memang benar..
Dia sentiasa mendengar keluhan hati hamba-hambaNYA..
buat yang membaca entry bismillah.........
berkat doa dari kalian walau di manapun kalian berada..
alhamdulillah segalanya lancar dan sempurna..
aku sungguh gembira sepanjang hari ini..
jazakumullah atas doanya..

namun tidaklah kebahagiaan itu datang dengan penuh keajaiban..
seharusnya dalam setiap tindakan kita..
andai kita rasa lemah dan tersasar..
kembalilah ke jalan yang benar..
jalan berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah..

sebelum bergerak ke kelas pagi tadi..
aku mengambil keputusan untuk membuka helaian surat cinta dari kekasih agungku..
secara rambang saja..
namun terpana aku pada satu ayat ini..

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan....."
(al hajj 22:78)

allahuakbar!
satu feeling yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata..
apatah lagi ingin mencoretkannya..jauh sekali..
tidak tergambar betapa gembiranya hati ini..
bilamana dibelai saat sangat membutuhkan..

aku rasa sangat bahagia..
begitu bahagia sekali..
terima kasih ya Allah kerna sudi menyapaku...

peringatan buat semua dan diri ini terutamanya..

"tika mana Allah yang kita cari..
saat itu..
selesailah segala urusan kita.."

insyaallah...
wallahua'lam..

terima kasih ya Allah..

3 Oktober 2011, 6:35ptg, BM

bismillah..........


ya Allah..
aku rasa penat..
tapi aku belum sepenuhnya menggunakan tenagaku..
aku rasa putus asa..
tapi baru sedikit ujian yang menimpa..
aku rasa aku tak mampu..
tapi siapa aku untuk mengatakan sedemikian..
ye...betul ya Allah...
aku rasa hamasahku makin berkurang..
aku tiada tempat untuk mengadu melainkan hanya padaMu..
Kau saja yang sudi mendengar semua luahan hatiku...
hadirkan rasa bersyukurku padaMu ya Allah kerna masih lagi mengizinkan aku untuk merasai nikmat iman dan islam yang bukan semua hambaMu Kau kurniakan nikmat tersebut..
kerna..
dengan nikmat iman dan islam itulah aku menggagahkan diriku untuk meneruskan hari-hari dalam hidupku..
dan kerna nikmat itulah aku masih boleh terus yakin dan percaya bahwa Kau sentiasa ada untukku..
sentiasa mendengar luahan hatiku..
sentiasa membantuku saat senang mahupun susah..
ya sebenarnya aku ada test pagi dan petang ni..
namun ketiadaan semangat menjadikan aku tidak berupaya untuk menyentuh helaian buku ilmiah yang tersadai di atas katilku..
jujurnya..
bukan tidak ingin merebut pahala berjihad di sisiNya..
namun....
hanya Allah dan diriku yang mengetahui pada yang tersirat dalam sanubariku..
mungkin aku belum sepenuhnya yakin tentang usaha dan pahala..
aku sedikit beremosi pagi ini..
entah kenapa aaku pun tidak mengerti..
cuma rasa seperti bila-bila sahaja air yang bergenang di kelopak mata ini boleh terhambur keluar mengalir membasahi pipiku...
mungkin kalian melihatku seperti terlalu lemah..
biarlah apapun tanggapan orang..
aku yakin air mata yang megalir bukanlah penanda seseorang itu lemah atau tak berdaya..
aku yakin itu..
aku sedar sangat banyak kekuranganku..
terutama bila melibatkan pelajaran dan kehadiran semangat dalam diri..
memang seringkali aku cuba menyembunyikan perasaanku dari semua insan..
namun kadang-kadang aku seperti tidak berupaya lagi..
kerna itu aku hadirkan perasaanku dengan menyuratkannya pada setiap entry di blog ini..


ya Allah
kalau aku memang ditaqdirkan untuk berada dalam bidang ini..
aku mohon kuatkan langkahku untuk menempuhinya..
kerna aku cuma insan lemah..yang akan sentiasa bergantungan padaMu setiap saat dan ketika hatta setiap hembusan nafasku aku bergantung padaMu..
apakah Kau ingin terus mengizinkan aku hidup mahupun tidak..
seperti nya aku merasakan aku sedikit berlainan hari ini..
sampaikan doaku dalam solat dhuhaku pagi tadi...
aku melafazkan sesuatu yang bila aku kenang kembali..
aku tidak mengerti apa yang membuatkan aku berperasaan sedemikian rupa...
"ya Allah...
andai aku mati sebelum aku sempat menunaaikan semua tanggungjawabku..
terutama tanggungjawab dalam dakwah dan tarbiyah..
aku mohon ampuni semua dosaku..
dan terimalah ibadahku dan amalku selama ini.."


kuatkan aku ya Rabb..
kuatkan aku ya Rabb..
kuatkan aku ya Rabb..


tuntuniku menggapai redha dan kasih sayang serta rahmat dan keampunanMu...




*feel like not going to class for the whole day..
tapi aku tidak seharusnya berputus asa dengan rahmat Allah..
dan aku akan terus yakin dengan janji-janjiNya..
insyaallah..




3 Oktober 2011, 8:13pagi, BM