Nak Duk Sembang Ngan Nabi Tak?

bismillah..

segala sembah sujud hanya pada Allah pemberi nikmat terbesar dalam hidup hamba-hambaNya..

selawat dan salam khusus buat nabi, kekasih hati tercinta..
biar pun tak pernah bersua..sudikan menanti kami di sana..

dah seribu tahun lebih nabi pergi..
dah lama sangat..
tapi bagi mereka yang mencintai baginda..
masih terasa lagi lembut belai nabi bila kita mengadu susah..
masih terasa lagi pujukan penaik semangat bila kita jatuh rebah..
andai aku bisa hidup bersamamu ya Rasulullah..

dulu pernah terfikir..
kenapa aku tak hidup waktu zaman nabi ek?
mesti lagi best!
dapat duduk sembang-sembang ngan nabi..
dapat sharing-sharing qodhoya ngan nabi..
dapat berpenat lelah berjuang ngan nabi..
yang paling best..
dapat usrah ngan nabi!
terbaek!
dapat didikan langsung dari nabi..
dapat jadi sahabat nabi..
dapat share problem ngan nabi..
banyak lah...
kenapa ek aku tak ditaqdirkan untuk lahir di zaman nabi?
kalau aku hidup zaman nabi mesti aku tak kena hadapi masalah macam yang umat sekarang hadapi..
cemburu dengan sahabat sahabiah yang dapat berjuang bersama-sama nabi..

tapi aku tahu..
dan aku sedar..
seandainya aku hidup di zaman nabi..
mungkin aku antara mereka yang membuat fitnah terhadap islam..
mungkin aku antara mereka yang menjadi penentang tegar dakwah  nabi..
mungkin aku antara mereka musuh ketat nabi..
mungkin aku antara mereka yang tega mencederakan nabi..
mungkin aku antara mereka yang memporak perandakan barisan muslimin..
mungkin aku antara yang merancang untuk membunuh nabi!!
nauzubillah!
nauzubillah!
nauzubillah!

bila terfikir sebegitu..
aku bersyukur dengan apa yang aku punya sekarang..
nikmat IMAN dan ISLAM yang Alah beri takkan mampu untuk ku balas..
tak terdaya untuk dibalas meski seluruh hidupku,usiaku dan masaku aku habiskan dengan mengucapkan syukur padaMu..takkan dapat..dan takkan pernah dapat..

tadi terbaca satu post sorang akhawat..
lalu mindaku cuba membayangkan situasi tersebut..
kerna aku tidak pernah mengalaminya..
kerna itu aku cuma mampu untuk membayangkan..

~Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, iaitu Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku”.

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua”, keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Pada saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh Kekasih Allah dan Penghulu Dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ’Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat Kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. 

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya ’Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku’, ”peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu”, bisik Rasulullah s.a.w ke telinga Ali. Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,ummatiii" "Umatku, umatku, umatku" 
Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. 

air mata mengalir laju..

(tapi kena tahan sebab nanti semua orang akan hairan kenapa tetiba nangis bila baca phone.)

semua pernah dengar cerita nie..
malah saya yakin semua orang tahu cerita nie..
so saya taknak highlight kan pasal cerita nie..
cuma nak semua orang especially saya untuk berfikir kembali apa yang telah kita lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kita pada baginda Rasulullah..
setakat asyik nak berbalah nak menangkan diri pasal poligami..tak payah lah~~

banyak yang nabi dah buat so that islam sampai pada kita hari ini..
kalau tak kerna nabi rela dihina dicaci ketika menyampaikan islam..
belum tentu lagi kita islam pada hari ini..
kalau bukan kerna nabi bersabar menghadapi kerenah mereka sewaktu menyampaikan kebenaran di Thaif..
belum tentu lagi kita islam pada hari ini..
kalau bukan kerana nabi rela menanggung bebanan dakwah yang maha berat ini..
belum tentu lagi kita kita islam pada hari ini..
kalau bukan kerna nabi sanggup berlapar berdahaga tatkala bersedia untuk menghadapi tentera ahzab..
belum tentu lagi kita islam pada hari ini..
kalau bukan kerana nabi sayang kan kita..
belum tentu lagi kita islam pada hari ini..
maka bersyukurlah!

baginda tidak pernah mengenali kita..
tapi semua diperbuat untuk kita..
kita yang kenal nabi..takkan taknak buat pape untuk nabi?
ye nabi memang tak perlukan kita..
in fact islam pun tak perlukan kita untuk kembali menjadi ustaz kepada alam..
tapi kita lah yang sebenarnya memerlukan dakwah itu..
kita lah yang sebenarnya yang perlu mendambakan kerja-kerja dakwah..
kerna Allah bisa saja menggantikan kita dengan umat yang lebih baik..yang lebih beriman..dan yang lebih mensyukuri nikmatNya..yang lebih all out dalam menyampaikan islam..
tapi Dia memberikan kita peluang untuk mengumpul kupon-kopun yang mana di akhirat nanti kita mampu untuk me redeem kupon tersebut dengan syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.
Allah..tak sabar sangat nak tengok syurga tu..
tak sabar sangat nak sentuh sungai-sungai yang mengalir..
dan yang paling tak menyabarkan adalah untuk duduk di sebelah nabi dan bercerita tentang kerja-kerja kita dalam menyambung perjuangan nabi yakni SUNNAH terbesar nabi selama nabi menyampaikan islam..

tapi...
kalau tak buat SUNNAH nabi tu camne nak borak-borak ngan nabi pasal tu???

tepuk dada tanya iman..
-tersedak-

24 Jan 2013, 4:30pm, BM