Nak Duk Sembang Ngan Nabi Tak?

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada Allah pemberi nikmat terbesar dalam hidup hamba-hambaNya..

selawat dan salam khusus buat nabi, kekasih hati tercinta..
biar pun tak pernah bersua..sudikan menanti kami di sana..

dah seribu tahun lebih nabi pergi..
dah lama sangat..
tapi bagi mereka yang mencintai baginda..
masih terasa lagi lembut belai nabi bila kita mengadu susah..
masih terasa lagi pujukan penaik semangat bila kita jatuh rebah..
andai aku bisa hidup bersamamu ya Rasulullah..

dulu pernah terfikir..
kenapa aku tak hidup waktu zaman nabi ek?
mesti lagi best!
dapat duduk sembang-sembang ngan nabi..
dapat sharing-sharing qodhoya ngan nabi..
dapat berpenat lelah berjuang ngan nabi..
yang paling best..
dapat usrah ngan nabi!
terbaek!
dapat didikan langsung dari nabi..
dapat jadi sahabat nabi..
dapat share problem ngan nabi..
banyak lah...
kenapa ek aku tak ditaqdirkan untuk lahir di zaman nabi?
kalau aku hidup zaman nabi mesti aku tak kena hadapi masalah macam yang umat sekarang hadapi..
cemburu dengan sahabat sahabiah yang dapat berjuang bersama-sama nabi..

tapi aku tahu..
dan aku sedar..
seandainya aku hidup di zaman nabi..
mungkin aku antara mereka yang membuat fitnah terhadap islam..
mungkin aku antara mereka yang menjadi penentang tegar dakwah  nabi..
mungkin aku antara mereka musuh ketat nabi..
mungkin aku antara mereka yang tega mencederakan nabi..
mungkin aku antara mereka yang memporak perandakan barisan muslimin..
mungkin aku antara yang merancang untuk membunuh nabi!!
nauzubillah!
nauzubillah!
nauzubillah!

bila terfikir sebegitu..
aku bersyukur dengan apa yang aku punya sekarang..
nikmat IMAN dan ISLAM yang Alah beri takkan mampu untuk ku balas..
tak terdaya untuk dibalas meski seluruh hidupku,usiaku dan masaku aku habiskan dengan mengucapkan syukur padaMu..takkan dapat..dan takkan pernah dapat..

tadi terbaca satu post sorang akhawat..
lalu mindaku cuba membayangkan situasi tersebut..
kerna aku tidak pernah mengalaminya..
kerna itu aku cuma mampu untuk membayangkan..

~Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, iaitu Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku”.

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua”, keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Pada saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh Kekasih Allah dan Penghulu Dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ’Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat Kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. 

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya ’Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku’, ”peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu”, bisik Rasulullah s.a.w ke telinga Ali. Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,ummatiii" "Umatku, umatku, umatku" 
Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. 

air mata mengalir laju..

(tapi kena tahan sebab nanti semua orang akan hairan kenapa tetiba nangis bila baca phone.)

semua pernah dengar cerita nie..
malah saya yakin semua orang tahu cerita nie..
so saya taknak highlight kan pasal cerita nie..
cuma nak semua orang especially saya untuk berfikir kembali apa yang telah kita lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kita pada baginda Rasulullah..
setakat asyik nak berbalah nak menangkan diri pasal poligami..tak payah lah~~

banyak yang nabi dah buat so that islam sampai pada kita hari ini..
kalau tak kerna nabi rela dihina dicaci ketika menyampaikan islam..
belum tentu lagi kita islam pada hari ini..
kalau bukan kerna nabi bersabar menghadapi kerenah mereka sewaktu menyampaikan kebenaran di Thaif..
belum tentu lagi kita islam pada hari ini..
kalau bukan kerana nabi rela menanggung bebanan dakwah yang maha berat ini..
belum tentu lagi kita kita islam pada hari ini..
kalau bukan kerna nabi sanggup berlapar berdahaga tatkala bersedia untuk menghadapi tentera ahzab..
belum tentu lagi kita islam pada hari ini..
kalau bukan kerana nabi sayang kan kita..
belum tentu lagi kita islam pada hari ini..
maka bersyukurlah!

baginda tidak pernah mengenali kita..
tapi semua diperbuat untuk kita..
kita yang kenal nabi..takkan taknak buat pape untuk nabi?
ye nabi memang tak perlukan kita..
in fact islam pun tak perlukan kita untuk kembali menjadi ustaz kepada alam..
tapi kita lah yang sebenarnya memerlukan dakwah itu..
kita lah yang sebenarnya yang perlu mendambakan kerja-kerja dakwah..
kerna Allah bisa saja menggantikan kita dengan umat yang lebih baik..yang lebih beriman..dan yang lebih mensyukuri nikmatNya..yang lebih all out dalam menyampaikan islam..
tapi Dia memberikan kita peluang untuk mengumpul kupon-kopun yang mana di akhirat nanti kita mampu untuk me redeem kupon tersebut dengan syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.
Allah..tak sabar sangat nak tengok syurga tu..
tak sabar sangat nak sentuh sungai-sungai yang mengalir..
dan yang paling tak menyabarkan adalah untuk duduk di sebelah nabi dan bercerita tentang kerja-kerja kita dalam menyambung perjuangan nabi yakni SUNNAH terbesar nabi selama nabi menyampaikan islam..

tapi...
kalau tak buat SUNNAH nabi tu camne nak borak-borak ngan nabi pasal tu???

tepuk dada tanya iman..
-tersedak-

24 Jan 2013, 4:30pm, BM

Perjalananku.......

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada Allah, tuhan yang mengawal hati dan perasaan ini.

al kisah..
bermula suatu pengembaraan..
merencana untuk ke satu destinasi..
namun taqdirNya membawa ke suatu tempat asing..
tiada yang dikenali dan tiada yang mengenali..
memendam perasaan sendiri..
menghadapi tahun pertama dengan bersungguh-sungguh meski tiada yang membantu selain dari bantuanNya..
tanpa sedar tamat sudah pengembaraan sebagai pelajar..
walau hakikatnya masih menuntut..
tiada yang mampu mengungkap apa di benak fikiran mahupun di sudut hati..
yang pasti alhamdulillah mengiringi langkah saat menyelesaikan semua tanggungjawab sebagai pelajar..
dan kini akan memasuki alam baru yakni alam pekerjaan..
makin mencabar namun pergantungan padaNya yang akan memudahkan segala urusan..

eh.jap.
my first administration here was in july 2011.
how come finish study already???
taklah.
perjalananku masih jauh..
jauh sangat..
tapi mungkin saja aku tak mampu nak habiskan perjalanan ini..
ku harap bukan kerna futur..na'uzubillah..
mungkin kerna Dia terlebih dahulu menjemputku untuk menemuiNya..
siapa tahu..wallahua'lam..
biarlah taqdirNya yang mendahului rencanaku..
"kerna aku merancang dengan cita..
tapi DIA merancang dengan CINTA"-quoted
allahuakbar!
it is a story of my super duper senior here..
1st batch here..
4 1/2 years struggled to finish their MBBS..
can't really imagine what they had experienced..
but 1 thing for sure i'm going to pass through the same path as them.

kadang-kadang aku merenung ke hadapan..
mencari secebis harapan untuk aku terus melangkah dalam suasana yang agak menghimpit perasaan..
it's not easy being a medical student..
too much you have to sacrifice..
sampaikan ada suatu masa aku berpusing ke belakang..
bukan mencari jalan berpatah balik..
kerna itu tak mungkin berlaku..
jadi teringat aku pada 1 soalan imam al ghazali pada muridnya..

imam: apakah yang paling  jauh dengan kita di dunia ini?
murid 1: negara China
murid 2: matahari
murid 3: bulan
murid 4: bintang
imam: benar jawapan kalian.tapi yang paling benar adalah "MASA LALU".

subhanallah..allahuakbar!
benar..benar sekali..
siapapun kita...kenderaan apapun yang kita guna tidak mampu untuk membawa kita kembali ke masa lalu apatah lagi mengubahnya.

kerna itu aku hanya berpusiang..
mengimbau kembali atas alasan apa aku memilih untuk meneruskan hidup dengan medic..
tiada 'family history'..
but i'm sure my closed friends know my story..
how end up i want to become a doctor one day.insyaallah..
but through out time i realised 1 thing..
i'm not doing this for anyone..
i'm doing this for someone.the one that own my love.
one and truly my lover.
it's HIM.
really hope to use this title of Dr. to achieve my purposes of life as HIS 'abid and khalifa..insyaallah..

ya memang perjalanan ini panjang..
ada kawan-kawan ku di tanah air yang sudah pun memegang segulung ijazah..
mugkin ada juga yang sudah menyambung master.mungkin..
ada juga yang sedang melewati saat-saat genting sebagai pelajar final year..
juga teman-teman di luar negara yang sedang berjuang untuk menghabiskan course dan segera pulang ke tanah air..
dan aku..
masih di sini..
kerna perjalanan ini masih panjang..
hanya permohonan padaNya yang mampu aku ungkapkan agar dipermudah segala urusanku..
coz things here is going tougher and tougher..
never know i able to do it or not..
that's why i only ask of Him..

bila sebut perjalanan..
aku mengimbau perjalanan DnT ku...


kredit.



Aku senang, aku senang
Tapi bingung, aku bingung
Aku senang, aku senang
Tapi heran, aku heran..

Dan akupun bertanya..
Pada semua ikan di kolam
Tiadakah kau bosan, disitu...
Dan diapun menjawab,tiada bosan
Walau berada di tempat sekecil ini
Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku

Dan akupun bertanya..
Pada laron-laron berterbangan
Kenapa kau hidup semalam...
Dan Iapun menjawab,Tiada tersiap..
Walau hanya semalam aku hidup di dunia
Karna dalam semalam..
aku hidup, Ku sebut Tuhanku...


Dan akupun bertanya..
Pada semut-semut di sarangnya..
Tidakkah kau merasa lelah bekerja...
Dan Dia pun menjawab, Tiada lelah..
Walau sepanjang hidup aku terus bekerja,
Karna setiap saat dalam bekerja, bersama Tuhanku..


an aku bertanya, pada jiwaku
Sejauh apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada hatiku
Sedalam (selama) apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada diriku
Sekeras apa... kerja tanpa Tuhanmu (3x)

(Ikan, Laron dan Semut –by: FATIH)


lagu yang..
aku kira sangat 'menyepak' diri ini..
even semut yang kerja setiap hari setiap masa pun tak mengadu lelah, penat..
kerna apa?
tidak lain kerna mereka perbuat semuanya untuk tuhannya..
kerna tidak lain mereka hidup bersama tuhannya..
jujur kata..aku sangat cemburu dengan alam..
dekatnya alam dengan Allah sampaikan Allah berfirman..

"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda(kebesaran) Allah bagi orang yang berakal"
(3:190)

sweet sangat Allah..
kerna itu kita di anjur untuk mentadabbur alam..
untuk 'berjalan menujuNya'

moga Allah sudi menunjukkan jalan kebenaranNya pada sesiapa yang mencari..
dan moga Dia redha dengan setiap jalan yang kita tempuhi.insyaallah..

ya muqallibal qulub..tsabbit qulubana 'ala deenik wa 'ala tho'atik...

wallahua'lam..

30 Disember 2012, 9:55 pg, BM

P/s:buat seniorku..selamat bermujahadah ketika bercuti..doakan kami yang sedang berjuang nie..















Aku Cemburu Lagi!!!


Bismillah..

Segala puji bagi Allah tuhan empunya langit dan bumi..

CEMBURU

1 word with 6 letters.

Apa yang semua terfikir ek bila dengar or terbaca perkataan nie?

Tak keterlaluan kalau saya kata tanggapan negatif yang wujud dalam minda majoriti daripada kita bilamana terdengar perkataan itu.

Tapi kalau diingat-ingat, saya pernah menulis tentang perkara yang sama dalam post Aku Cemburu!!! and i want to write bout it again but in a little-bit-different situation.

Alkisahnya, kurang lebih sebulan yang lalu 1 of my friend proposed me.bukan propose yang ‘tue’ ye.she proposed me to join them jaulah to Mesir!subhanallah.sesuatu yang tak disangka-sangka datang menjengah.bukan saya yang merancang,apatah lagi mereka.tapi semestinya Allah lah yang merancang semuanya.maha kuasa Allah.Allahu akbar!



Dengan hadirnya lamaran yang mengejut itu membuatkan saya berpikir-pikir.nak balik rumah ke nak ikut berjaulah ataupun nak pergi dua-dua.wow!terbaeklah!namun atas sebab-sebab tertentu, masa dan onkos semestinya, di taqdirkan Allah i have to chose only 1 between those two choices.hmm...nak balik rumah tapi teringin sangat nak pergi mesir.(sapa yang tak teringin nak melawat bumi para nabi oii??)saya kira itulah antara cita-cita mereka-mereka yang bergerak di atas landasan dakwah dan tarbiyah ini.menelusuri kisah perjalanan para murobbi  terdahulu, yang berjuang meski bersendirian untuk menyampaikan amanah Allah pada ummat.seperti kita.insyaallah.di bumi itulah lahirnya para nabi Allah yang terus-terusan melaksanakan misi dakwah mereka agar Islam itu sampai pada kita,ummat akhir zaman ini!it was so difficult to make the decision.but i really hope that all the thing happened was guided by Him.insyaallah.

Berhari-hari jugak saya berpikir.sampaikan harga tiket balik jadi berganda-ganda sebab lambat sangat booking.(cmne lak harga tiket nie boleh naik time-time tengah promo??tak paham betol).pernah jugak usha tiket untuk dua-dua journey,BM-mesir-malaysia-BM.tapi itulah taqdir Allah, ketetapan Allah, ketentuan Allah.sebagai hamba, saya yakin dengan Tuan saya.

Beberapa hari selepas balik dari jaulah, ukhti tersebut post something in mukabuku.a video.subhanallah.alhamdulillah.laailahaillallah.allahuakbar!a videoclip.”sang murobbi” by izzatul islam.a phrase from our ikhwah.saya memang tak pernah jumpa ikhwah tersebut.dan saya rasa kalian juga belum pernah jumpa ikhwah tersebut.tapi yang menjadikan kata-kata itu menusuk adalah perjuangan yang sama.misi dan visi yang sama.semangat yang sama.angan-angan yang sama.perjalanan penuh liku yang sama.lorong berduri yang sama yang dilalui.meski bukan di tanah yang sama.namun auranya cukup hebat untuk menggetarkan hati ini.


‘’ini adalah sebuah nasyid untuk para murobbi-murobbi di luar sana, kalian semua adalah salah satunya”

Mendengarkan dalam video saja sudah cukup menaikkan semangat dan himmah apatah lagi apabila mendengarnya live.allahuakbar!

Ya itulah satu pengalaman yang saya kira sangat bermakna buat mereka yang berpeluang untuk mengikuti jaulah tersebut.sudah semestinya ia mampu melonjakkan iman ke tahap yang lebih tinggi.beza ‘jalan-jalan’ mereka yang tidak faham dengan ‘jalan-jalan’ mereka yang bergerak mengorbankan harta, masa, dan tenaga untuk mencari dan melihat tanda-tanda kebesaran Allah di muka bumiNya yang maha luas ini.seperti firman Allah dalam kitabNya yang suci, Katakanlah: "Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu.......”surah ar rum 30:42.jadi teringat pada perjalanan ke golden triangle etc seketika dulu.terasa rugi plak.tapi insyaallah itu yang terbaek yang Allah nak bagi.mungkin supaya saya lebih berhati-hati memilih teman untuk berjalan.insyaallah andai diizinkan Allah saya akan ceritakan perjalanan saya dan teman-teman ke tanah bersejarah itu di entry-entry akan datang insyaallah.

Berbalik pada cerita saya tadi dan kaitannya dengan tajuk entry,saya kira semua dapat teka apakah yang bermain di benak fikiran dan hati sanubari saya.YA!ANDA BENAR!saya tersangat cemburu dengan mereka.yang bisa kutip semangat yang mungkin pada awalnya jatuh dek mehnah dan bebanan dakwah namun meninggi semula saat bertemu mereka yang turut sama bergerak dalam gerabak yang sama.oh, katakan pada saya siapa yang tak cemburu??

Saya tersangat cemburu dengan mereka.yang bisa menyulam indah iman yang mungkin pada awalnya dicarik duri keputus asaan saat bertarung dengan musuh dalam diri yakni an nafs saat berjumpa mereka yang turut berjalan di lorong penuh duri yang sama.oh, katakan pada saya tak cukup kuatkah alasan itu itu saya mencemburui mereka??

KATAKANLAH!!

Oh.sedikit dramatik di situ.tapi tidak keterlaluan kan untuk saya mencemburui mereka? Cemburu dengan harapan dan panjatan doa agar saya juga diberi peluang oleh Allah untuk bermusafir di muka bumiNya mencari secebis semangat untuk saya terus tsabat di jalan dakwah dan tarbiyah ini.

YA!saya cemburu..tapi ole-ole yang dibawa pulang sudah cukup mengubat rasa cemburu ini dan sepertinya ia menggamit memanggil-manggil agar saya juga dapat turut serta mencari bekal-bekal sepanjang perjalanan ini untuk saya meneruskan perjalanan abadi di sana nanti.insyaallah.

Bukan mudah.bukan senang.masa yang sangat berharga bagi seorang pelajar, duit yang sangat bernilai bagi seorang yang tidak bergaji, dan last but not least tenaga yang perlu dikorbankan bukannya sedikit.oh, katakan pada saya siapa yang mampu menahan diri daripada mencemburui mereka, yang banyak pengorbanannya untuk agama??

Tak salahkan untuk cemburu dengan mereka?:)

ditambah pula dengan peristiwa bersejarah revolusi mesir yang berakhir tengah tahun 2012 ini.peristiwa yang saya kira masih hangat dan akan terus hangat untuk menjadi pemangkin semangat ummat yang semakin sedar  akan kegemilangan Islam yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.

Moga saya dan anda semua diizinkan Allah untuk bermusafir di muka bumi yang luas ini demi mencari sebuah penghayatan terhadap ciptaan Allah serta kebesaran dan keagunganNya.amin.

"berjalan, bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur
di atas nikmat dan kurnianNya
nilai harganya,iman dan taqwa bagi hamba yang setia...."

Wallahua’lam.

8 November 2012, 10:10pm, bumi malaysia

untukmu...


Bismillah..

Dengan nama Allah, tuhan yang menyatukan hati-hati kami..

Sekali lagi..

Malu untuk kuakui..

Ampunkan aku ya Allah..

Entry ini kutujukan khas buat mereka.

Mereka yang telah mengisi kekosongan hati ini.

Mereka yang telah menerangi ruang kegelapan hati ini tatkala diri ini dihimpit kesulitan yang begitu mencengkam rasa.

Mereka adalah anugerah Allah yang tidak ternilai buatku.

Allah menghantar mereka untuk membantu menghulurkan tangan membangunkan aku yang acapkali jatuh dek ujian yang menerpa.

Ya.mereka mungkin tidak membaca tulisan ini kerna mereka tidak tahu.

Coretan ini kutujukan juga buat kalian yang membaca.

Kakakku,

Ketahuilah.

Kehadiran kalian sangat bermakna dalam hidupku,

Tatkala aku dirundung kesedihan dan aku tidak menceritakan masalah itu pada kalian, namun kalian mampu membaca isi hatiku.ku teringat, malam itu.meski kita masih belum mengenali sepenuhnya.meski kita tidak pernah berbicara dari hati-ke-hati, kalian menyediakan hati,telinga dan diri kalian untukku.betapa aku menghargainya.dan aku cukup terharu bila mengenangkan saat itu.terasa kasih sayang Allah sentiasa mengiringi langkahku.

Perbezaan umur menjadikan ada jarak antara kita.namun dengan kuasa Allah, Dia mentaqdirkan untuk kita bergerak bersama-sama dalam gerabak dakwah dan tarbiyah. dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.”surah al anfal 8:63.kalian adalah permata berharga yang dianugerahkan Allah untukku.aku kenal perkataan ukhuwah fillah.aku merasainya bila bersama akhawat.dan aku juga merasainya bila bersama kalian.meski kadang pandangan kita berbeza, namun acapkalinya kita punya perasaan yang sama.aku menghargai kehadiran kalian dalam hidupku.

Bilamana hatiku sempit diasak seribu satu masalah, kupergi mencari kalian.bicara kalian,gelak tawa kalian menghiburkan diri ini.aku umpama insan yang kurang kasih sayang bila menjejakkan kaki ke bumi asing ini. Namun kalian mampu mengisi ruang kekosongan hati ini.

Aku mungkin bukan adik yang baik untuk kalian.seringkali meninggalkan kalian saat kalian membutuhkan.seringkali mengabaikan keperluan kalian. seringkali tidak mempedulikan perasaan kali.dan bertambah sering mengguris hati dan perasaan kalian.tapi ketahuilah aku tidak pernah berniat untuk berbuat sedemikian pada kalian.cumanya dengan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diriku memaksaku bertindak sedemikian terhadap kalian.maaf atas segala kekurangan diri.

Aku masih ingat lagi saat itu.saat kalian menerimaku menjadi sebahagian dari kalian.kutahu bukan mudah.kutahu bukan senang.tapi kalian berlapang dada menerima kabar itu.kabar yang disampaikan dari insan yang masih lagi sedang menagih kepercayaan kalian.meski kalian punya masalah dan konflik sendiri,dengan sabar dan redha kalian menerimaku.semenjak itu hubungan kita berubah.berubah dengan drastiknya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”surah ar-rahman.maka tiada lagi nikmat dari tuhanku yang mampu untuk kudustakan.tiada lagi.dan takkan pernah ada..subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar!

Tak pernah kujangkakan dari tuhanku bahwa kalianlah yang kan memenuhi ruang hati ini dan menemani diri ini selama bergerak dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini.umpama nabi Allah Muhammad dan nabi-nabi Allah yang lain, aku ditaqdirkanNya tercampak sendirian.di bumi tandus ini.dengan harapan agar aku membawa hujan tarbiyah membasahi tanah gersang ini, membawa benih islam untuk disemai dengan penuh kasih sayang.dengan penuh azam dan semangat aku melangkah,diiringi doa semua akhawat tersayang dan sudah pasti diiring kekuatan pinjaman dari yang maha KUAT.namun seketika aku tersungkur.lalu aku bangun.menyusun langkah untuk kembali berjalan dan seterusnya berlari seperti mereka yang lain.namun aku jatuh kembali.kerna halangan yang sama.sendirian.tanpa teman.yang ku ada cuma doa dan harapan pada yang maha mengetahui segala yang di langit dan yang di bumi dan sudah pasti yang tersimpan kemas dilubuk sanubari hati ini.berbulan kusimpan.hingga satu saat kalian bertanyakan soal itu.aku terkejut.tidak meyangka kalian mengetahuinya.tidak menyangka kalian mampu membaca gerak geri tindak tanduk seharianku.malam itu menjadi saksi bermulanya ukhuwah yang berpaksikan aqidah islami.aku makin yakin dengan diriku.kerna aku punya tempat bergantung,ya aku tahu pergantungan total seharusnya kusandarkan pada Allah.tapi aku juga manusia biasa yang lemah yang mengharapkan perhatian insan lain dan doa kalian untuk aku terus melangkah.melangkah menyusuri ranjau penuh onak dan duri.kalianlah anugerah yang indah yang Allah hadirkan dalam hidupku.

Namun,sejak akhir-akhir ini aku sering berfikir.lagi setahun dua kalian akan meninggalkanku. melangkah lebih jauh dengan ilmu yang penuh didada.melaksanakan amanah kalian pada agama,bangsa dan negara.aku bangga dengan kalian.namun jauh disudut hatiku aku sedih menghitung hari-hari mendatang.takut.resah.risau.bimbang untuk melepaskan kalian.pertama sudah pasti kerna hati kita sudah terpaut keranaNya insyaallah.dan kerna itulah aku risau untuk melepaskan kalian.aku terfikir sudah lunaskan hutangku pada kalian?sudah terlaksanakan amanah yang Allah berikan padaku terhadap kalian?sudah cukupkah fikrah yang ku semaikan dalam hati dan fikiran kalian untuk menghadapi hari-hari yang kukira semakin mencabar setelah kalian kembali ke tanah air nanti.aku sedar kelemahan diriku.untuk mentazkiyatul nafs diri sendiri pun masih tercompang-camping di sana sini,apatah lagi ingin menyulam yang baru dan yang cantik untuk kalian.sekali lagi maafkan diriku yang penuh kekurangan diri.

Dan bila aku memikirkan lebihan hari kalian di sini,hatiku seperti dilanda ombak rindu.rindu meski kita belum berpisah.sunnatullah itu akan terjadi.apa pun yang berlaku kalian akhirnya akan pergi.ku mohon agar kalian mendoakan diri ini agar kuat dan terus tsabat di jalan penuh liku penuh ranjau penuh duri ini..dan sudah pastinya aku akan sentiasa mendoakan agar kalian terus tetap di jalan tarbiyah ini.seperti yang selalu kita lafazkan di akhir pertemuan bulatan gembira kita.

“YA ALLAH,

SESUNGGUHNYA ENGKAU TAHU BAHAWA HATI-HATI INI TELAH BERKUMPUL UNTUK 
MENCURAHKAN MAHABBAH HANYA KEPADAMU,

BERTEMU UNTUK TAAT KEPADAMU,

BERSATU UNTUK MENYERU DI JALANMU,

DAN BERJANJI SETIA UNTUK MEMBELA SYARIATMU,

MAKA ERATKANLAH YA ALLAH AKAN IKATANNYA,

ABADIKANLAH KASIH SAYANGNYA,

TUNJUKKANLAH JALANNYA,

DAN PENUHILAH DENGAN CAHAYAMU YANG TIDAK KUNJUNG MALAP,

LAPANGKANLAH DADA KAMI DENGAN LIMPAHAN IMAN DAN KEINDAHAN TAWAKAL KEPADAMU,

HIDUPKANLAH DENGAN MAKRIFATMU,

JIKA KAU MENTAQDIRKAN MATI,MATIKANLAH PEMILIK HATI-HATI INI SEBAGAI PARA SYUHADAMU DALAM PERJUANGAN AGAMAMU,

SESUNGGUHNYA ENGKAULAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG DAN SEBAIK-BAIK PENOLONG.

AMIN.

DAN SEMOGA SELAWAT DAN SALAM SELALU TERCURAH KEPADA MUHAMMAD,KELURGA BAGINDA DAN KEPADA SAHABAT BAGINDA.”

kakakku.

andai satu masa nanti kita tidak lagi diizinkan Allah untuk bertemu di bumi ini,
aku mohon agar Dia sudi menemukan kita semula di syurga nanti.

ila jannati zumaro ya akhawat~

wallahua'lam..

1 NOVEMBER 2012, 11:25pm, bumi malaysia.

bila Allah nak tolong.....


Bismillah..

Segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan maha pengasih, maha penyayang..

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

Alhamdulillah a’la kulli hal..

Hari keempat bergelar 2nd year MBBS student (walaupun actually kelas dah start hampir sebulan yang lalu). Honestly sangat bersyukur atas segala limpah kurnia dariNya. Put your trust in Allah! Itu kuncinya..

Alkisahnya..tadi pergi jumpa lecturers 1st year dengan beberapa orang teman. ada sorang lecturer nie, baik sangat dengan budak malaysia. Tadi waktu jumpa beliau ucap tahniah kat kami semua sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Allah...dalam hati berpikir-pikir apa nak buat kalau tetibe....

”congrats! “ sedar-sedar sir dah hulurkan tangan untuk bersalam..

Erk!

Sekadar menunduk sambil tersenyum tanpa menghulurkan tangan(tangan memang dah kat belakang since awal lagi). And i’m pretty sure that it was a reflex coz i couldn’t think of anything. Then terus je sir tarik balik tangan beliau and terus je bersalam dengan my fellow not-yet-muslim without doing the same thing  to my 2 other muslim friends. They were safe then. Lepas tu terus je rasa macam serba salah teramat sangat. Takut sir terasa. But i think he will understand sebab sir nie agak suka mengkaji. Balik je terus sakit kepala sebab pikir apakah hikmah di sebalik semua yang berlaku. Alhamdulillah lepas berwudhu tengah hari tu rasa macam tenang sangat sebab rasa macam Allah bukakan pintu hati untuk terus husnu zhon(bersangka baik) dengan DIA.

Kita selalu mintak kat Allah untuk dijauhkan dari kemurkaanNya. Mintak untuk terhindar dari buat dosa, maksiat dan yang sama waktu dengannya. Tapi bila Allah dah tentukan atau taqdirkan kita terselamat dari fitnah tu kenapa kita nak ragu-ragu pulak dengan kasih sayangNya?? Patutnya bersyukur yang teramat sebab Allah sangat kasihkan..sayangkan.. dan cintakan kita dan kabulkan doa kita. Kita mungkin tak kuat untuk melawan jahiliyah sorang-sorang. So bila Allah hadir memberikan bantuan, kenapa kita nak pertikaikan apa yang terjadi?? Allah....ampuni kami ya Allah.. moga itu mampu menjadi titik tolak hadirnya sinar Islam dalam diri sir dan lagi 2 orang teman saya yang turut menyaksikan peristiwa tersebut. Insyaallah. Amin. Sungguh tiada daya melainkan dari Allah!

“Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim.”
“Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.”

wallahua'lam.

P/s: start tulis hari keempat.tapi post hari kesembilan.asif jiddan.

2 September 2012, 15 Syawal 1433H, 5:55pm. BM

Ramadhan terakhirkah ini?

bismillah...

segala sembah sujud hanya pada TUHAN pemberi nikmat teragung..

pejam celik..pejam celik..dah hampir berlalu pergi bulan ramadhan..
hari ini dah 27 ramadhan..
esok 28..lusa 29..tulat mungkin dah raya..insyaallah..
sekejap sangat rasanya..terlalu sekejap..
rasa macam tak puas lagi nak menikmati nikmat bulan penuh barakah nie..

seronok sebab Allah sudi lagi bagi peluang untuk sampai ke bulan ramadhan..
tapi sedih sebab ramadhan dah nak berlalu pergi..
tinggal 2 hari je lagi..if tolak hari nie..dah tak lama..
sempat ke nak habis kn ek???-wallahu a'lam..

tak ingin berbicara tentang perkara-perkara yang digalakkan dilakukan sepanjang ramadhan..
meski itu masih valid sampailah waktu berbuka pada hari terakhir ramadhan..
tapi yang benar-benar menyentuh hati sanubariku saat ini adalah..
sebuah hadis nabi..
yang menyentuh perihal mereka yang melalui bulan ramadhan..tapi........

 “celaka & rugi” (3 kali). Lalu sahabat-sahabat bertanya “siapa wahai Rasulullah?” Lalu Rasul SAW manjawab “sesiapa yang bertemu Ramadhan, tetapi tidak mendapat keampunan NYA”

astaghfirullah..
astaghfirullah..
astaghfirullah..
na'uzubillahi min dzalik..

waktu first time dengar tazkirah pasal nie...
terkedu jap..nasib baik jantung tak berhenti berdegup..lau tak, tak merasa aku 10 malam terakhir ramadhan yang besar kemungkinan 10 malam terakhir untuk ramadhan terakhir..na'uzubillah..
--Allah, sampaikan aku pada ramadhan akan datang..amin..

teman-teman..
mari kita renung..
mari kita hayati..

pertama:
mari kita lihat siapa yang mengaminkan doa tersebut..
siapakah beliau??
Muhammad SAW..nabi terchenta..kekasih Allah..
dalam 3 doa nabi ada satu saja yang Allah tak kabulkan..


Khabbab bin Aris menceritakan bahwa pada suatu hari Rasulullah memanjangkan solatnya, sehingga setelah selesai solat, sahabat bertanya 

“ Ya Rasulullah,engkau melakukan solat begitu lama tidak seperti solat  lain.”

Rasulullah saw menjawab: "Benar,    dan   dalam   solat   itu aku mendapatkankan sesuatu yang menyenangkan  dan sesuatu  yang menyedihkan, karena sesungguhnya aku dalam solat tadi telah meminta kepada Allah 3 perkara, maka Allah  mengabulkan  dari permintaanku, dan  menolak satu permintaanku.

Aku meminta kepada Allah agar umat ku tidak akan pernah dibinasakan dengan penyakit, maka Allah mengabulkannya; kemudian aku meminta kepada Allah agar umatku tidak akan pernah dikalahkan oleh musuhnya, dan Allah mengabulkan permintaan tersebut; dan pada waktu aku meminta agar umatku tidak menyakiti satu dengan yang lain, maka Allah tidak mengabulkan permintaan tersebut

(Hadis sahih riwayat Tirmidzi )

Allah...
agak-agak doa nabi yang satu tue Allah kabulkan x??
allahua'lam..
Allah lebih mengetahuinya..
the most important for us at this moment is what is the thing that the prophet SAW prayed for..
nabi kata CELAKA! dan RUGI! bagi mereka yang diberi peluang oleh Allah untuk sampai pada bulan ramadhan TAPI TIDAK MEMPEROLEH KEAMPUNAN BILA KELUAR DARI BULAN TERSEBUT!
Allah...

kita kah tu?
kita kah yang nabi maksudkan?
kita kah yang nabi doakan tu??
KITAKAH?
nau'zubillah...
mintak simpang..
mintak dijauhkan..
mintak dihindarkan..
Allah...tak sanggup rasanya nak terima kenyataan tu andai akulah orangnya..nau'zubillah..

jujurnya tak tahu how to transfer the feeling to your hearts through my writing but yet still wanna share it coz it make me look behind what i had done with ramadhan this time..
like..........hmm....fullstop.

so nak menyeru semua untuk merayu padaNya agar diberi keampunan walau secebis agar kita tak tergolong dalam golongan mereka di dikatakan nabi SAW sebagai CELAKA dan RUGI!

`A'ishah (radhiallahu `anha) reported that she asked Allah's Messenger (sallallahu `alayhi wa sallam): 
"O Messenger of Allah! If I knew which night is Laylat ul-Qadr, what should I say during it?"

And he instructed her to say: 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Allahumma innaka `afuwwun tuhibbul `afwa fa`fu `annee"
(O Allah! You are forgiving, and you love forgiveness. So forgive me) 

[Sunan Ibn Majah]

malam al qadr mungkin belum sampai..
namun mungkin juga telahpun berlalu pergi tanpa sempat kita menghayatinya..
tapi dirahsiakan tarikh sebenar agar kita bertekad berusaha membuang nafsu di hening pagi demi mengejar malam istimewa itu..
malam yang kita sedia maklum lebih istimewa dari 1000 bulan..
1000 bulan!tuan-tuan dan puan-puan..
agak-agak sempat tak kita nak hidup sampai 100 bulan...
kalau betul pun sempat bukannya 24 jam kita beribadah khusus..
Allah maha besar~
badan yang terasa berat utk qiam even seminggu sekali terus larat je nk bangun tiap-tiap malam..insyaallah..
jom sama- sama kejar redha dan keampunanNya di saat-saat genting nie..
speed up till the last sec!
may Allah bless us..
Allah..sampaikan kami pada ramadhan akan datang..amin..


wallahua'lam..

17 Ogos 2012. 28 Ramadhan 1433H. 0014 pagi. my hometown.

EXAM??!!!


Bismillah...

Segala sembah sujud hanya pada yang maha berkuasa atas perasaan hambaNya..

Alhamdulillah thumma..alhamdulllah thumma..alhamdulillah thumma..
Setelah berpenat tanpa lelah alhamdulillah sudahpun tamat exam final 1st year saya..
Tapi baru habis theory..ada lagi 3 hari practical..
Moga Allah sudi bagi kekuatan terus menerus untuk terus bertenaga menempuh hari-hari mendatang..insyaallah..

Sudah agak lama blog ini menyepi..
Rasa rindu yang menggamit-gamit untuk memenuhkan isi blog dengan sesuatu yang mampu menambahkan iman saya dan semua insyaallah..biiznillah..

Berada dalam fatrah exam membuatkan diri ini rasa macam sangat-sangat tak terurus..(salah satu kelemahan diri...harap dapat diperbaiki lepas nie insyaallah)....masih mencuba untuk memaintainkan iman yang turun naik nie..

Alkisahnya...
Bila musim exam nie hampir setiap hari saya post ayat-ayat yang.......hmmmm.....kat fb..
Tak tahulah kenapa namun itulah yang hati saya rasa...
Dan ayat-ayat itulah sebenarnya yang saya lafazkan dalam hati untuk menguatkan hati dan diri dalam menempuh keadaan yang bagi saya sangat sukar..
Sepanjang exam saya akui memang sangat-sangat tak tenteram..
Dengan kurang preparation la..soalan pelik-pelik la..yang tak dapat nak jawab pun banyak..(yang tu memang hentam habis-habisan la sebab taknak bagi kosong)
semuanya yang sebenarnya menyerabutkan kepala yang sememangnya tak pernah kata nak kool..
tapi satu hal yang benar-benar menyentuh hati saya dan menarik perhatian saya dari semua kesusahan itu adalah ketenangan yang saya kira sesuatu yang luar biasa untuk saya..

exam final kot!
examiner luar kot!(at least kalau examiner orang dalam mesti dia bagi lepas punye..)
Tak dapat jawab kot!
Tapi semua keresahan itu seolah-olah dipadamkan oleh satu kuasa yang tiada yang mampu tandingi meski saya tak nafikan kadang-kadang bila dengar teman-teman bercerita pasal soalan exam jantung nie dah macam motor boat sebab salah jawab! Tapi tak lama kemudian keresahan yang bertandang silih berganti dengan ketenangan yang mampu buat saya rasa langsung tak sedih..(alhamdulillah)

Namun..

Dari mana datangnya ketenangan itu?

Dari mana datangnya kekuatan itu?

Tidak lain hanyalah ALLAH sahaja yang mampu mengawal perasaan yang hadir itu..

Allah sahaja yang mampu mengurniakan rasa tenang itu..

Ya!saya yakin itu!

Sehinggalah semalam...seorang sister mengeshare ayat-ayat cinta yg dikomen di bawah salah satu post status fb saya..

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.
supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,
dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,"

(Al fath 48:1-4)


Allah..
Allah..
Allah..
Tersangat-sangat terkesan bila baca..
Sebab dia macam sangat related dan dekat dengan keadaan diri saya waktu tu..
Insyallah bertambah yakin saya pada pertolongan Allah saat kita senang mahupun susah..
Yang paling terkesan yang sampai saya rasa membelai-belai hati saya adalah ayat ke4 tu..

“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,”

Sebab dalam keluh kesah orang tak dapat jawab atau rasa macam nak kucar-kacirkan dewan  exam(eh..ada ke??)sebab soalan pelik dan susah..alhamdulillah atas nikmatNya saya masih mampu tersenyum setiap kali melangkah keluar dari dewan..bukan ingin riya tapi ingin berkongsi dengan semua..andai Allah lah yang menjadi tempat pergantungan kita..datanglah badai tinggi mana pun..datanglah taufan kuat mana pun..kita akan tetap teguh berdiri sambil menyambut kedua-duanya datang kepada kita...

Kerna apa??

Kerna apa??

Satu sahaja jawapannya...

Kerna kita yakin Allah lah yang mendatangkan kedua-duanya pada kita..

Untuk apa??

supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,
dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).”

(Al fath ayat 2-3)

Allah...
Nyata sekali Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya yang bertawakal padaNya..
Ya saya sedar..sangat sedar bahawa saya tidak mungkin tahu apakah keputusan untuk exam saya..
Tapi saya yakin Allah akan menolong saya..
He’s the only one who can help me facing anything infront of me next..
Insyaallah He knows the best for me..

Teringat kata-kata seorang teman saya pada saya suatu ketika dulu..
Kurang lebih macam nie la ayat dia..

“Bila kita mohon atau berdoa pada Allah..sebaik-baiknya mintalah apa yang terbaik yang Allah taqdirkan pada kita bukannya minta apa yang kita inginkan”

Ye bukan senang untuk berbuat demikian seolah-olah macam nak gadaikan diri sendiri pulak...
Tapi insyaallah..andai kita yakin pada Allah..kita akan redha dengan setiap ketentuanNya..
Mohonlah untuk diberi kekuatan untuk redha denganNya..
Kerna...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Al baqarah 2:216)

PUT YOUR TRUST IN ALLAH..


Wallahua’lam..

3 Julai 2012, 3:35pm, BM