We Are What We See, Agree?

Bismillah.

Dengan nama Allah yang maha pemurah maha pemberi.

I watched 1 Indon movie just now, "bulan terbelah di langit amerika" and always wonder kenapa Indon selalu boleh buat cerita yang memang spark people, yang ada mesej best 'luar' dan 'dalam'. I don't say malaysia tak mampu buat cuma mungkin kita perlukan penulis cerita, pengarah, producer, penulis scripts dan crew perfileman yang lebih jelas fikrahnya dan berani mempertaruhkan segalanya untuk menghasilkan filem atau drama sebegitu.Not all films dan drama malaysia kurang kualitinya dan bukan semua cerita tanah jiran begitu bagus nilainya. masing-masing punya kekuatan dan kelemahan masing-masing. I was thinking and thinking and thinking, and i'm still thinking WHY.

Dunia perfileman.
I don't know much about it till i watched 1 Singaporean drama (chinese drama) and honestly saya rasa drama nie lagi berkualiti dari drama yang dipertontonkan pada rakyat malaysia dari stesen-stesen tv yang ada di negara kita.(terutama drama tv3 pukul 7)haha. No offense. But that's the truth. Saya tak mampu nak deny. Yang tercari-cari drama melayu yang berkualiti (tidak hanya menyentuh soal cinta antara seorang pria dan wanita) i would rather suggest them to watch cerita cina zaman 15-20 tahun lepas. seriously!
Jujur saya sangat suka cerita singapore yang satu nie. Banyak meng'expose' saya tentang dunia perfileman.How the crews work, macam mana pelakon penat ulang skrip yang sama(sebab kena shoot dari sudut yang berbeza), macam mana sukarnya menulis skrip, beza mengarang cerita dengan menulis skrip, how the pengarang kena put themselves in character's shoe (tambah kalau opposite jantina punya watak.sorang dari mars sorang dari venus), pengarah yang kadang nak kena ajar artis macam mana nak melakonkan watak, stunning action, mekap,  etc etc etc. Its complicated. Jangan pernah rasa kerja kita susah berbanding orang lain. Teringat ada satu gambar nie,


gambar hiasan

In fact, everything ada susah dan senangnya. Ce suruh budak medic jaga lighting untuk pembikinan filem, sure diowg pun akan kata susah. Bukan senang taw. Nak cari angle sesuai untuk selfie pun susah. Me as a medic student pun still rasa love tu more complicated.Indeed.haha.

Ok.kembali pada dunia perfileman. 
Kita memerlukan bakat-bakat yang lebih berpandangan jauh dalam menentukan hala tuju dunia perfileman kita. Kerana hampir semua rakyat dunia menonton televisyen di masa lapang mereka, kalau yang dihidangkan cuma air bicarbonate, yang didapat cuma gula yang berlebihan yang akhirnya bisa menyebabkan diabetis. You know what i mean. Saya tahu tak mudah, but it never impossible. Banyak individu dan kumpulan yang saya lihat sedang berusaha ke arah itu. Malah mendapat sambutan hebat kebanyakan netizen. It's great to know ada bakat muda yang berjuang untuk membuat dunia perfileman kita menjadi lebih baik. I learnt lotsssss bila tonton movie or drama, terutama tentang general knowledge.
yang.. Axe historique di Paris menghadap ke arah timur, iaitu kaabah
yang..kentucky adalah nama tempat di amerika
yang..The flower that blooms in adversity is the rarest and most beautiful of all
yang..there is no secret ingredient.It's just you
yang..there was Chernobyl disaster in  Chernobyl Nuclear Power Plant
yang..cinta itu tanggungjawab
yang..macam-macam lagi lah~~
Saya takkan dapat apa-apa kalau yang ditonton cuma cerita CEO syarikat muda yang penuh ego jatuh cinta pada perempuan yang dahulunya dibenci dan yang seumpama dengannya.

Intinya, mentaliti kita terbina dari apa yang kita dengar, lihat dan baca. Kerna itu saya menyeru pada semua yang berbakat dalam apa jua bidang terutama bidang hiburan untuk tampil memberikan nafas baru pada dunia hiburan kita agar generasi masa depan yang sedang dibentuk sekarang adalah generasi yang punya fikrah islamiyah yang mantap, yang punya wawasan tinggi untuk menaikkan martabat islam yang dipercayainya.

"Majulah dunia perfileman untuk Islam"

sekadar tulisan insan yang inginkan perubahan dalam dunia hiburan tanah air dan dunia keseluruhannya.

wallahua'lam.

30 September 2016, 1:28am, BM

Kabus Tebal Di Hadapan



ada kabus tebal di hadapan
ada segelintir yang ternanti-nanti apakah sebenarnya yang tersembunyi sebalik kabus itu
namun
terlebih sering orang banyak merasa risau
seperti hilang arah 
bahana apa sebenarnya yang menanti
menunggu masa untuk membaham mangsa
menunggu peluang untuk menerjah
menunggu ruang untuk beraksi
ada pula insan-insan lainnya
yang merasa kenapa perlu risau, mengapa perlu terlalu ghairah
yang dihadapan tetap perlu ditempuh
tinggal menanti apa yang bakal menjelmakan diri
ada juga yang merasakan kesemuanya
seperti itu reaksi kita
pada masa depan yang akan kita jalani
tak sabar itu lumrah
dan perasaan lainnya adalah fitrah
jabat dan jalani 
sebagai bukti ketaatan hamba pada tuannya
pabila takut,berharaplah
bila lapang,bersyukurlah
kerna bagi tiap-tiap mukmin sabar itu seperti kad undangan
yang mengundang tamu yang sudah pasti akan hadir 
tamu itu redhanya Allah



wallahua'lam


26 July 2016, 6:36am, BM