relakah aku?


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

algebra,
aku rela.

bismillah...

segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan pengurnia hati dan jiwa buat hambaNYA..

"apa perasaan semua orang bila baca lirik lagu nie??"
eh.serius ok?
nie lirik lagu.
dinyanyikan oleh sebuah kumpulan nasyid bernama algebra.
kena dengar lagu sekali kot baru dapat feel..

insyaallah..
lets' get to the point..

ketika kita memilih untuk berada di jalan ini...
pernah tak kita terfikir apakah pengakhiran jalan ini?
pernah tak kita terfikir apa yang bakal kita kecapi?
dan..
pernah tak kita terfikir apakah yang bakal kita lalui di jalan ini??
kita tinggalkan soalan pertama dan kedua..
kerna saya teramat yakin antum semua sudah benar yakin dengan jawapannya..
namun untuk soalan yang ketiga..
apa benar kita siap untuk menghadapinya at first when we decide to be like who we are now??

merefleks diri dan diri sendiri terutamanya..
Allah....
kadang-kadang terasa malu sendiri bila nyanyi lagu nie..
malu yang betul-betul malu..
kerna zahirnya itu yang dilafazkan di bibir..
tapi hakikat sebenar....
sukar untuk membuktikan dengan anggota badan..
apatah lagi disertai keikhlasan dari hati..
Allah...
seringkali tewas dengan perasaan sendiri..
sentiasa melayan luka di hati...
walau kutahu benar seharusnya itu tidak terjadi pada insan yang menyerahkan dirinya pada DnT..

belum cukup cinta rupanya aku pada jalan ini..
belum cukup yakin rupanya diriku dengan janji TUHAN pada mereka yang berjuang untuk agamaNYA..

Allah....
ya Allah..
apakah selama ini aku melakukan semua ini tanpa ikhlas keranaMu?
na'uzubillah....
jangan KAU jadikan putus asa itu wujud walau untuk sekelumit dalam diri ini...
kerna sesungguhnya aku tidak ingin lari dari keretapi yang destinasinya adalah KAU...

seperti mana sabarnya kekasihMu Muhammad saat dilontar batu oleh penduduk Thaif..
seperti mana gembiranya sahabat dapat mengejar syahid meski ianya sangat perit..
seperti mana bahagianya baginda Muhammad memikirkan saat bertemu ummat baginda..
jadikan aku seperti mereka..
jadikan aku setabah dan sekuat mereka..
jadikan aku bahagia dan gembira mengejarMu..

kuatkan aku ya Rabb....


wallahua'lam..

16 April 2012, 6:20ptg, BM


Sumpah Saya Masih Tak Mampu!

bismillah...


segala sembah sujud hanya pada Allah yang maha kuasa memiliki seluruh alam buana maha luas ini..


ya Allah...
sungguh..
aku masih belum mampu untuk memikulnya...
sungguh..
aku masih belum punya kesediaan untuk itu...
sungguh..
aku masih tidak kuat untuk menempuhnya...
kerna sesungguhnya aku memang lemah..
sangat lemah diuji dengan itu..
Allah...


sila jangan salah faham.
ketidaksediaan saya bukanlah berkaitan jalan yang sumpah panjang ini..
tapi kesediaan untuk BM..
kalau ada yang perasan di setiap akhir entry saya akan serta kan..
--tarikh,masa, dan BM
kalau ada yang tahu sila rahsiakan ok?
tapi BM yang saya nak kaitkan di sini langsung tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati dengan BM..


kepada sesiapa yang pernah dengar 'Ini Sumpah Kool' pasti sangat familiar dengan BM....
mungkin ada yang bila dengar 2 perkataan nie akan mula datang satu symptom dimana tiada mana-mana area kat cerebral cortex yang mampu untuk mentafsir kenapa wujudnya symptom yang serba aneh itu..
symptom: senyum sorang-sorang sampai ketelinga
diagnose: undefined!
haha..
ok..sila abaikan..


membina Baitul Muslim itu tidak seperti makan kacang peas..
membina Baitul Muslim itu tidak semudah petik jari tak berbunyi..
mana mungkin akan teguh sesuatu binaan itu andai asasnya tidak kukuh..
begitu juga dengan binaan Baitul Muslim ini..
andai individu-individunya belum cukup soleh dan belum mampu musleh..
astaghfirullah...
teringat semalam ada baca belog APG..
hmm...baru perasan pasal blogger-blogger dalam kalangan teenagers sekarang..
juga baru notice keadaan adik-adik bulatan gumbira yang turut sama mengikut arus itu walaupun mereka nie tak lah minat sangat membaca belog-belog..
fenomena alam saya rasa..........(obviously.....itukan fitrah manusia)
tidaklah salah untuk menuturkan atau membicara soal itu...
namun apa benar kita sudah bersedia?
GULRP!
**p/s:buat adik2 bulatan gumbira..sila jangan bangkitkan lagi topik ini kerna akak naqibah kalian belum bersedia.ok?


tidak ingin mengulas panjang kerna saya sememangnya tidak bersedia untuk itu..
naluri dan perasaan itu memang sedia ada...
kurniaan Allah pada hambaNYA..
namun kena disalurkan pada orang yang berkenaan..bukan sebarangan orang..
dan pada waktu yang sesuai..bukan bila-bila masa dan di mana sahaja..
it's a paradoxical topic..
sekali bincang memang takkan habis..
pastu terus nak try buat practical..
bahaya nie..
ia tidak sekadar kahwin dan hidup happily ever after lepas itu..
TAK!
tanggungjawab yang dipikul akan makin bertambah..
hati yang nak dididik akan semakin bercambah..
perkara yang nak difikir akan semakin memeningkan..
susah kan??


hmm...berada di sekeliling orang dan individu yang sememangnya sedang melalui fasa-fasa itu memang sangat menguji iman kita..
sangat terasa la..
bukan terasa sebab jeles or what..
tapi terasa kuatnya aura C**** itu..
mudah-mudahan terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menolak bisikan-bisikan syaitan yang sering bertandang-tanpa-diundang ini..
kerna sesungguhnya diri ini belum bersedia..
andai saat itu sampai..
insyaallah akan berjaya mengharunginya dengan sukses..
tapi sekarang.......
SUMPAH SAYA TAK MAMPU!




wallahua'lam..


6 APRIL 2012, 8:45 pm, BM

HUJAN??

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan pengurnia rahmat dan kasih sayang pada seluruh alam semesta..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
setelah hampir 5 bulan bumi K***D ketandusan...
alhamdulillah dengan kuasa dan taqdir Ilahi saya kembali merasai nikmatnya air yang turun dari langit..
sumpah!dah sangat lama tiada air dari langit yang turun ke bumi K***D..
tiada ketenangan yang dapat dirasai..
tiada keredupan jiwa..
namun dengan izinNYA terasa kebasahan hati disiram dengan antara nikmat terbesar yang dikurniakan Allah pada kita seperti yang disebut dalam Quran,

"Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." 
(al mulk 67:30)

specifically air!
kat sini memang selalu black out tapi penangannya tidaklah sehebat ketiadaan bekalan air walaupun untuk sekejap..
subhanallah..
andai terus-terusan kemarau....wallahua'lam apakah yang bakal terjadi...nauzubillah..

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. "
(al a'raf 7:57)

sangat banyak ayat al quran yang menyentuh perihal hujan..
banyak sangat..
kan Allah dah cakap yang DIA tidak menjadikan segala sesuatu di muka bumi ini sia-sia melainkan ada hikmah atas ciptaannya..
begitu juga dengan hujan..
seperti yang tertulis dalam ayat di atas..
dengan hujan itu Allah mengeluarkan buah-buahan yang sudah tentu untuk dinikmati oleh kita dan juga makhluk lain..
namun begitu..
Allah juga menjadikan hujan itu sebagai perumpamaan untuk dijadikan peringatan buat hambaNya yang sering lalai dan alpa..
penyayang kan Allah?

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
(al hadiid 57:20)

dengan hujan juga Allah membinasakan kaum musyrikin!

"Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami." (Bukan!) bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera (yaitu) angin yang mengandung azab yang pedih,"
(al ahqaf 46:24) 


mari mentadabbur HUJAN!
sesungguhnya ada rahmat dan kasih sayang Allah yang hadir bersama-sama limpahan hujan itu~

wallahua'lam..

2 APRIL 2012, 6:20 pm, BM

DAH BUAT APA DAH???

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada TUHAN langit, bumi dan antara keduanya..

tanggal 25 Mac yang lalu genaplah umurku 21 tahun..
(ok.bukan nak promote besday..)
tapi nak kita sama-sama kembali memuhasabah diri..
jom bertanya pada diri..

1."selama aku hidup apakah yang telah kuperbuat untuk islam?"

apakah anda jawab begini?:
-sembahyang..
-gi umrah..
-bayar zakat(walaupun bukan duit aku)..
-tolong mak ayah(tu pun boleh dikira untuk agama apa.kan Allah suruh kita buat baik ngan ibu bapa)

2."selama aku hidup berapa lama aku telah mengenal islam?"

apakah ini jawapan kita?
**apa punya soalan tu??
**lepas lahir kenal la islam..
**lepas belajar pendidikan islam kt sekolah..
**sejak aku kawan ngan orang baik-baik..

3."selama aku hidup bilakah aku pernah berDAKWAH?"

mungkin ini jawapan kita
#eh..study tu kan dakwah!so selagi aku studi selagi tu la aku tengah berdakwah..

mari renung kembali..
mari tenung kembali..

apakah jawapan kita sama seperti jawapan di atas?
maaf kalau saya terlalu ekstreme..
MALULAH kita andai itu jawapan kita
MALULAH kita andai itu terlintas di fikiran kita
MALULAH kita!


SAIDINA ALI memeluk islam sewaktu ^kita masih sibuk melayan anak patung dan kereta mainan^
SULTAN MUHAMMAD AL FATEH memerintah sebuah kerajaan ^sewaktu kita sibuk dibuai alam remaja yang kononnya hanya-sekali-seumur-hidup^
MUS'AB BIN UMAIR mengetuk pintu semua rumah di madinah untuk menyebarkan islam ^sewaktu kita sibuk hanyut dengan arus-perkembangan-dunia-hiburan^
MUHAJIRIN keluar di malam hari berhijrah melaksanakan perintah dan rasul ^sewaktu kita enak dibuai mimpi yang tak pasti^
KHALID ALWALID merencana strategi perang untuk menentang musuh islam ^sewaktu kita tewas diperangi musuh durjana^


sampai bila ini harus terjadi?
bila kita ingin sedar dan kembali bangun?
tak cukup ke dengan PERINGATAN KERAS oleh ALLAH???


"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
(al hadiid 57:16)

cukup-cukuplah melayan jahiliyah dalam diri..
sudah-sudahlah membiarkan badan makin tua tanpa secebis pengorbanan untuk agama..
jangan sampai saat ditanya "apa yang udah kauperbuat dengan usiamu?"
dan tiada jawapan yang mampu kita berikan saat itu..
nau'zubillah..

ingatlah..
sunnatullah itu mengatakan islam takkan pernah menang andai bukan kita yang berjuang..
islam takkan naik kalau bukan kita yang menjulangnya..
islam takkan pernah di sanjung kalau bukan kita yang menjadikan ia hebat di mata dunia..

kita memang tak perlukan pandangan dunia terhadap kita.
tapi sebagai menjalankan tugas juga melaksanakan matlamat hidup kita 
iaitu menjadi khalifah di muka bumi Allah ini..
sila rujuk 2:30

mari kita sama-sama ber'hijrah'
peringatan buat diri sendiri yang semakin dekat dengan kematian..
moga sama-sama dikuatkan iman dan terus istiqamah di jalan dnt..
yuk!kita hijrah sama-sama~

wallahua'lam..


28 MARCH 2012, 8:40 pm, BM

Jantung Itu Diciptakan Untuk Mengajar

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada Allah tuhan seluruh alam

apa khabar iman dan amal kita?
moga terus-terusan ditingkatkan..insyaallah..

sejak akhir-akhir nie memang rasa nak menulis je kat blog nie..
rasa macam sangat banyak yang nak diluahkan dan dikongsi bersama..
tapi Allah lebih mengetahui yang mana terbaik untuk saya dan antum semua..

peatng semalam saya ada written test for physiology under topic "cardiovascular system"
the quite-important-topic for this subject..
with quite long notes and lectures period..
so nak tak nak kena la jugak study the topic..
walaupun actually study sikit je..
disebabkan dia adalah cardio..
which means HEART..
dalam bahasa melayu nya bermaksud JANTUNG..
so sangat pentinglah bagi seorang bakal doktor untuk mengetahui seberapa banyak yang mungkin tentang organ dalaman yang sangat femes tu..
kalau sebut heart...
terbayang di fikiran 2 perkara..

1.how the heart actually functioning physiologically with the situation anatomically
2.feeling

ok sila abaikan point yang kedua
kerna heart yang bermain dengan perasaan bukanlah heart yang mampu dilihat physically with the naked eyes..
so back to the first point..
waktu baca part cardiac output is equal to venous return..
which give a meaning of how much amount of blood that enter right atrium, that much will be the volume of blood pumped from the left ventricle into aorta..
jantung mengeluarkan apa yang diperolehnya tanpa meminta sebarang interest.eh.
tapi itulah hakikatnya.

sunnatullah pada alam..
cuba kita kembali merenung diri..
sejauh mana kita 'berfungsi' seperti jantung?
sejauh mana kita telah memberi sebanyak yang kita peroleh?
semakin banyak yang kita dapat, semakin banyak yang perlu kita keluarkan..
tidak boleh disimpan dan diperam seperti ikan pekasam ok?

kembali merenung ayat chenta dariNYA..

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 
(al baqarah 2:30 )

menjadi khalifah...
andai ditanya apakah tugas khalifah..apakah agaknya jawapan yang akan diberi??


jom kembali menelusuri sirah!
masih ingatkah kita pada kisah seorang wanita diganggu oleh musyrikin pada zaman kegemilangan islam?
di saat khalifah mendengar berita tersebut,
dipersiapkan tentera untuk memerangi kaum musyrikin tersebut.
masih ingatkah kita pada cerita itu?
ini bukan kisah dongeng..
ini bukan ceritera yang ingin selalu diulang tayang..
bukan juga bedtime story..
inilah kisah yang menyatakan tugas seorang khalifah..
dan itulah juga peranan kita..
kerna Allah menciptakan kita sebagai khalifahNya di muka bumi ini..
itulah tugas kita..
menyelamatkan dan melindungi ummat yang kian tenggelam dan makin karam dalam kemelut lautan anasir sang durjana musuh islam.
tidak dinafikan semakin parah keadaan KITA!
siapa lagi nak ingin kita salahkan kalau bukan DIRI KITA SENDIRI!
yang berdiam diri saat ummah memanggil
QUM!
ummah is calling!
jalankan kewajipanmu sebagai hambaNya..
kerna itu akan dituntut nanti..
di padang mahsyar nanti..
disaat timbangan pahala memberat..disaat pintu syurga terbuka luas ingin menyambut kedatangan kita..
ketika itu datang sang manusia menuntut haknya dari kita..
bukan hutang harta yang dituntut..
bukan juga hutang pahala..
tapi hutang kerna kita tidak melangsaikan tanggungjawab kita pada ummah!
apakah itu yang ingin kita hadapi di mahsyar nanti?
apakah itu yang kita ingin?
jika tidak..bukalah mulut KITA!




wallahua'lam..

24 Mac 2012, 1:37 pg, BM

Ini Jalanku...

bismillah...


segala sembah sujud hanya pada Allah penjaga hati pemilik jiwa ini..


rasa macam dah lama sangat tak post kat sini..
nak kata sibuk..hmm...sunnah orang tengah belajar.sentiasa sibuk dengan study,selang sehari ada viva,tak pun written test,masuk kelas kena tanya lagi..tak dapat jawab kena bebel dengan lecturer..
tapi dalam sibuk-sibuk kita dengan kehidupan yang sementara ini janganlah sampai kita tidak mampu untuk meluangkan masa kita untuk memuhasabah kembali tarbiyah dzatiyah kita sehari-hari..
eh..jap..macam salah je..
perasan tak apa yang tak kena dengan ayat saya tadi?
ok.sila baca berulang kali so that kita sama-sama faham apa yang cuba saya sampaikan..:)
insyaallah..
mari kita mentajdid kembali niat kita..


'dalam sibuk-sibuk kita dengan kehidupan yang sementara ini janganlah sampai kita tidak mampu untuk meluangkan masa kita untuk memuhasabah kembali tarbiyah dzatiyah kita sehari-hari'

ada kekonfiusan di situ..
seharusnya..eh.bukan.sewajibnya ayat yang sebenarnya adalah..

dalam sibuk-sibuk kita mentarbiyah diri dan orang sekeliling kita..janganlah kita lupa akan dunia..
kerna dunia itu tempat kita mengutip dan mengumpul segala bekalan untuk dibawa bersama ke padang mahsyar nanti..
namun...seperti kata ibn qayyim..

''Dunia itu umpama bayang-bayang.
Kamu tidak akan mampu mengejarnya,jika kamu ingin mengejarnya.
tapi jika kamu tinggalkannya,
ia tiada pilihan melainkan mengikutimu"

insyaallah..

tapi entry kali ini bukan lah menyentuh persoalan seperti yang tertera di atas..
tapi insyaallah saya ingin berkongsi ayat-ayat chenta yang semestinya BEST! dan mendidik jiwa..

bismillah..
ini adalah perkongsian dari-hati-ke-hati oleh teman-sampai-syurga saya..
dan ia sangatlah menyentuh hati saya..

ok.semua boleh bukak himpunan ayat cinta(sila baca:al-quran) surah al-mujaadilah 58:1-22
(saya sangat merindui bulatan gembira lutut bertemu lutut.teringat pernah terbaca blog seorang hamba Allah nie,juga menyentuh perihal rindunya untuk berbulatan gembira muka-ke-muka dan lutut-ke-lutut)
ok.back to topic.
dah habis baca belum terjemahannya??

ok.insyaallah...
tidak ingin mentadabbur semua ayat..

so..let pick few of them..

sila baca lagi sekali ayat 7.. 

'Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.'

subahanallah...
ayat ini sangat terkesan di hati sya kerna ia menyatakan bahwa Allah tidak pernah sesekali tinggalkan saya..
meski sering berasa keseorangan..
saya ada Allah untuk mengadu..
saya ada Allah untuk bercerita..
saya ada Allah untuk meminta..
saya ada Allah untuk bermanja..
namun seringkali saya lupa keberadaan Allah yang sentiasa melihat,memerhati dan menunggu kita untuk berbicara denganNYA..
astaghfirullah..
ampunkan aku ya Rabb..

begitu juga ayat 21 dan 22,

 'Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.'

'Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.' 


janji Allah pada hambaNya..
''Aku dan rasul-rasulku pasti menang''
memberi keyakinan padaku untuk terus istiqamah di jalan DnT ini..
meski ranjau dan mehnah yang terpaksa ditempuhi..
inilah jalan yang penuh dengan duri dan tribulasi..
namun kita telah sama-sama berjanji untuk terus tsabat..
bukan kerna utuhnya ukhuwah kita..
bukan kerna hebatnya fikrah kita..
bukan kerana kuatnya kita..
tapi tidak lain hanya kerna kita yakin bahwa inilah satu-satunya jalan untuk membawa kita menuju Allah..

duhai hati..
tabahkanlah diri kerna syurga itu pasti bagi orang-orang beriman
masih ingatkah kau pada janjimu bersama akhawatmu..
"ila jannati zumaro.sikit je lagi ya ukhti"

ya..sikit je lagi..
teruskan berjuang..
teruskan mentarbiyah diri dan surrounding mu..
yakinlah dengan janji Allah..
zahirnya kau nampak keseorangan tapi ingatlah Allaha ma'ana~
syurga itu sedang menanti<3
rasul sedang menunggu saat bertemu dengan ummat yang dikasihi baginda..
al-kautsar tak sabar untuk menghilangkan dahagamu di mahsyar nanti..

teruskan berjuang ya ikhwah akhawat!
katakanlah,

"Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada Allah dengan yakin. Maha Suci Allah, dan aku bukan daripada golongan yang musyrik."
[Yusuf, 12:108]

kita bukan pemula..
kita cuma penyambung rantai perjuangan nabi..
tanpa kita keretapi dakwah akan terus bergerak cepat atau lambat..
tapi tidak inginkah kita untuk menjadi mata-mata rantai itu??

-tepuk dada tanya iman-

(p/s:jazakunallah akhawat!moga ziarah yang serba singkat itu mampu mentarbiyah hati kita untuk sama-sama mendekatkan diri pada Allah)


15 Mac 2012, 6:45ptg, BM


kerna syurga itu sedang menanti..

bismillah...


alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..


segala sembah sujud hanya pada TUHAN MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG..


usrah yang sangat menyentuh hati..
bukan tersentuh kerana pengisian yang sememangnya mendidik jiwa..
bukan jua tersentuh kerana ayat-ayat cinta yang semestinya mampu mengusik hati..
dan bukan juga tersentuh dek sentuhan lembut murabbi dan usrahmates yang sudah tentu sentiasa mengalunkan ombak rindu dan kasih sayang sesama kami..
tapi tersentuh dek kelemahan diri yang sememangnya sangat lemah dalam keretapi DnT ini..
terasa diri sangat marhaen dalam gerak kerja tarbiyah ini..
untuk seketika kurasakan tidak mampu lagi..
namun kasih sayang Allah itu mengatasi..
semestinya aku tidak ingin ketinggalan dalam perjalanan yang dijanjikan penuh mehnah dan tribulasi ini kerna aku tahu dan aku yakin pengakhirannya bukan lagi kesedihan dan kepayahan..
bukan juga kesusahan dan keperitan..
tidak pula kesakitan dan kesengsaraan..
tapi pengakhirannya indah..
pengakhirannya manis..
pengakhirannya dijanjikan Allah dengan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang sudah pasti tidak mampu dibayangkan oleh sesiapapun..
dan yang lebih penting..
pengakhirannya nanti akan ku temui mardhatillah dari Ilahi..
kerna itu aku meneruskan langkah ini..
kerna itu aku menggagahkan kaki..
kerna itu aku menyusahkan diri..
kerna aku yakin syurga itu sedang menanti...






wallahua'lam..
8 Mac 2012, 1235pg, BM